Thursday, March 22, 2012

Kamilia Tak Sedar Diri…, Tergamak Mahu Menyaksikan Najib Menjadi Ketua Pembangkang Selepas PRU Ke 13…!!


Siapa kenal Datuk Kamilia Ibrahim…?

Inilah satu satunya pimpinan sayap UMNO yang tak pernah menjalankan tugas, hanya memanaskan kerusi empuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia…! Menurut maklum balas yang difahamkan..., ramai pimpinan akar umbi Wanita sendiri tidak 'kenal' Kamilia.

Apa sumbangan Kamilia kepada Pergerakan Wanita selepas dinobatkan sebagai Naib Ketua..? Pernahkah beliau menggegarkan persada politik tanahair dan memberikan sebarang impak kepada pihak lawan khususnya PAS dan PKR untuk mengekalkan sokongan wanita melayu kepada lambang UMNO dan Barisan Nasional…?

Disepanjang kerancakan bahang kempen Pilihanraya kecil di Merlimau, Kerdau, Tenang, Bagan Pinang, Galas, Hulu Selangor, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan banyak lagi kawasan kita semestinya menyaksikan “tentera semut merah” Wanita UMNO berlengas badan…, TETAPI persoalannya dimanakah kelibat Datuk Kamilia Ibrahim..?

Jika ada sesiapa yang ‘mampu’ mengemukakan bahan bukti berbentuk rakaman video mahupun foto foto membuktikan Kamilia ada bersama sama dengan jentera Wanita UMNO bermandikan peluh turun padang bekerja untuk memastikan kemenangan calon BN, maka silakanlah berbuat demikian…

Secara mudah… jawapannya TIDAK ADA…!

Iya, memang Kamilia mencipta rekod sebagai satu satunya pimpinan utama Pergerakan Wanita UMNO yang tidak pernah bekerja…. Kemanakah beliau menghilang..? Jawapan itu ada pada dirinya sendiri…. Apakah Kamilia terlalu sibuk menghabiskan masa dengan mantan Ketua Wanita si mulot becok Rafidah Aziz..? Wallahu’alam….
Tiba tiba…, semalam nama Kamilia Ibrahim cuba test power untuk memanaskan bahang serta suhu politik tanahair. Naib Ketua Wanita ini membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil sepatutnya mengosongkan juga kerusi Ketua Wanita UMNO….

Kenyataan Kamilia dilihat terlalu gelojoh…! Tidak ada langsung semangat Esprit De Corps :- "A strong sense of enthusiasm and dedication to a common goal that unites a group."

Memang tidak salah untuk Kamilia menyatakan pandangannya tetapi jangan hanya pandai membuat kenyataan tanpa memberikan ‘remedy and solution’ kepada permasalahan yang sedang didepani oleh Pergerakan Wanita….

Maksudnya ialah, sekiranya Kamilia sendiri seorang “performing leader” dan seorang Naib yang sama sama menunjukkan prestasi setaraf dan sama level dengan kerja Shahrizat, maka kenyataannya itu tidak mengudang banyak respon negatif..!

Dalam bahasa pasar yang sangat mudah…, “Kau sendiri tidur tak pernah buat kerja, tiba tiba nak suruh Boss yang berprestasi tinggi lepaskan jawatan..? “

Tidakkah Kamilia sedar tindak tanduknya ini seolah olah menjadi pelengkap kepada kerja kerja jahat pihak parti lawan PKR untuk meruntuhkan tembok kekuatan jentera Pergeraka Wanita UMNO..? Butakah mata Kamilia dan terlalu bodohkah beliau untuk berfikir..?

Terbukti jentera kuat Wanita UMNO sebenarnya membuatkan pihak lawan tidak senang duduk dan mereka tidak mampu untuk menyaingi kehebatan jentera sayap parti UMNO ini….. Ini terbukti dalam banyak Pilihanraya kecil jentera Wanita jauh lebih berkesan berbanding jentera Pemuda dan Puteri UMNO…!

Maka, itulah sebabnya PKR bekerja bersungguh sungguh untuk “menghapuskan” Shahrizat Jalil daripada menjadi JENERAL sayap Wanita semata mata mahu memudahkan pihak Pembangkang menjalankan operasi mereka.

Membaca sifir mudah.., Pembangkang perlu melemahkan jentera Wanita sekaligus akan melemahkan semangat sayap parti UMNO ini melalui pengunduran Shahrizat. Secara domino effect, nanti jentera UMNO juga akan lemah…

Apakah Kamilia ‘tergamak’ mahu menyaksikan jentera Wanita menjadi lemah…? Mampukah Kamilia membawa Wanita UMNO menjadi lebih baik gerak kerjanya berbanding dengan apa yang telah dibuktikan oleh Shahrizat..?

Apakah jentera Wanita akan mudah menerima kepimpinan Kamilia sedangkan beliau ‘hilang entah kemana’ dan tidak pernah mendampingi dan membimbing pimpinan serta akar umbi Wanita…?

Wanita UMNO yang tebal dengan displin parti sememangnya faham dengan asas perjuangan mereka…. Kepimpinan dan ahli ahli Wanita secara kesuluruhannya mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Shahrizat sebagai seorang Ketua Wanita.

Secara mutlaknya, Shahrizat diangkat dan dipilih oleh mandat perwakilan seluruh negara menjadi Ketua mereka dimana beliau menang bertanding menewaskan lawannya seorang bekas Menteri Kanan dan ‘orang lama paling becok’ dalam UMNO….

Berbeza sekali dengan Kamilia…, beliau “terpaksa” dipilih oleh perwakilan Wanita kerana tidak ada pilihan dan calon lain, Kamilia menang PERCUMA, Free of Charge…!! Bahasa Indonesia bilangnya ‘gratis Pak..’

Kamilia harus cermin diri sendiri…., yang pentingnya beliau harus selesaikan dulu masalahnya dengan Puan Nor Rizan, Naib Ketua Wanita di Bahagian Kuala Kangsar….!!