Thursday, December 15, 2011

FGVH-jangan sampai tergadai masa depan peneroka!

Dipetik dari blog : Sanggahtokjanggut ( sanggahtokjanggut.blogspot.com )


Peneroka perlu jaminan!
SEBAHAGIAN besar kumpulan pengurusan FELDA hidup mewah dan kemewahan mereka adalah datang dari usaha keringat peneroka-peneroka FELDA.Ada yang berpendapatan melebihi RM100 ribu sebulan hasil menduduki Lembaga Pengarah anak-anak syarikat milik FELDA dalam saat peneroka bertungkus lumus menjayakan pelbagai tanah-tanah rancangan.

Mereka ini mengaut untung dan laba atas angin.Tidak cukup dengan pendapatan sekian banyak yang mereka perolehi dan kalau dicampur dengan berbagai-bagai komisen yang mereka ini kenakan kepada mana-mana syarikat, mereka ini hidup cukup mewah.

Bila kerajaan menyedari ada yang tidak kena dalam pembahagian untung rugi antara peneroka dan kalangan pengrusan FELDA,sesuatu hafrus dilakukan bagi menaik taraf serta memberikan feadah jangka panjang kepada kumpulan peneroka.

Usaha kerajaan ini mula ditentang secara senyap pada mulanya oleh pengurusan Felda yang berkepentingan menjadi cukup terbuka apabila anak syarikat Felda Holding ,Felda Global Ventures Holding(FGVH) dilantik oleh kerajaan untuk mencari peluang pelaburan supaya nasib dan masa depan peneroka terbela walaupun satu hari nanti dunia berdepan dengan krisis ekonomi.

Mereka tentang usaha menaiktarafkan nasib dan masa depan penerola Felda ini kerana bimbang tembelang mereka yang memerah hasil keringat peneroka selama ini terdedah.Mereka bimbang penyelewengan serta kerakusan selama ni diketahui oleh peneroka setelah menipu kumpulan peneroka ini sekian lama.

Berbagai usaha dilakukan termasuklah memecat Isa Samad sebagai Pengeri Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan ada yang mendakwa Zulkifli Wahab,Pengarah Besar Felda yang menjadi dalangnya dan tidak cukup dengan tentangan serta mengaibkan Pengerusi Felda,mereka ini berpakat pula dengan pembangkang yang berselindung di sebalik nama ANAK kononnya mahu membela nasib peneroka-peneroka Felda seluruh negara untuk menentang usaha penyenaraian ini.

Mereka ini menyalurkan segala maklumat yang tidak sahih kepada pembangkang dan maklumat inilah yang dijadikan dokumen untuk menipu peneroka.Peneroka cuba dinafikan hak mereka untuk hidup mewah seperti kumpulan pengurusan Felda ini. Orang-orang tertentu dalam Felda sanggup menjadi pengkhianat,gunting dalam lipatan dan mereka terpaksa melakukan halangan ini bagi menyambung segala kerakusan yang mereka lakuakan sebagai orang yang sepatutnya bertanggungjawab mengangkat taraf kehidupan peneroka Felda.

ANAK yang dipimpin Mazlan Aliman menyerap masuk ke dalam masyarakat peneroka untuk menghasut dan mengelirukan peneroka sekaligus menolak usaha transformasi Felda yang diilhamkan PM Najib.Dan tepatlah tindakan merehatkan Zulkfli Wahab selama lapan bulan itu kerana beliualah dilihat yang menjadi tuan kepada tangan-tangan ghaib selama ini yang cuba memporak perandakan pengurusan Felda dalam usaha penyenaraian oleh FGVH.

Kita pun hairan dengan tindakan PAS dan ANAK,dimana mereka ini saat Felda dibangunkan?Tiba-tiba mereka mahu menjadi hero kononnya untuk menyelamatkan Felda?Atau mereka ini sengaja mahu gagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat Fela bagi satu penghijarahan baru?Jelas ada niat jahat dalam gerakan yang digerakkan oleh Mazlan Aliman ini.Kita amat berharap peneroka dan generasi kedua tidak mudah terpedaya dengan dakyah songsang dendangan Mazlan ini.

Kita menyokong tuntutan beberapa pihak yang mahukan supaya satu audit dilaukan terhadap pengurusan Felda dan sekiranya ada penyelewengan,semua pihak perlu diambil tindakan ataupun dihadapkan ke mahkamah,jangan biarkan mereka ini terus memperalatkan peneroka untuk kepentingan peribadi.

Secara asasnya kita bersetuju dengan usaha penyenaraian FGV namun sejauh mana jaminan yang boleh diberikan oleh pengurusan FELDA terutama sekali Isa Samad dalam menentukan untung nasib generasi seterusnya kerana apabila d`ilisting’kan,untung nasib penerola menjadi pertaruhan.Jangan yang peneroka kejar tak dapat,yang dikendong pula berciciran.

Peneroka perlu diberikan jaminan khusus kerana yang mereka pertaruhkan bersama dengan penyenarai ini adalah masa depan mereka dan generasi seterusnya dalam Felda.

Adakah jaminan boleh diberikan  lebih baik seperti yang ada sekarang ataupuun jaminan kepada peneroka mengikut musim. Kita juga bersetuju usaha kerajaan untuk membela nasib dan masa depan peneroka tetapi bersetuju mesti bersyarat,jangan pertaruhkan masa depan mereka demi memenuhi transformasi yang PM Najib laungkan.

Kita amat berharap sesiapa sahaja tidak akan mengkhianati nasib dan masa depan peneroka dan tidak mengkhianati penyambungan usaha Tun Razak yang sedang dilegasikan oleh anaknya PM Najib

Tuesday, December 13, 2011

"Balik Pulau Bayan Lepas....Sana Terpulau Sini Terlepas".....


Teliti pantun dua kerat 

                        Balik pulau bayan lepas
                Sana terpulau sini terlepas
 


Pantun ini dirujuk pada orang melayu pulau pinang. Pantun ini sudah tidak didendangkan lagi oleh generasi sekarang. Pantun ini cukup popular pada waktu orang melayu didesak oleh broker tanah dan ketika mana orang melayu waktu itu cukup ghairah dengan glamour dalam urusan lifestyle mahu pun dalam mengendalikan majlis khusus perkahwinan. Pantun ini hakikatnya ialah suatu nasihat.Pantun ini mengingatkan orang melayu supaya berhati hati,supaya waspada,supaya tidak menjadi pelarian.Pantun ini selalu di gemakan secara halus dan bagi yang mengerti maksud mereka sudah dapat terjemahkan maksud tersirat dengan mudah.

Bagi yang bahlol dan bangang mereka tidak peduli dan tidak bagi apa apa erti pada pantun ini.Hari ini ,kepada orang melayu pulau pinang,nyanyikan pantun ini ke seluruh pelusuk dan bisikkan pada telinga generasi penerus bahawa tanah mereka semakin menjadi hak orang lain.Katakan pada seluruh kaum melayu bahwa kepimpinan melayu di pulau pinang adalah dalca.

Kepimpinan melayu BN sudah lesu begitu juga kepimpinan melayu pakatan yang lebih khianat kepada bangsa dari yang lain.Sehingga kini orang melayu langsung tidak ada ruang untuk bernafas.Mereka di kepong oleh ribuan unit kediaman yang orang melayu tak mampu miliki.Orang melayu mahu mencuba nasib dengan percaya kata kata dari pengkianat.Mereka bertepuk bila berlaku peralihan kuasa.Kini siapa yang lebih rugi.Orang melayu di tutup mulut dengan sedikit ganjaran tapi kesan geraklaku pemerintah tidak di ketahui sebab kunco kunco pengkianat sentiasa bersusah payah mahu menutup minda melayu penang.Ada yang lebih ghairah,sehingga memuja pemimpin dengan doa dan tidak cukup dengan itu di beri pula gelaran umar abd aziz.Kerja gila ini siapa yang suruh?.Cina atau india pun tak tahu siapa umar dan mereka pun baru sekarang faham doa kutbah.Siapa petualang dan pengkianat?Ini kerja bangang melayu yang jadi barua suruhan pemerintah ketika ini.!!

Dulu orang melayu HERO tapi bila melayu di layukan dengan heroin maka melayu yang dulunya gagah kini hanya menanti waktu untuk menjadi penumpang.Kini pun sudah di katakan melayu balik pulau itu adalah kaum pendatang.

                            BALIK PULAU 2011


Hari ini Balik Pulau bergema.Ada yang nak saman dan ada yang kata balik pulau perlu dapat pembelaan.Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa melayu itu berkata yang PKR masih kuat,masih bekerja dan masih di sukai rakyat.Ajaib sungguh boneka ini bertutur.Dia dulu semasa jadi pensyarah dialah orang yang menganjurkan seminar dan dialah orang yang tegak berdiri untuk melayu pulau pinang.Atas nama pejuang dan perjuangan dia hari ini adalah manusia wahid yang mewakili PARTI KHIANAT RAKYAT.Wakil rakyat ini harus insaf yang dia telah di heroinkan.Dia harus insaf bahwa mereka yang mengenali nya sedang melihat lakonan nya.

Yusmadi anak muda yang pintar,yang jadi kebanggaan rakyat khusus di pulau pinang.Malang nya dia pun hari ini mewakili kumpulan yang lupa daratan.Hari ini dia mula insaf dan dia mula kebingungan apabila ia mahukan keadilan bagi bangsanya.Yusmadi dalam usia mudanya di minta untuk ajukan pantun di atas di parlimen balik pulau dulu.Dia tak berani?kalau dia dayus tentu dia akan diam lesu macam sahabat dia di KOMTAR.


YB Yusmadi,bangsa kamu di himpit dengan dasar keterlaluan.Kamu dulu di asuh dan di beri pesan untuk menjadi pejuang tulin bukan untuk bangga dengan kuasa cabuk yang kamu miliki hari ini.Tidak lama lagi bila PRU13 tiba kamu hanya calon dan bukan lagi YB.Jika kamu ikhlas maka nasib melayu balik pulau di tangan kamu.Jika kamu masih keinginan mahu jadi YB maka atur langkah pejuang dan jangan kamu turuti langkah sahabat kamu yang dayus.YB Mansur kamu juga diberi pesan,supaya sediakan payung sebelum hujan....

IMEJ KECINAAN DAP DISEBABKAN UMNO?


TUNKU AZIZ IBRAHIM

Beliau masuk DAP pada 2008. Kedahan. Muka Melayu terunggul dalam era politik baru DAP selepas 2008. Kini jadi Senator. Di mana dan dalam keadaan bagaimana Tunku di lihat punya peranan kemelayuan dalam DAP? Apakah dengan mahir berbahasa Inggeris,ada gaya yang feudal, makanya sudah cukup kemelayuan dalam DAP. Atur saja peristiwa yang menghiris hati melayu Penang,yang jadi kuda belang ialah PKR. Yang menjawab ialah Melayu PKR.
KAJIAN ILHAM

Kajian ini menandakan bahawa Melayu Penang jelas mengatakan negeri ini di perintah oleh DAP. Diperintah oleh orang Cina. Soalnya kenapa tidak di rasai ianya di perintah PAKATAN. Dulu pun diketuai oleh Cina tapi masih ada elemen UMNO.

Penduduk tahu PKR atau PAS hanya di minta untuk lakukan sesuatu yang tidak penting seperti menjawab isu-isu yang membuatkan Guan Eng tergugat. Dalam mententeramkan imej Guan Eng maka Melayu Mansor akan di ketengahkan. Contohnya bila Guan Eng minta maaf pada Sultan Johor atas kata-kata yang menghiris hati orang Johor, orang Cina mengatakan Guan Eng adalah HARIMAU BACUL. Cepat-cepat mereka alihkan isu dengan membawa cerita mengatakan skandal mencabul oleh anak Guan Eng. Bila bloggers pro kerajaan menghebohkan hal ini, maka dikatakan ini semua perbuatan UMNO. Kenapa tidak difikirkan ini juga strategi direka oleh DAP untuk cover imej tercelar Guan Eng tentang hal minta maaf.

80% rakyat Penang dari 3 kawasan Melayu mengatakan kepentingan Melayu sudah dipinggirkan. Sana sini Melayu Penang kata bahawa menjadi JUARA bagi satu kaum berbeza dengan memiliki kuasa yang diterima oleh semua bangsa.

HAK PELAJARAN CINA, KEPINCANGAN DEB DAN KAKITANGAN AWAM

Setiap kali pilihanraya DAP akan hentam habis habisan tentang hal korupsi dan lain lain skandal termasuk menghentam UTUSAN. Tapi bila datang tentang hal pelajaran mereka adalah parti yang tidak akan bertolak ansur. Mereka masih mahu bahasa Cina dikekalkan, mungkin sampai akhirat. Mereka juga akan mengatakan bahawa DEB tidak adil dan mahu hak samarata. Bukankah bahasa Cina dan mengutuk DEB sebenarnya menghentam orang Melayu? Ini yang membangkitkan nasionalis Melayu. Apakah latarbelakang ini juga di katakan konspirasi UMNO?

Dalam DEB kita lihat wujud kuota pengambilan kakitangan awam. Dalam tahun 1980 ramai sekali orang Melayu dilantik di peringkat perkeranian di bawah pengisian OPERASI ISI PENUH. Ketika ini orang Cina hanya mahu jawatan tertinggi saja tapi jawatan perkeranian tidak di anggap memberi manfaat. Kini jumlah kakitangan awam sudah sampai angka 1.3juta satu jumlah yg besar dan sejumlah besarnya adalah melayu.

Bila hal rasuah di sebut sebut dia menjurus kepada penguatkuasaan dan lazimnya polis dan penguatkuasa. Jika ada yang salah, DAP akan tuding jari kata ini perbuatan UMNO. Dalam keghairahan ini DAP sampai ke tahap menentang Melayu. Bila Tony Phua kata nak kurangkan Perkhidmatan Awam, dia mendakwa dia sekadar membuat saranan. Ada dua perkara patut rakyat tahu. Pertama,ini bukan saranan,ini ada dalam buku keluaran DAP pd Nov 2010 dengan tajuk BAJET: Ke mana wang KITA.buku ini di tulis oleh TEH CHI - CHANG, SEORANG ANAK BUAH TONY PUA. Kandungannya tidak lain dari mengatakan borosnya negara dlm memelihara penjawat awam.

Ini menunjukkan bahawa sudah pun ada dalam perancangan DAP. Tapi konco konco lain sementara terkejut dengan pendirian DAP terpinga-pinga mengatakan ianya pendapat peribadi TONY dan UMNO lah yg sensasikan nya.UTUSAN yg sensasikannya.BN yg cuba kelirukan.Inilah bahan yang sentiasa dinyanyikan Kedua, bukankah polis dan penjawat awam itu Melayu. Kenapa mereka sentiasa dijadikan sasaran seolah-olah mereka adalah sampah yang tidak ada nilainya. Kenapa hal ini hanya ditimbulkan dalam akhbar Cina dan tidak kepada CEUPAC? Apakah UMNO harus diminta mendiamkan diri bila PAS dan PKR di lihat kaku? Tidak kah kita sedar bahawa setiap kali ada saja perkara pelik yang tidak di sokong oleh juak juak pakatan, mereka cepat sekali mengatakan ini pendapat peribadi, ini pendapat parti dan bukan pendirian PAKATAN. Apakah hal seumpama ini juga di sebut sebagai petua dari UMNO?

MACC DAN TBH

Sementara diakui bahawa anggota MACC ramainya mereka adalah dari golongan Melayu, maka kejadian matinya Teo Beng Hock satu peluang untuk membaham pegawai melayu dengan cara menuntut keadilan.Rakyat negara ini termasuk kerajaan setuju keadilan di cari untuk lihat sejauh mana TBH di bunuh oleh MACC yang ramainya adalah Melayu. Tapi bila penemuan sudah dimuktamadkan maka DAP membantah. Ini yang buat Melayu tanya "apa lagi u mau" Ini petanda bahawa Melayu sudah bagi isyarat bahawa ada had dalam menuntut sesuatu.Justeru, rakyat sudah sedar perjuangan DAP bukan sangat untuk TBH tapi untuk SCORING POLITICAL POINTS.

SEGALANYA UMNO

Keterlaluan dalam menyebut keburukan UMNO dan BN adalah satu isyarat bahawa DAP bakal akan menempah kepayahan untuk dapat sokongan yang mereka mahu. DAP dan PAS juga semakin mengiyakan dan menidakkan sesuatu isu yang fundemental. Hal HUDUD dan hal kebajikan, membuatkan rakyat Melayu semakin muak dengan gelagat PAS yang mula lentur hari demi hari akhibat rakusnya DAP dalam meneruskan perjuangan kecinaannya. Yang punah populariti ialah PAS. Kini hal keagamaaan menjadi isu yang paling getir, keupayaan mengurus isu ini oleh PAKATAN amat lemah sehingga mereka lupa rakyat tahu 2+2 itu 4.

UMNO walau pun dilihat ada celanya namun DAP dengan sentimen yang tidak menentu membuatkan UBAH tidak menyengat khusus sewaktu pilihanraya negeri di Sarawak. Ada yang berkata bila PAKATAN mengambil alih kerajaan di negeri mereka sepatutnya menjadikan lebih hebat dari BN. Alasan bahawa mereka ini baru, perlu bertatih, sanggup di bimbing, kesalahan memang ada di mana mana adalah alasan alasan yg membuatkan rakyat BOSAN.

Wednesday, December 7, 2011

Edisi Siasat! Siri Putarbelit dan Main Wayang Nurul Izzah MP Lembah Pantai.. Dengan bukti bergambar!


Kami kat Berita Lembah Pantai ni follow je kes kebakaran Jln Kubur minggu lepas. Iye lah mana taknya,salah sorang dari kami duduk lebih kurang 50 meter je dari tempat terbakar tu, nasib baik la bomba cepat, kalau tak kira rentung lah juga rumah dia, tinggal selai sepinggang je jawabnya.

Dan dengan kaget nya kami peghati je Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan team dia handle kes kebakaran, dibandingkan dengan bagaimana dengan kagumnya kami tengok bagaimana Team UMNO diketuai Ketua Bahagian Raja Nong Chik merangkap Menteri Wilayah Persekutuan handle isu ini.

Macam langit dengan bumi!

Berikut sequence kejadian dan bagaimana si Nurul menipu hidup-hidup satu dunia dengan twitter nya!

Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Kebakaran bermula jam 5.20 petang, api dipadam jam 6.30 petang.

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Syed, Kamal dan beberapa Pemuda UMNO serta ahli UMNO Caw Spg 3 turun melihat kebakaran dan bantu mangsa apa yg boleh dibantu. Segera maklum pada Raja Nong Chik dan SuPol RNC Sazali Kamilan. DBKL iaitu agensi di bawah Menteri Wilayah Raja Nong Chik juga terus turun buat bancian (gambar bawah).

Gambar diambil seorang Pemuda UMNO masa terbakar!





DBKL buat bancian petang kebakaran

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Sapa pun tak nampak muka!




Tarikh: 15.4.2011 (Jumaat)
Masa: Lepas Maghrib, sekitar 8 malam.

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Raja Nong Chik dan Pegawai2 UMNO Bhgn turun melawat mangsa di Dewan UMNO Jalan Kubur. Uruskan bantuan dari Yayasan Wilayah, JKM.
UMNO menempatkan mangsa2 kebakaran di Dewan UMNO Simpang 3. Jentera UMNO Cawangan kerja sepanjang malam uruskan kebajikan mangsa; makan minum, tempat tidur, barang-barang perlu. JKM setuju sponsor 3 hari, Jumaat hingga Ahad.

Raja Nong Chik di kawasan kejadian malam kebakaran

UMNO Bhgn melawat penempatan mangsa yg diurus UMNO Spg 3

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen Lembah Pantai berada di Kuching, berceramah untuk DAP! “charming Sarawakians”, kata Nurul Izzah. Apa lagi yang Puan izzah nak goda tu Puan, bukan ke dah bini orang?


Tarikh: 16.4.2011 (Sabtu)
Masa: 10 pagi
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Raja Nong Chik turun melawat mangsa kali ke-2, kali ini bersama Datuk Idris, Pengerusi Yayasan Wilayah dan Datuk Amin, DBKL. Raja Nong Chik sampaikan sumbangan dari UMNO Lembah Pantai, dan dari Yayasan Wilayah selaku Menteri Wilayah.


Raja Nong Chik turun kali ke-2 lawat mangsa dan sampai sumbangan


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen masih lagi tak dengar khabar hidup atau mati. Sibuk dengan Pilihanraya Sarawak dan semakin meningkat berahi nak menang Sarawak! Pedulikan orang Lembah Pantai terbakar!

Tarikh: 16.4.2011
Masa: 5 petang
Tindakan PKR Lembah Pantai:
Puan Nurul akhirnya bersuara, dalam Twitter!


Tapi menipu! Katanya “Kbakaran di Simpang 3,PDalam smlm memusnahkan 15 buah rumah.Moga kluarga yg t'libat tabah & b'sabar.penemp smentara di al falah”.

Nampak sangat Nurul Izzah menipu nak dapat point kata mangsa ditempatkan sementara di Al-Falah. Al-Falah adalah surau dikuasai PAS, dan dengan kata mangsa di Al-Falah konon2 dia orang lah bantu. Percubaan menipu follower Twitter dia yang tak tahu cerita!

Beberapa follower bertanya hal kebakaran sdg Izzah sibuk konon-konon menang di Sarawak! Kata Izzah kepada @JunaidyReady “sudah, tempat penempatan sementara, insyaAllah. Dan bantuan makanan. Gotong royong, sesama mbantu”

Alahai, cuba nak tunjuk konon yg buat kerja PKR, tapi penempatan sementara kerja UMNO! Bantuan makanan UMNO! Memang dasar kaki belit, macam Anwar!



Seterusnya kpd @nkp777 dia jawab “thankful tht our AMKteam arrived in time 2 source temp placem&food 4 fire victims.Alw good2 hv well wishers&extra help”.

Ini confirm tipu! Tipu woi! Penipu! Kantoi!

Sudah jelas dari sequence di atas bahawa yg “source temp place & food 4 fire victims” ialah UMNO! Bukan AMK. Tipu! Mana ada si daboi tu buat apa-apa!


Tarikh: 17.4.2011 (Ahad)

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Hari ini hari terakhir JKM beri bantuan makanan. UMNO Lembah Pantai memutuskan mulai Isnin sehingga selesai kes rumah terbakar, UMNO akan bagi bantuan makan minum.

Tindakan PKR Lembah Pantai:
Ahli Parlimen sedang putus berahi di Sarawak. 6 kawasan PKR hilang deposit! Buat press conference di Sarawak. Tak boleh balik Kawasan ke Nurul? Pilihanraya dah habih, ko buat apa tunggu kat sana, kat kawasan ada 14 rumah terbakar lah woi!

Tarikh: 18.4.2011 (Isnin)

Tindakan UMNO Lembah Pantai:
UMNO mula taja makan minum mangsa hari ini. Setiausaha UMNO Bahagian serahkan kerusi roda pada seorang mangsa waktu pagi. Raja Nong Chik turun kali ke-3 waktu petang, sampaikan sumbangan persekolahan pada 17 anak-anak mangsa.

Dari Facebook Raja Nong Chik




Serahan sumbangan


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Akhirnya Puan Nurul mencemar duli! Tapi tunggu! Bukankah pada hari Sabtu dia kata mangsa-mangsa ditempatkan di Surau Al-Falah, utk menunjukkan Pakatan yang uruskan mangsa? Adakah dia turun Al-Falah? Tak. Dia turun ke Dewan UMNO Spg 3. War-warkan di twitter, tapi tk bgtau tempat (teruskan penipuan)

Kepada @MUSZAINA nurul tweet,
“sudah dipindahkan sementara. Derma kilat diberi, dan sajian makan dibantu bsama cabang pkr LP. InsyaAllah zakat tiba ptg”



Pembaca-pembaca sendiri boleh tengok sendiri lah kat atas, siapa yang sedia makan dan sebagainya. Begitu selamba dia putar. Kering je dia mengaku usaha orang lain.

Untuk Nurul habis dah dia buat kerja sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Cuci tangan. Dengan taip-taip sikit dalam Twitter, macam budak-budak remaja main cinta dalam sms, kira dah lepas tanggungjawab.

Tapi bagi UMNO dan Raja Nong Chik tidak.

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa 9 pagi:
Tindakan UMNO Lembah Pantai:
Gotong-royong bersihkan kawasan kebakaran, Raja Nong Chik juga turun sekali. Raja Nong Chik isytiharkan berkat usaha UMNO Lembah Pantai, dermawan menyumbang sebanyak RM30k bg bantuan asas untuk dirikan semula rumah. Atas dasar prihatin, UMNO juga berusaha supaya mangsa juga diberikan unit penempatan sementara di PPR.

RNC gotong-royong sekali. Nice!

Orang sini tau siapa buat kerja kat sini.
Dari FB RNC


Tindakan PKR Lembah Pantai:
Eh, nak apa lagi? Kira dah ok lah tu! Lebih baik Puan Nurul ke Sarawak seround lagi, pandai-pandai sendirilah korang rumah dah terbakar!

Dari fakta-fakta di atas yang disokong oleh bukti berdokumen, boleh tengok sendiri lah betapa hebatnya Naib Presiden PKR ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai ini memusing dan memutarbelitkan fakta secara UMUM, dalam Twitter.

Tujuannya tak lain untuk menunjukkan pada Dunia bahawa dia buat kerja.

Harap pengundi Lembah Pantai tahu lah tembelang minah si kaki selit ni. Harus tahulah, siapa yang buat kerja, dan siapa yang cuma gunakan Lembah Pantai sebagai platform politik saja.

Kredit Kepada:
berita lembah pantai