Nampaknya begitu bersemangat Dewan Pemuda PAS Negeri Perak untuk mengembalikan kuasa kepada Rejim DAP pada PRU13 akan datang. Dengan kepimpinan yang baru mereka sibuk cari kesalahan kerajaan negeri Perak sehingga pemberian komputer 1 Malaysia pun hendak dilapor kepada SPRM, apa kejadahnya. Pemilihan dibuat oleh pihak sekolah Adun hanya menyampaikan sahaja. Inilah menunjukkan sikap kebodohan pemuda Pas yang menjadi keldai kepada pemimpin DAP. Mereka seolah-olah gila untuk mencari kesalahan , apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan semuanya hendak dilaporkan kepada SPRM, mentang-mentanglah pengarahnya cenderung kepada mereka.
Berbalik kepada mengambil semula Perak,setelah membuang perjuangan Islam hanya memasukkan perkataan kebajikan demi untuk menjaga hati pemimpin DAP ada lagikah orang Melayu akan menyokong mereka. Sikap hipokrit mereka sudah jelas mudah dipermainkan oleh pemimpin DAP.
Selama 11 bulan pemerintahan rejim DAP, rakyat Perak dikejutkan dengan pemberian tanah kepada penghuni Kampung Baru selama 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh negeri lain. Kemudian rakyat Perak dikejutkan dengan pembentukan kerajaan yang hampir kesemua kaum Cina DAP yang menjadikan Nizar sebagai boneka kepada mereka melalui perjanjian pangkor 2. Detik-detik sedih dimana Cina DAP menghasut orang Melayu agar menanam kebencian terhadap Sultan Perak.
Rakyat Perak terutamanya dipedalaman begitu sedih kerana hampir kesemua lombong-lombong dipagar oleh peneroka haram yang dibantu oleh Cina DAP sekaligus menghilangkan mata pencarian lauk kepada penduduk miskin yang tinggal berdekatan lombong.
Kesedihan rakyat Perak terus diratapi apabila pemimpin Pas membawa masuk Cina DAP ke dalam masjid-masjid diseluruh negeri Perak seterusnya berpolitik di dalam rumah Allah.
Duka rakyat negeri Perak terus berlarutan apabila Nga Kor Meng bertindak biadap membuat kenyataan agar peruntukkan kepada masjid-masjid di alihkan kepada tokong-tokong dan kuil-kuil.
Nga Kor Meng juga terus mempergunakan ayat suci alquran sebagai bahan politik untuk mendapat undi daripada orang Melayu.
Nizar yang menjadi Menteri Besar Boneka ketika itu hanya menjadi 'pak turut' dalam membuat keputusan penting mengenai negeri Perak, daripada mengenai tanah hinggalah peruntukkan masjid dan surau.
Apakah rakyat mahukan perkara sebegini berlaku lagi di Perak? Janganlah kita menyokong kepada parti yang telah menggugurkan perjuangan Islam bagi mereka perjuangan Islam sudah tidak penting selain daripada mengambil hati pemimpin DAP.
Nizar pun sudah tidak diterima di kawasannya iaitu Pasir Panjang kerana sejak dia menjadi Adun beliau langsung tidak pernah menyelesaikan masalah rakyat, yang dia tahu hanya pergi tempat orang lain berceramah dan membohong seterusnya dapatlah 2, 3 ribu ringgit semalam dan bawa balik. Itu sebab dia lebih suka berceramah daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Adun dan Ahli Parimen yang bergaji lebih RM20ribu.
Ingatlah rakyat Perak kesilapan dahulu jangan diulangi lagi, jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar, jangan menang sorak kampung tergadai, orang melayu hanya tinggal kuasa sahaja, jika kuasa pun diserahkan kepada orang lain apa lagi yang ada.
No comments:
Post a Comment