Tuesday, December 28, 2010

'Saya tidak akan derhaka'

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan, beliau tidak akan 'derhaka' kepada parti walaupun masih belum memberi kata putus terhadap pemilihannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Menurut Shahidan, beliau tidak pernah derhaka dalam UMNO walaupun menyifatkan dirinya sebagai 'mangsa kezaliman' oleh pihak-pihak tertentu.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pembangkang agar tidak mengambil kesempatan terhadap kemelut yang berlaku antara beliau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
"UMNO di Perlis masih kuat kerana semangat kesukarelaan yang tinggi oleh semua ahli terutama di Bahagian Arau dan Padang Besar demi parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Bersama Sukarelawan Banjir Yayasan Pok Dan Kassim (YPK) di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau bertegas akan menemui Perdana Menteri terutama untuk mengetahui alasan beliau dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
"Selagi saya tidak dapat berjumpa saya tidak akan memberi jawapan yang pasti tentang pemilihan saya itu," tegasnya.
Beliau turut menegaskan tidak akan gentar jika dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO kerana sebarang kritikan dan teguran yang dibuat adalah untuk memperkuatkan parti.
Dalam pada itu, Shahidan juga menjelaskan bahawa kerjasama antara beliau dan Md. Isa mungkin boleh berlaku jika tidak ada campur tangan daripada pihak-pihak tertentu.
"Saya hanya bertindak apabila ada campur tangan pihak asing," tegas beliau.
Sementara itu, seramai 300 sukarelawan YPK menerima penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam membantu mangsa banjir besar yang berlaku pada awal bulan lalu.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment