Thursday, June 13, 2013

KUIN Tidak Akan Dijual Atau Dimansuhkan!


5D3BAB5A-ED8D-4345-8245-8C56B10EA3D5 Antara masalah terbesar di Kedah adalah Kolej Universiti Insaniah atau KUIN. Institusi Pengajian Tinggi milik penuh kerajaan negeri Kedah itu, sepanjang lima tahun lepas berada dalam keadaan yang amat kritikal ekoran 'kepandaian' dan 'kepintaran' puak-puak taik PAS yang melihat KUIN sebagai kantung emas yang boleh mengkayakan mereka dalam sekelip mata.

Daripada sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan pengajian pondok dan agama secara tradisional, puak-puak PAS telah menukarkan KUIN menjadi sebuah pusat pengajian sampah yang dipenuhi pelbagai kursus tetapi pelajar-pelajar yang mengambil kursus-kursus tersebut tidaklah seberapa berbanding kos yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Kerugian besar yang dialami oleh KUIN, telah membuatkan kursus teras yang asalnya tidak dikenakan sebarang yuran, dikenakan bayaran oleh pentadbiran lalu. Dengan masalah gaji, bonus dan kebajikan kakitangan yang amat daif, selain penempatan para pelajar yang tidak dititikberatkan, KUIN akhirnya dilihat sebagai kudis yang sudah bertukar menjadi tokak dan berulat.

Sudah ada cerita kononnya, KUIN akan dijual kepada pihak asing. Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir telah mengenepikan cerita-cerita tersebut, sebaliknya menegaskan, Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinannya akan memajukan KUIN dan kembali meletakkan KUIN ke landasannya yang sebenar.

Kerugian besar yang dialami oleh KUIN, sukar dipulihkan dalam sekelip mata. Penyusunan semula pengurusan dan pentadbiran KUIN pasti akan memakan masa ekoran kerosakan yang telah dilakukan oleh PARASIT-PARASIT PAS yang seringkali menggunapakai nama orang lain untuk menghalalkan perbuatan jahat mereka.

Sudah pastilah, Menteri Besar Kedah yang baru mempunyai pendekatannya yang tersendiri, terutama sekali berdasarkan pengalamannya selaku Timbalan Menteri MITI yang pernah membantu Kulim Hi-Tech Park dengan membawa masuk pelaburan bagi menghidupkan kawasan berkenaan yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah teraju UMNO sebelum ini.

Perkembangan berkaitan KUIN sedang diperhalusi dan rasa-rasanya Menteri Besar Kedah yang baru tidak akan mengambil risiko besar untuk menghilangkan kepercayaan terhadap kewibawaan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya. Justeru, tidak mungkin sama sekali dia akan memungkiri janjinya bahawa KUIN akan dihapuskan, dijual atau ditukarkan menjadi sebuah kolej biasa.

Apatah lagi, tidak mustahil juga, Mukhriz akan mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos operasi, pengurusan dan pentadbiran KUIN dalam bentuk geran mahupun pinjaman. Apatah lagi Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan sudah berulang-ulang kali menyatakan sokongan terhadap pendidikan agama di seluruh Malaysia. Sedangkan KUIN itu matlamat asal penubuhannya adalah untuk memartabatkan pendidikan agama yang asalnya dibawa oleh pengajian pondok.

klik sini

No comments:

Post a Comment