Sunday, March 27, 2011

TUN DAIM BELASAH ANWAR. INI ADALAH FAKTA SEJARAH.

 Bagaimana Tun melihat Datuk Seri Anwar sejak beliau menyertai politik dan masa depan sebagai pemimpin pembangkang serta kes liwat yang dihadapinya?

TUN DAIM: Tun Dr. Mahathir membawa Anwar masuk UMNO di awal tahun 1982, sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri. Sejak itu saya kenal Anwar. Ini kerana Tun Dr. Mahathir menyokong Anwar di semua segi, Anwar naik dengan mendadak dalam kerajaan, dari Timbalan Menteri hingga Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dalam jangka kira-kira 10 tahun saja. 

Dalam UMNO pula dia naik dari Ketua Pemuda UMNO hingga ke Timbalan Presiden pada jangka masa yang sama. Semua ini termungkin kerana Tun Dr. Mahathir melihat Anwar sebagai calon utama untuk ganti beliau bila tiba waktunya. Jadi ketika itu seluruh jentera di belakang Presiden UMNO juga bergerak serentak menyokong Anwar. 

Tanpa Tun Dr. Mahathir dan jentera UMNO di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti. Apa yang berlaku sehingga beliau dipecat daripada UMNO bukan satu konspirasi politik. 

Teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai guna meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri. 

Pada pengamatan ramai, Anwar tak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi Menteri. 

Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja. Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai.

Apakah pakatan pembangkang masih lagi relevan atau semakin kehilangan arah?

TUN DAIM: Pakatan Rakyat, saya pernah berkata, hanyalah satu konspirasi politik. Saya lihat kumpulan ini tak akan dapat capai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri. 

DAP itu parti chauvinis kecinaan, PAS pula perguna Islam, bukan sebagai ad-Din tapi sebagai topeng politik untuk mengabui mata orang-orang Melayu di kampung. PKR hidup kerana Anwar dan untuk Anwar. 

Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti. Waktu dia jadi pelampau bahasa Melayu, bahasa Inggeris diketepikan hingga ramai anak kita yang lahir selepas tahun 1969 hilang kompetensi dalam bahasa Inggeris. 

Dalam dunia globalisasi, Internet dan teknologi komunikasi sekarang, kekurang fasihan warga kita dalam bahasa Inggeris adalah satu kemunduran.

Tapi sekarang ini Anwar menjadi pejuang multi-culturalism dan 'liberalisme utopia' pula, sehingga ada di kalangan mereka mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. 

Sikap dan tindakan politik begini yang menggadai segala harga diri, maruah, martabat dan prinsip untuk mendapat sokongan tertentu mengingatkan kita kepada watak utama drama Christopher Marlowe, Dr Faustus.

Bukan saja Pakatan Pembangkang tak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam parti pun PKR terus bergelumang masalah. Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada UMNO dan BN yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? 

Dalam setiap demokrasi berparlimen, perlu ada parti pembangkang. Jadi dari segi relevansi, ya, pembangkang itu relevan setiap masa. Bukan pembangkang yang bangkang-bangkangan semata, yang menolak semua usaha kerajaan walaupun usaha itu jelas memberi faedah kepada rakyat. 

Pembangkang yang relevan ialah yang menjadi check and balancechauvinistic dan tidak berpandangan sempit (tunnel vision), yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Jika kita perhati kepada keadaan parti pembangkang sekarang, jelas mereka tidak hilang arah. Cuma, masing-masing ada arah sendiri. 

Mereka mengamalkan prinsip kahwin monyet (marriage of convenience). Mereka juga mencedok format BN tapi secara setengah jalan saja, bukan sepenuhnya. Ini bukan satu alternatif yang unggul bagi rakyat. 

Parti pembangkang di luar yang ingin mengambil alih kerajaan ada "shadow cabinet. Mana shadow cabinet Pakatan Rakyat? Jika mereka benar-benar jujur ingin menjadi parti alternatif, mengapa tidak bubar semua parti dalam pakatan dan tubuh satu parti saja yang dianggotai rakyat semua kaum? 
 

No comments:

Post a Comment