Agak kontradiks dengan apa yang diperkatakan oleh golongan penghasut FELDA bahawa entiti kerajaan itu menekan para peneroka dan kurang menjaga kebajikan mereka. Malah wujud gerakan menghasut golongan warga FELDA, khususnya generasi kedua peneroka agar menentang FELDA atas alasan keringat mereka diperah dan diinjak-injak sesuka hati oleh kerajaan.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan ketika menjawab soalan di Parlimen, seramai hampir 80,000 anak-anak peneroka sedang menduduki atau melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Malah hampir 1600 orang anak peneroka sedang berada di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Sememangnya warga peneroka menikmati keistimewaan yang tidak dimiliki oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain. Mereka bukan sahaja dibantu dalam serba-serbi, malah anak-anak mereka turut menikmati keistimewaan terutama dalam hal melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi dengan bersandarkan kepada FELDA.
Inisiatif dan insentif yang diberikan oleh FELDA, terutama kemudahan pinjaman sebenarnya banyak membantu golongan ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi peningkatan modal insan.
Namun, di sebalik segala kemudahan dan keistimewaan tersebut, wujud perasaan tamak dan serakah yang keterlaluan apabila tangan yang memberi, digigit kembali. Ramai anak FELDA yang telah menerima keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh FELDA hasil 'pengorbanan' rakyat Malaysia yang lain, cuba berlagak pandai dengan menghasut warga FELDA agar tidak berpuas hati menerusi hasutan dan adu domba.
Felda Gunung Besout 3 |
Sekalipun, hanya segelintir warga FELDA yang bersikap sedemikian rupa, namun masyarakat di luar FELDA memerhatikan dengan teliti perangai golongan yang menikmati segala kemudahan dan keistimewaan serta perhatian istimewa kerajaan ini. Dek kerana segelintir yang berperangai seperti MAZLAN ALIMIN, warga FELDA dicop sebagai TIDAK MENGENANG BUDI dan LUPA DARATAN.
Tuntutan yang dibuat oleh gerombolan penghasut yang diketuati oleh MAZLAN ALIMIN agar generasi kedua diberikan tanah seperti yang dinikmati oleh generasi pertama FELDA, dilihat SANGAT KETERLALUAN dan tidak mengukur baju di badan sendiri. Sepatutnya, setelah mereka berjaya membentuk dan memantapkan ekonomi menerusi pegangan ke atas tanah yang lebih tepat dihadiahkan kepada mereka, generasi kedua FELDA sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan sebarang bantuan daripada kerajaan lagi.
Atau dengan kata lain, memberikan peluang kepada golongan yang tidak pernah berpeluang untuk menyertai Skim Tanah Rancangan FELDA agar turut merasai nikmat sebagaimana yang telah mereka nikmati. Tidak seharusnya wujud perangai SERAKAH dan HALOBA seperti yang ingin disuburkan oleh MAZLAN ALIMAN serta golongan pembangkai dalam PKR yang bergerak atas dana khas bagi mendapatkan sokongan warga FELDA dalam pilihanraya akan datang.
Sekalipun ada cacat-cela di dalam pengurusan FELDA, setidak-tidaknya golongan yang tidak berpuas hati itu, bersyukur dengan keistimewaan yang mereka nikmati tetapi tidak dirasai oleh golongan lain yang adakalanya jauh lebih berhak berbanding mereka.
Jauh daripada tanggapan mereka bahawa mereka adalah ABDI kepada FELDA yang memeras keringat mereka tanpa belas kasihan, mereka perlu juga ingat, MAK BAPAK dan TOK NENEK sendiri pun tidak mewariskan tanah seluas 12 ekar kepada mereka hanya dengan mengisi borang dan usung tilam bantal.
Durian Runtuh Di Felda Besout 3 |
Pun begitu, lebih ramai warga FELDA yang tahu diri dan mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan Allah Taala dengan menjadikan mereka sebagai GOLONGAN TERPILIH untuk memperolehi tanah, ladang, rumah dan masa hadapan yang lebih cerah. Kecuali buat golongan pemalas, yang hanya berdoa tetapi tidak berusaha, yang sibuk tepuk meja di kedai kopi berbanding mengusung cangkul, sabit dan parang untuk ke kebun serta sibuk menuntut itu ini, golongan yang ringan tulang, tidak banyak cakap dan tahu bersyukur, jauh lebih senang dan dipermudahkan urusan mereka dalam hal-hal keduniaan dan akhirat.
Bro..pohon copy..
ReplyDeleteoraitttt...
DeleteAssalammualaikum..... masalah nya bro bukan diorang dihasut untuk tak bersyukur... cuma nak harta warga felda ni diselamatkan dari orang yang tak bertanggungjawab.... kena faham isu dulu bro.... nak dibanggakan apa dengan felda nie sekarang cuba tengok FGV siapa pemegang share terbesar warga felda ke?????? kalau ada bukti warga felda pemegang share terbesar dalam FGV sila buktikan.....
ReplyDeleteJauh daripada tanggapan mereka bahawa mereka adalah ABDI kepada FELDA yang memeras keringat mereka tanpa belas kasihan, mereka perlu juga ingat, MAK BAPAK dan TOK NENEK sendiri pun tidak mewariskan tanah seluas 12 ekar kepada mereka hanya dengan mengisi borang dan usung tilam bantal.
ReplyDeleteMEMANG LAH BRO BUKANNYA PENEROKA NI DAPAT TANAH TU PERCUMA MACAM TU SAHAJA... BERPULUH-PULUH TAHUN MEMNAGGUNG HUTANG NAK SELESAIKAN ..... LAGIPUN BUKANKAH TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH PEMIMPIN & KERAJAAN UNTUK BANTU RAKYAT??? KENAPA PERLU DIUNGKIT......???? TIDAK IKHLAS KE DALAM MENJALAN TUGAS????
The FGV said dividend vouchers would be sent to eligible shareholders' registered address in not more than 30 days from the eligibility date or by Nov 27, at the latest.
ReplyDeleteFor shareholders, who have taken loans to buy the shares, the dividend would depend on the loan terms and conditions.
"Normally, the dividend amount will be deducted from the pending loan amount," it added.
http://www.mysinchew.com.my/node/77108
Peneroka yang dapat share melalui loan bank kena bayar hutang dulu.... bukan kerajaan bagi percuma pun...