Monday, June 6, 2011

PAS yang semakin HAMPAS.....






Sebelum PAS bertukar kepada KEPIMPINAN ULAMA pada awal 80an, PAS menentang UMNO atas dasar UMNO bekerjasama dengan parti bukan Islam. Ceramah-ceramah PAS dipenuhi dengan ucapan mengkafirkan UMNO, kerana UMNO mengambil parti-parti 'orang kafir' sebagai 'wali' atau kawan.


Selepas bermula KEPIMPINAN ULAMA, PAS mencari alasan lain pula untuk terus 'berperang' dengan UMNO di dalam pilihanraya. Kali ini, menuduh UMNO menentang penubuhan NEGARA ISLAM dan perlaksanaan HUKUM HUDUD. Sekali lagi UMNO dikafirkan kerana kononnya menolah HUDUD.

Sekarang PAS telah mengenepikan perjuangan NEGARA ISLAM dan perlaksanaan HUDUD. Dan PAS sendiri telah bekerjasama dengan parti 'orang kafir' DAP. Jadi apa lagi ALASAN PAS untuk terus memecahkan perpaduan umat Melayu.

Amat benar kenyataan Prof. Madya Ustaz Mohd Noor Deris, bahawa PAS sekarang sebenarnya sedang bekerjasama dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan sebuah Kerajaan Islam. Walaupun PAS tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam(mengikut salah faham mereka), HAKIKATnya, Malaysia ialah sebuah NEGARA ISLAM.

Malaysia ialah sebuah negara Islam kerana:
1. Ketua negaranya(Yang Dipertuan Agung) ialah seorang Islam.
2. Kuasa badan-badan keselamatan seperti Tentera, Polis dsb terletak di bawah penguasaan orang Islam.
3. Tidak ada halangan terhadap umat Islam melaksanakan rukun-rukun Islam.

No comments:

Post a Comment