Sejarah telah membuktikan Hj Rashid yang sekarang menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merakan seorang pak turut.
Rashid Hasnon merupakan seorang pengurus di sebuah kilang bernama ASE di Zon Perindustrian Bayan Lepas sebelum bertanding atas kerusi Pkr di Dun Pantai Jerejak dan beliau menang atas sokongan kuat kaum cina.
Cuba tanya orang-orang yang kerja di kilang ASE yang mengenali beliau, bagaimana seorang pengurus melayu islam membuat keputusan dalam hal kebenaran untuk menunaikan sembahyang di tempat kerja. Tak mau cerita kelemahan tapi korang boleh agak le kagagalan beliau menguruskan hal solat staf dalam kilang ASE terbabit.
Ni bukan cerita rekaan, tapi satu fakta yang tak dapat dinafikan oleh si Rashid ni. Uruskan kilang pun gagal, camnalah nasib nak urus negeri terutamanya nak jaga nasib orang melayu Pulau Pinang yanh dicengkam erat oleh DAP.
Dalam tempoh 6 tahun, P.Pinang mempunyai 3 TKM1. Sesuatu yang 'pelik.' Yang pasti ia menjurus soal kepimpinan Melayu. Ketua Menteri Lim Guan Eng telah membuktikan beliau cemerlang, standard kepimpinannya tinggi.
Kepimpinan TKM1 sebelum ini, gagal bersaing dengan Guan Eng. Rasyid perlu membuktikan perlantikan beliau tepat. Meskipun tidak mempunyai rekod cemerlang dalam kepimpinan politik PKR, namun beliau perlu menggalas amanah ini sebaiknya. Rasyid perlu menjadi PEMANDU, bukannya PENUMPANG.
Orang Melayu tidak mampu lagi melihat TKM1 dipaksa letak jawatan atau dipaksa menjadi Ahli Parlimen !
http://panggungopera.blogspot.com/2013/05/sejarah-di-kilang-ase-membuktikan.html
No comments:
Post a Comment