1. Lihat pada tentatif program tersebut, majlis makan malam adalah bermula pada jam 7.15 malam selepas ucapan aluan. Persoalan pertama, dimanakah yang dinamakan BERBUKA PUASA? Adakah benar Damansara Utama berbuka jam 7.15 malam pada hari tersebut?
2. Lihat pada jam 9.50 malam dimana ada sesi nyanyian lagu ALHAMDULILLAH & ALLAHUAKBAR. Apakah sebenarnya lagu itu dan untuk apakah ia dinyanyikan dalam sebuah bangunan gereja?
3. Tengok pula pada kertas soalan yang diedarkan kepada hadirin yang hadir ke majlis di gereja tersebut, kebanyakan soalannya adalah lebih menjurus kepada Agama Islam dimana terdapat pelbagai soalan mengenai Nabi Muhamad, Al Quran, Rukun Islam, solat dan lain-lain. Apa perlunya soalan-soalan ini diajukan kepada hadirin yang hadir dalam sebuah gereja?
4. Di bawah ini adalah sedikit kenyataan daripada Laporan Agendadaily semasa sidang media 45 NGO Islam seluruh Negeri Selangor yang diadakan pada semalam. Apa perlu majlis dalam sebuah gereja ini lakukan semua perkara-perkara ini? Baca sedutan laporan :
Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?
Sambil mempertahankan tindakan JAISs yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu turut diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.
"Apabila JAIS masuk ke dalam. Soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau.
Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja "mengkristian seluruh umat di dunia".
"Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan, tarik hati mereka, rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus," katanya beliau.
Beliau turut melahirkan kekesalannya terhadap laporan dua portal berita yang katanya memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.
“Mengatakan bahawa JAIS telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.
“Sebagaimana gambaran yang disampaikan termasuk kepada Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.
“Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza,” katanya.-8/8/2011
Laporan lanjut di : agendadaily
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment