Monday, June 20, 2011

Mana negara Islam Pas?

negara_islam
Asas perjuangan Pas adalah untuk menubuhkan negara Islam. Negara yang mengamalkan cara hidup dan peraturan Islam.Tetapi itu semunya tinggal sejarah. Pas tidak lagi memperjuangkan negara Islam. Matlamat Pas kini adalah untuk mewujudkan negara kebajikan - bunyinya seperti ideologi komunis.

Dahulu Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengeluarkan hujah, UMNO kafir kerana tidak memperjuangkan Islam dan bersahabat dengan orang kafir. Tetapi hari ini, Hadi berkata, negara Islam tidak perlu, apa yang lebih penting ialah negara kebajikan. Apakah ini disebabkan Pas takut kehilangan undi bukan Islam?.

Maksudnya Pas dan UMNO tidak ada bezanya. Kedua-dua parti itu memperjuangkan kebajikan rakyat. Tetapi lihat dahulu keupayaan siapa yang mampu memberikan dan menjaga kebajikan rakyat. Dalam tempoh 53 tahun, UMNO telah melakukan pelbagai perkara untuk memastikan rakyat dapat hidup aman dan damai.
Jika mahu dibandingkan ia ibarat langit dengan bumi. Pertama lihat apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan sepanjang tempoh 21 tahun memerintah. Kalau dicabut semua bangunan yang dibina pada zaman Barisan Nasional memerintah dan bangunan yang dibina oleh pihak swasta Kota Bharu tidak ubah seperti bandar koboi.Tidak ada satu bangunan untuk memajukan ekonomi dan menambah pendapatan penduduk diadakan oleh Pas. Bagaimana untuk menjaga kebajikan rakyat jika ekonomi statik malah makin menurun.
Satu lagi contoh yang nyata, pembangunan Bandar Baru Tunjong yang dirangka oleh Kerajaan Pas Kelantan, sekiranya agensi Kerajaan Pusat tidak membina pejabat mereka di situ sudah pasti tidak ada sebarang perkembangan.

Dari aspek, bantuan secara terus kepada rakyat, Kerajaan Pusat telah membuat pelbagai dasar dan tabung untuk membantu rakyat.Seperti pepatah Cina daripada memberikan seekor ikan lebih baik mengajar orang susah itu cara memancing kerana sudah pasti selepas ini dia akan terus mendapat makanan biarpun caranya agak susah.Itu yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional, bantuan diberikan tetapi dipantau supaya dana tersebut dapat digunakan untuk menambah pendapatan secara berterusan. Mungkin ini cara tidak popular tetapi ia kaedah terbaik untuk membentuk masyarakat cemerlang.Terlalu banyak kebajikan yang dibuat oleh UMNO dalam tempoh 53 tahun jika dibandingkan dengan Pas. Fikirkanlah sendiri. -

No comments:

Post a Comment