Monday, May 23, 2011

SIAPA TAK FAHAM ISTILAH INFLASI?



Kawan terpanggil untuk mengulas isu pengurangan subsidi ke atas barangan tertentu seperti petrol RON95 dan barangan keperluan asas lain seperti gas memasak, gula dan tepung gandum. 

Sejak diumumkan bahawa nilai subsidi yang dibelanjakan tahun ini meningkat 100% kepada RM20.58 bilion berbanding tahun lepas dan kerajaan tidak boleh menampung keseluruhan subsidi itu terlalu lama, PR dengan tidak berlengah lagi terus membelasah kerajaan tanpa henti kononnya, kerajaan tidak mengambilkira kesusahan rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Memanglah isu pengurangan subsidi ini bakal menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bagaimanapun, untuk PR menuduh kerajaan sengaja hendak menambahkan kesengsaraan rakyat adalah tuduhan yang melampau. Ini kerana Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyidin Yasin telah memberi jaminan bahawa kerajaan tetap akan memastikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terlalu membebankan rakyat.

Pada kawan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memang tak boleh dielak. Kawan bawakan analogi berikut. Pada era 1950an, harga sebungkus nasi lemak adalah di sekitar 5 sen. Tahun 1970an, sebungkus nasi lemak berharga sekitar 20 sen sebungkus dan ianya meningkat kepada 50 sen pada hujung 1980an dan sekarang, pada tahun 2011, harga sebungkus nasi lemak sudahpun mencecah minimum RM1 sebungkus. 

Begitu juga dengan harga akhbar. Pada tahun 1985, kawan membeli akhbar pada harga 35 sen senaskah. Sejak itu, harga akhbar terus meningkat sehingga mencecah RM1.50 sekarang pada hari biasa dan RM2 pada hari minggu.

Mengapakah ini terjadi? Itulah yang dinamakan sebagai INFLASI. Bagi yang tidak faham istilah inflasi, ia dimaksudkan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam sesuatu tempoh masa. Dua contoh yang kawan sebutkan di atas adalah contoh yang paling mudah bagaimana inflasi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.

Punca berlaku inflasi ada dua. Pertama, disebabkan pertambahan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan disebabkan peningkatan perbelanjaan baik dari individu, sektor awam mahupun swasta. Contohnya, kenaikan harga topeng muka semasa krisis virus H1N1 tidak lama dulu. Permintaan yang naik secara mendadak menyebabkan topeng muka yang biasanya dijual pada harga di bawah RM1 sekeping, telah dijual sehingga ke paras RM5 sekeping.

Faktor kedua dipanggil "tolakan kos". Tolakan kos berlaku apabila berlaku kenaikan kos terhadap bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam contoh akhbar di atas, harga kertas dan dakwat yang terus meningkat dari semasa ke semasa adalah faktor pendorong utama kepada kenaikan harga akhbar. 

Dalam contoh nasi lemak pula, kenaikan harganya adalah disebabkan oleh kenaikan harga beras, santan, lada, telur dan ikan bilis yang menjadi bahan utama penghasilan nasi lemak menjadi punca kepada kenaikan harganya.

Kebanyakan sebab inflasi yang berlaku di negara ini adalah disebabkan oleh faktor tolakan kos. Ada juga inflasi yang diimpot. Contoh yang paling senang difahami ialah petrol. Walaupun Malaysia mengeluarkan petrol sendiri, tetapi ianya tidak cukup untuk kegunaan domestik menyebabkan negara terpaksa mengimpotnya dari negara pengeluar yang lain. Dan kerana itu, Malaysia terdedah kepada risiko peningkatan harga minyak di pasaran dunia. 

Fikirkan ini, harga sebotol air mineral 1.5 liter berharga RM2.20. Ini bermakna, harga seliter air mineral ialah di sekitar RM1.47 manakala harga seliter RON95 ialah RM1.90. Secara logik, kos pengeluaran manakah yang lebih tinggi, air mineral ataupun petrol? Jawapannya tentulah petrol. Sepatutnya, harga seliter petrol boleh mencecah sehingga RM2.60-RM2.80 seliter dalam keadaan sekarang. Cuba lihat berapa banyakkah perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan harga RON95 kekal pada harga sekarang?

PR asyik membangkitkan perihal mengurangkan bayaran subsidi sebanyak RM19 bilion yang dibayar kepada penjana kuasa bebas (IPP) yang mana penjimatannya boleh digunakan untuk menyerap kenaikan harga petrol. Bercakap memang mudah.  Bukankah ada kontrak di antara IPP dan Tenaga Nasional yang perlu dipatuhi? Untuk meminda kontrak yang telah ditandatangani, memerlukan kerajaan membayar pampasan bernilai berbilion RM kepada IPP  ini.

Dan cuba tanyakan pula kepada Anwar Ibrahim, pada zaman Menteri Kewangan manakah kebanyakan perjanjian IPP ini ditandatangani? Dan sekarang, dia pula cuba menjadi juara rakyat dalam menangani masalah subsidi IPP ini.

Kesimpulannya, walau bagaimana pun kita cuba mengelak, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini tetap akan berlaku. Kita kena bersedia untuk menerima hakikat inflasi. Jika sudah tahu keadaan sedemikian, kita kenalah bersedia. Mungkin kita perlu mengubah sedikit gaya hidup kita (lifestyle) bagi disesuaikan dengan pendapatan kita. Tidak ramai yang sedia berkorban sedikit kesenangan demi memastikan kelangsungan hidup kita.

Kesimpulannya, "tepuk poket, tanyalah hati"....   

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kpd semua barisan pendidik & tenaga pengajar di seluruh Malaysia demi menjana modal insan yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Semua warganegara Malaysia seharusnya menghargai segala jasa & pengorbanan para guru dan barisan pendidik di seluruh Malaysia kerana merekalah muaddib, murabbi dan mualim dalam mendidik pelajar, bukan sekadar menguasai ilmu akademik semata-mata malahan yang lebih penting lagi ialah didikan dari aspek pembangunan rohani dan pemantapan jati diri pelajar....

"Tujuh belas tahun rindu tersemat,"
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan


"SELAMAT HARI GURU"..

- Afzainizam Bin Abdullah -

Tuesday, May 10, 2011

Berani Buat, Jangan Takut Tanggung!


“Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,”-Anwar..
Semakin tua dan menghampiri  tahap nyanyuk manusia menjadi semakin sensitif. Keadaan ini adalah tanda-tanda bahawa insan atau warga istimewa itu sedang menghampiri tahap nyanyuk. bagi mereka yang di masa mudanya banyak melakukan perkara yang "nakal (-), jahat dan hina serta banyak menyakiti hati orang lain, pendengki dan seumpamanya, penyakit nyanyuk ini datang lebih awal dan menjadi tahap nyanyuk gaban.

Bila banyak mendustai orang lain, terutama mendustai Isteri, anak-anak, saudara mara dan seumpamanya, penyakit nyanyuk ini datang lebih awal dari sepatutnya. Antara ciri-ciri penyakit nyanyuk yang datang lebih awal ini ialah:-

1. Menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dilakukannya sendiri secara peribadi, samada perbuatan itu terang-terang, tersembunyi 50% atau masih diperdebat.
2. Merasa diri sendiri sahaja yang benar.
3. Merasa marah seterusnya merajuk apabila keinginannya tidak dituruti.
4. Merasa dialah yang lebih berkuasa dari orang lain walaupun sebenarnya dia langsung tidak berkuasa.
5. banyak lagi KEKURANGAN SIFAT...samada berkurangan atau bertambah NAFSU SEXnya itu SL tak pasti...

BTW, kenapa DSAI yang dilanyak dengan isu Video Sex, Najib dan Rosmah saja yang jadi sasaran? Bukankah Najib itu "straight" dan BUKAN dua alam!!!. Setahu SL najib tidak dikaitkan dengan Pelakon Video Sex itu...Lagipun Dato T lah yang mengaku bahawa dia ada dalam video itu. SL tak pernah dengar Najib berkata bahawa dia ada dalam video itu!

Apakah itu pertanda "AWAL NYANYUK @ NYANYUK AWAL". atau terlalu banyak terminum "susu dara" lembu betina..ternakan China @ made in China?

UMNO 65 TAHUN: UMNO PAKSI KEKUATAN ORANG MELAYU



Selama 65 tahun berbakti kepada orang Melayu, UMNO tidak pernah lekang dari pelbagai kisah suka dan duka. 

Berlandaskan Perlembagaan, UMNO telah membina hubungan yang baik dari parti-parti komponen yang mewakili masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.  Penerimaan terhadap konsep ini membuatkan Malaysia muncul sebagai negara membangun paling diberi perhatian berikutan kestabilan politiknya tidak pernah mengundang huru-hara.  

Namun keamanan itu dikejutkan dengan suara Reformasi yang dilaungkan atas penyingkiran seorang pemimpin kanan UMNO, Anwar Ibrahim berikutan salahlaku seksnya.  Pemecatan ini menyebabkan penyokong-penyokongnya membantah, merusuh dan membuat huru hara atas dasar bahawa Anwar telah dianiaya.  Inilah titik permulaan yang bakal menyaksikan hadirnya seorang yang sanggup menggadaikan segalanya yang telah dibina, asalkan berjaya memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri.  

Keterbukaannya dalam mencapai cita-citanya melampui norma-norma Perlembagaan, sehinggakan Islam dan Melayu itu diperalatkan, malah digadaikan tanpa rasa bersalah.  Anwar Ibrahim telah membuka satu ruang bagi pihak lain untuk menyerang perkara-perkara yg cukup sensitif pada orang Melayu.  Islam, Melayu, institusi Raja-Raja dan Perlembagaan ditawarkan sebagai galang ganti.  

Dan inilah malapetaka paling besar, yang tidak pernah terfikir bahawasanya akan ada seorang Islam Melayu hilang pegangan agamanya, kemelayuannya, hilang semangat cintakan negara dan hilang segala-galanya.  Hanya nafsu dan serakahnya mengemudi dirinya!

Dan kesempatan ini digunakan oleh anak cucu komunis DAP laknatullah untuk memperluaskan pengaruhnya dengan sentimen chauvinist, sesuatu yang telah dilenyapkan setelah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.  Api dendam yang membara tatkala usaha merampas Tanah Melayu digagalkan, nyata telah dihidupkan kembali.  Dan kini ancaman itu semakin jelas.  

UMNO berdepan tugas yang getir dalam mempertahankan hak orang Islam dan Melayu.  Lebih menyukarkan, orang Melayu kini sudah berpecah, dengan PAS mengetuai orang Islam dan Melayu untuk berpakat dengan DAP dan PKR, demi dendam kesumat syaitanirrajim bertahun lamanya.  

Desakan-desakan dan tuduhan-tuduhan melampau dari konspirasi politik yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat nyata memberi tamparan yang hebat kepada UMNO.  PAS sehingga kini tidak mampu lagi untuk menggalas perjuangan Islam dan Melayu, seperti yang pernah diakui oleh ramai pimpinan tertinggi mereka, kerana mereka tidak pernah berbangga menjadi Melayu!

Kini UMNO berdepan cabaran yang hebat, dengan semangat setiakawan dari parti komponen terbesarnya iaitu MCA dan MIC telah jauh terhakis akibat dari permainan politik berbahaya dari pihak pembangkang.

Mampukah UMNO memulihkan semangat setiakawan Barisan Nasional yang menjadi tunjang perpaduan, sekaligus menafikan cubaan "politik tidak sihat" untuk mengganggu gugat keharmonian dan kestabilan kaum yang telah dinikmati sekian lamanya? 

UMNO harus mempersiapkan dirinya bagi menghadapi gelora , sekaligus mengimbangi keperluan dan kehendak semasa orang Melayu.