Hampir 60 tahun Malaysia Merdeka
Sudah lalui 13 kali pilihanraya Umum
Hampir 65 tahun Parti yang berunsur KAUM menunjukkan bukti bahawa parti tersebut mampu memenangi Dun atau Parlimen yang mereka tandingi !
UMNO telah buktikan parti 'Melayu' ini berjaya dengan cemerlang walau d uji dengan pelbagai cabaran termasuk pernah d haramkan tapi bangkit dengan pantas. Unsur penyatuan yang d gunakan adalah 'Bangsa Melayu'..inilah kekuatan yang ada pada Parti UMNO.
PAS juga telah membuktikan parti mereka berjaya menguasai senario politik Malaysia dengan membuktikan PAS memenangi Kelantan tanpa bantuan 'perikatan' mana-mana parti atau bergabung dengan parti lain.
DAP juga telah buktikan bahawa parti yang menjaga kaum mereka sendiri juga berjaya walaupun parti ini d katakan d kuasai oleh anak beranak hingga menantu..namun kerana dasar perjuangan hanya untuk membela bangsa mereka sahaja..maka parti ini juga d lihat berjaya.
Parti milik Anwar anak beranak? Parti campuran..polisi yang berantakan..polisi yang kononnya 'sama rasa sama rata' tak mampu melonjakkan parti milik Anwar dan anak beranaknya maju kerana FOKUS utama perjuangan pun semua rakyat Malaysia tahu kemana hala tujunya.
GERAKAN..juga menerima nasib yang sama dengan parti milik Anwar anak beranak..hancur..semuanya kerana polisi yang longgar..arah tuju nak bela semua kaum bertindih dengan polisi Barisan Nasional.
MCA..amat malang..bukan tiada hala tuju..bukan tiada polisi untuk membela kaum..tapi hancur kerana 'politik dalaman' yang akhirnya d lihat amat lemah untuk bantu kaum sendiri. MCA perlu dan wajib bangkit, buang semua perangai 'kroni' yang melampau kerana bakal membunuh perjuangan itu sendiri.
Dari senario d atas..apakah sudah sampai masanya untuk wujudkan SATU PARTI sahaja ?
Adakah cadangan yang d buat oleh Gerakan ini baik atau membunuh diri ? Mana bukti yang Sistem 1 Parti berjaya selama ini ?
Asas Barisan Nasional cukup kuat, semua parti yang mewakili kaum duduk sebumbung d bawah satu BENDERA..jaga kaum masing-masing dan bersatu dalam satu PERIKATAN. Ini asas yang d bina selama ini dan asas ini semakin d lupakan !!
http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/05/tiada-bukti-sistem-1-parti-berjaya.html
No comments:
Post a Comment