Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Iman membuat segala sesuatu menjadi mungkin. Harapan membuat segala sesuatu menjadi bekerja. Cinta membuat segala sesuatu menjadi indah. Semoga anda memiliki ketiganya untuk tahun baru ini, Selamat tahun baru 2011 dan salam penuh keceriaan dari saya. - AA-
 

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA 4 - URUGUAY 2!!! SALAM KEMAAFAN BUAT SEDULUR-SEDULUR & DUKUN2 SEMUA!!!


No. 10 ini Safee Sali.  Dia juga pemain import Msia dari Kajang, SElangor!!!
Salam takziah buat saudara2 ku di Indonesia mahupun Malaysia.  Pokoknya, yang baca blog  ku ini. Takdir udah tertulis bahawasanya, tanggal 29 Disember 2010, Malaysia menggenggam erat Piala Suzuki ini.

Perlawanan sebentar tadi jelas bahawa terdapat cetusan laser.  Pertama, waktu firman utina sepak penalti.  cetusan laser dimatanya membuat sepakannya persis anak-anak SMP!!!  Keduanya, sewaktu Safee Sali skor jaringan, cetusan laser pada mata Markus.  Ya coba kalian perhatikan, sepaknya safee nggak kuat kok, ceples dan ceplos.  Masakan Markus nggak bisa menampannya.  Pasti, cetusan laser penyebabnya.  Ya nggak???  Cilakak juga ama Jupe!! Gara2 dia, timnas Indonesia nggak bisa menang!!!  Front

Udah dipastikan oleh paranormal, Malaysia guna dukun.  Manteranya berbunyi kayak gini:

Niyat Ingsung Matek Aji Semar Ngiseng...
Rampung Ngisengggggg... Semar Tilem!!!

Gimana sekarang???  Kalian masih bandel kepingin banget pialanya, bisa.  Malaysia punya Piala Suzuki, kami berbesar hati memberi ini.  Nah, ambillah... Piala SIZUKA ini.
Sizuka Minamoto @ Doraemon
Peristiwa ini pasti ditangisi jutaan sedulur2 sa'lianne.  Harus kamu ngerti, inilah gaya bolasepak moden, Garuda yg terbang tinggi pun mampu jatuh ke bumi.  Bilang apa aja, pokoknya kami udah mendakap piala ini.  Kenapa, kamu masih getun???  Masih??? Ya udah... nangislah sepuas2nya, agar emosi kamu kembali normal.  Nangis aja... Nahhh... Gitu...  Gimana??? Ayem adhem nggak emosinya???

Nggak apa2, kamu masih punya waktu kok.  Ngapain terus-terusan ditangisi.  Gagal bukan berarti kalah.  Praktis terus, moga-moga sukses di lain waktu.  Praktis terus, sampek kapan-kapan...

Dibawah ini punya sesuatu yang bisa merobat kondisi lahir batin kalian.  Salam persaudaraan...

Lungo tak anti - anti,
kapan nggonmu bali
opo kue orak ngerteni
kue tak enteni

suwelir alir wates
nggugah kangeni ati
mecak'e endhahing wengi
kutho nganjuk iki

lali tenan to dhek
nggonmu janji - janji
disekseni lampu alun - alun iki
lali tenan to dhek
karo aku iki
ning GELORA BUNG KARNO nggon ku nggolek'e

Ning alun-alun tak nggolek'e
GELORA BUNG KARNO tak ubengi
Senadjan setaun tak enteni 
AFF Suzuki Cup sing tak gondeliiiiiii...............

Yang benar,
Kepala Desa, Kabupaten Kebumen

KEHKEHKEHKEH.... HAHAHAHAHAHA...

Tuesday, December 28, 2010

Piala Suzuki: Gunakan sahaja "gunung Kembar" biar mata pemain Malaysia buta: Julia Perez

Aktres seksi Indonesia-Julia Perez (gambar) yang juga dikenali dengan panggilan JUPE berjanji akan mengganggu tumpuan pemain harimau Malaysia dengan "gunung kembarnya".

Aktres Indonesia itu akan mempakai baju belah dada, sehingga menampakkan gunung kembarnya semasa permainan di Jakarta nanti.

Di samping sinar laser yang kemungkinan digunakan oleh penyokong garuda Indonesia, untuk mengganggu pemain Malaysia, Jupe juga akan menampilkan gaya seksinya semasa perlawanan itu.

"Biar buta mata pemain Malaysia" melihat Gunung kembar saya-ujar Jupe.

Harimau Malaysia mendahului Garuda Indonesia dengan jaringan 3-0, hasil keputusan di Stadium Bukit Jalil Ahad lalu.

Dakwaan Nizar Jamaluddin bahawa perlantikan SUK Baru Selangor pertanda rampasan kuasa di Selangor: MERUPAKAN HASUTAN YANG BAHAYA


Nampaknya kemelut perlantikan SUK baru Selangor terus berpanjangan. Pertama; Sultan Selangor sedang bercuti-atas sebab itu hasrat menteri Besar Selangor untuk menghadap telah ditunda pada tahun depan. Kedua, awal-awal lagi kerajaan pakatan Selangor telah menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi mantan pengarah JAIS. Ketiga, menurut Khalid kerajaan Pakatan Selangor mempunyai calon tersendiri.

Dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, tidak termaktub, bahawa perlantikkan SUK mesti syorkan dan dipersetujui oleh Menteri Besar, sebaliknya perlantikan SUK adalah bidang kuasa KSN dan hanya perlu perkenaan Sultan.

Kemelut apa kah yang menyebabkan Khusrin tidak diterima kerajaan Pakatan? sehingga awal-awal lagi integritinya sebagai penjawat awam dipersoal. Penjawat awam mempunyai peraturan sendiri yang perlu dipatuhi. Penjawat awam mesti berkerja dengan Government of the day. Dalam perkara ini, Mohd khusrin berketuakan Khalid Ibrahim diperingkat negeri dan berketuakan Tan Sri Sidek Hassan di peringkat Persekutuan. Malangnya, belumpun mantan pengarah JAIS itu memulakan tugas, bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya.

Tidak terlepas tuduhan mantan menteri besar Perak, Nizar Jamaluddin, yang mengatakan, jika Mohd khusrin dibenarkan bertugas sebagai SUK Selangor yang baru, maka Datuk Seri Najib akan melakukan rampasan kuasa.

Kenyataan Nizar tersebut merupakan Hasutan yang sangat bahaya. Selain ianya berunsur penghinaan kepada perkenaan Sultan Selangor terhadap perlantikan Datuk Mohd Khusrin, ia juga membawa kepada unsur fitnah kepada Perdana Menteri.

Pihak yang berwajib perlu mengmabil tindakan wajar terhadap kenyataan Nizar itu.

Dalam perkembangan yang sama- Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, perlantikan Datuk Mohd Khusrin adalah muktamad, bertentengan dengan kenyataan pejabat MB Selangor, yang mengatakan perlantikan itu belum muktamad.

'Saya tidak akan derhaka'

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan, beliau tidak akan 'derhaka' kepada parti walaupun masih belum memberi kata putus terhadap pemilihannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Menurut Shahidan, beliau tidak pernah derhaka dalam UMNO walaupun menyifatkan dirinya sebagai 'mangsa kezaliman' oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pembangkang agar tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut yang berlaku antara beliau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
"UMNO di Perlis masih kuat kerana semangat kesukarelaan yang tinggi oleh semua ahli terutama di Bahagian Arau dan Padang Besar demi parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Bersama Sukarelawan Banjir Yayasan Pok Dan Kassim (YPK) di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau bertegas akan menemui Perdana Menteri terutama untuk mengetahui alasan beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
"Selagi saya tidak dapat berjumpa saya tidak akan memberi jawapan yang pasti tentang pemilihan saya itu," tegasnya.
Beliau turut menegaskan tidak akan gentar jika dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO kerana sebarang kritikan dan teguran yang dibuat adalah untuk memperkuatkan parti.
Dalam pada itu, Shahidan juga menjelaskan bahawa kerjasama antara beliau dan Md. Isa mungkin boleh berlaku jika tidak ada campur tangan daripada pihak-pihak tertentu.
"Saya hanya bertindak apabila ada campur tangan pihak asing," tegas beliau.
Sementara itu, seramai 300 sukarelawan YPK menerima penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam membantu mangsa banjir besar yang berlaku pada awal bulan lalu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Ayuh Harimau Malaya!




Ujian pertama sudah lulus.Kini, lupakan seketika kemenangan lalu. Buat para pemain negara, mereka tidak perlu hanyut dibuai kejayaan manis menang 3-0 pada pertemuan pertama minggu lalu kerana laluan berduri yang akan menguji ketahanan mental dan fizikal akan menanti di bumi Jakarta, hari ini. Memang laluan yang akan dihadapi oleh pemain negara kita cukup perit pada malam ini. Bukan kerana tekanan berhadapan 80,000 penyokong merah putih, malahan sikap provokasi yang dipamerkan oleh media dan rakyat Indonesia di sini jelas sanggup melakukan apa sahaja asalkan konsentrasi dan fokus pemain terjejas.
Sejak hari pertama tewas, isu penggunaan laser terus menjadi bahan ungkitan terutamanya pihak media, malahan ketika hari terakhir persiapan antara kedua-dua pasukan.
Isu remeh ini terus dipanaskan sehingga tahap mendidih seolah-olah Malaysia mendapatkan kemenangan di Kuala Lumpur dengan cara tidak bermaruah.
Biarkan kem Indonesia terus memilih pendekatan sebegitu kerana sebenarnya mereka jelas amat mencemburui skuad Harimau Malaya yang kini berpeluang menjulang trofi AFF buat kali pertama.
Atas kertas, keyakinan Malaysia cukup tinggi walaupun kita akan kehilangan khidmat Mahalli Jasuli dan Mohd. Amirulhadi Zainal. Namun kekuatan keseluruhan skuad ini tidak sedikit pun akan terjejas.
Ashari Samsudin dan Mohd. Sabre Mat Abu yang dijangka menjadi taruhan mampu menggalas kekosongan yang ditinggalkan dan Malaysia tidak perlu berasa tertekan berbanding Indonesia.
Jurulatih skuad negara, K. Rajagobal mungkin akan memilih bermain secara bertahan sepanjang 90 minit di Gelora Bung Karno di samping cuba melancarkan serangan balas jika berpeluang.
Skuad negara tidak perlu bermain cantik dan apa paling penting adalah efisien daripada segi keputusan.
Keputusan di Hanoi, kita telah membuktikannya.
Apa yang penting, para pejuang negara wajib tidak melepaskan gol awal pada Indonesia di 15 minit pertama permainan. Sekiranya kita meraih gol awal, Malaysia boleh dikatakan hampir pasti akan pulang ke Kuala Lumpur selaku juara Piala AFF.
Di pihak Indonesia, walaupun keyakinan di kalangan peminatnya masih tinggi dan optimis bahawa skuad kesayangan mereka itu akan muncul juara dan Malaysia bakal diganyang di kandang tuan rumah, ketiadaan Oktovianus Maniani mungkin menjejaskan rentak mereka.
Semua pemain Indonesia jelas berada dalam tekanan berbanding kem Malaysia kerana harapan yang diletakkan oleh para peminatnya begitu tinggi dan ekstrem. Situasi itu perlu diambil oleh pemain negara kerana kemungkinan kesilapan bakal dilakukan oleh pemain Indonesia.
Buat Safiq Rahim dan rakan-rakan, ayuh ulangi persembahan menakjubkan di Kuala Lumpur pada pukul 8 malam ini dan benamkan ego Indonesia. Malaysia Boleh!

Mereka fitnah Nik Aziz meninggal diminta mohon maaf

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.
"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya,” kata Mursyidul Am Pas itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.
Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.
Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik. - Bernama

Mohd. Isa berazam bela nasib peneroka Felda

SEREMBAN 27 Dis. - Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad (gambar) berazam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau sebaik mungkin untuk terus membela masyarakat peneroka di negara ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, hubungannya dengan masyarakat peneroka Felda bukan sesuatu yang asing terutama semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini.

"Pelantikan ini merupakan satu kepercayaan Perdana Menteri kepada saya untuk menerajui Felda dan saya akan melaksanakan dasar-dasar bagi memastikan masyarakat peneroka terus dibela.
"Di Negeri Sembilan terdapat 50 tanah rancangan Felda, jadi saya tidak asing lagi di kalangan warga Felda terutama ketika saya Menteri Besar dan juga Ahli Parlimen Jempol sebelum ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuat kuasa 1 Januari ini bagi menggantikan Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.
Mohd. Isa yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.
Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Ditanya mengenai hala tuju Felda apabila beliau menerajuinya nanti, Mohd. Isa menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan untuk menjayakan matlamat badan berkenaan.
"Saya tiada impian peribadi, cuma saya mahu mencapai apa yang dimatlamatkan oleh kerajaan ketika menubuhkan Felda.
"Malah saya juga akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin," katanya.

Harimau baham Garuda

Dendam terbalas! Garuda tersembam ke bumi dibaham Harimau Malaya. Nampaknya reputasi gah Indonesia sekadar omong kosong apabila anak-anak buah K. Rajagobal memastikan penyokong Malaysia berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemenangan cukup menyakinkan, 3-0.
Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama.
Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dif-dif kehormat yang lain.


Dianggarkan sebanyak 85,000 penonton membanjiri stadium pada malam, semalam.
Nama Safee Sali layak disanjung sebagai wira Malaysia kerana dua golnya pada minit ke-59 dan 71 selain Mohd. Ashari Samsudin pada minit ke-67 memastikan Malaysia membuatkan Indonesia pulang dengan penuh kekecewaan.
Kemenangan ini sudah pasti memberikan kelebihan besar buat Malaysia yang akan bertandang ke bumi Jakarta pada Rabu depan untuk perlawanan akhir kedua.
Walaupun beraksi agak gementar pada separuh masa pertama, percaturan bijak Rajagobal memasukkan Ashari dan mengeluarkan
Mohd. Amirulhadi Zainal untuk menukar rentak serangan sebaik bermula separuh masa kedua membuahkan hasil lumayan buat pasukan negara.
Ashari bagaikan menjadi senjata sulit negara apabila serangan dari arah sebelah kiri jelas bertenaga dan membuatkan benteng Indonesia dalam keadaan kucar-kacir.
Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.
Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.
Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.
Selepas gol tersebut, aksi pemain Indonesia semakin longlai, namun sebaliknya keyakinan pemain Malaysia semakin menggila, malah hampir mendapat gol keempat melalui sayap lincah negara, S. Kunanlan pada masa kecederaan tetapi Markus sempat menghalang.
Dalam aksi di Jakarta nanti, Malaysia sudah pasti akan kehilangan khidmat Mohd. Amirulhadi Zainal yang mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini sementara Indonesia pula terpaksa meratapi ketiadaan Oktovianus Maniani yang turut menerima nasib yang sama.