Sunday, February 27, 2011

Orang-orang Harapan Seorang Ketua ?


Secara umumnya seorang ketua/pemimpin akan memilih orang-orang yang "sehaluan" yang dapat membantunya melaksanakan ideologi serta dasar-dasar kepimpinannya dengan seberapa baik yang mungkin. Kalaupun ada di antara orang-orang yang membarisi kepimpinannya mengutarakan pendapat masing-masing yang mungkin nampak tidak begitu sehaluan, ini selalunya bersifat kritikan atau teguran yang akan membawa kepada pengukuhan kepada kepimpinan itu sendiri. Jauh sekali ianya bersifat "sokongan membawa rebah" apabila orang-orang disekeliling hanya pandai mengampu daripada melaksanakan tugas serta tanggungjawab. Apa lagi orang-orang tersebut lebih bersifat bagaikan gunting dalam lipatan ataupun bagaikan biawak hidup yang didokong. Kalau seseorang itu tidak dapat lagi untuk bersehaluan dengan ketuanya dan tidak juga  rela mengubah haluannya, sepatutnya orang itu keluar segera dari kumpulan tersebut  untuk memperjuangkan sendiri haluannya atau menyertai kumpulan lain yang sehaluan dengannya. Jangan menjadi duri dalam daging. Jangan menjadi pagar yang memakan padi.

Sudah terlalu banyak para bloggers menulis tentang ketua sayap yang dikira sebagai barisan hadapan UMNO/BN yang ada pada hari ini. Sudah sekian lama KJ "terpilih" sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apa jadi kepada sayap barisan hadapan UMNO/BN ini?  Tidak perlu diulas lagi tentang ini!
Menteri KDN. (Klik)
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. (Klik)
Cukup! Cukup! Cukuplah dengan satu contoh Menteri dan satu contoh Timbalan Menteri yang ada pada dalam barisan kepimpinan DS Najib pada hari ini. Ada lagi dua tiga jika hendak disenaraikan.

Kita pergi yang bawah sikit lagi pulak
  • Idris Jala of Pemandu (klik)
  • Zainal Aznam of NEAC & Zafrul of Maybank (klik)
Ok. Itu segelintir contoh ahli-ahli  yang dilantik untuk menggemilangkan serta menterbilangkan kepimpinan DS Najib. Mereka sepatutnya mempunyai kualiti-kualiti 'setia' seperti Hang Tuah, 'berani kerana benar' seperti Hang Jebat (sekiranya Hang Jebat diberi ruang yang sewajarnya untuk bersuara daripada terus dihukum bunuh), 'kegagahan dan keberanian' Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu mempertahankan kedaulatan  bangsa dan negara. Bukan bersifat seperti Marcus Junius Brutus the Younger. Tidak berani nak 'buangkan' orang-orang seperti ini daripada barisan perjuangan ke?

Itu bab barisan pejuang sendiri. Bagaimana pula 'serangan' yang hendak dilancarkan terhadap "musuh"?
Mereka sudah naik tocang, memainkan sentimen perkauman dengan sewenang-wenangnya.

Cukupkah dengan serangan menggunakan 'pistol air' sahaja? Ada keris, disarungkan dan disimpan dalam almari buat mengutip debu. Tiada sebarang tindakan berani dan tegas? Free for all ke? Tidak juga, apabila yang mempertahankan hak pula yang dikenakan tindakan. Yang mencabar hak orang lain dibiarkan berleluasa. Berguling-guling di atas jalanraya sampai ada yang memohon derhaka kepada Raja Melayu. Apa hal semuanya ini?

Kita lihat parti PAS apabila dikatakan parti tersebut telah diresapi oleh "golongan erdogan". Siapakah individu yang dikaitkan dengan "golongan erdogan" ini yang nampaknya berjaya membelah parti PAS kepada dua golongan sekurang-kurangnya? Siapa pula individu yang dikaitkan dengan orang-orang dalam barisan kepimpinan DS Najib seperti yang diberi contoh di atas? Orang sama? Orang yang kini menghadapi pertuduhan yang sudah begitu liwat lewat perbicaraannya kerana banyak kali 'menang menangguh kes'? Individu yang memakai nama Melayu ni pun satu!!. Kenapa tidak di "erdogan"kan parti cina cauvinis DAP? Kenapa nak di "erdogan"kan PAS dan UMNO, sedangkan PAS dan UMNO adalah parti-parti orang Melayu? Sudah menjadi berapa kerat  berpecahnya orang Melayu, bertelagah sesama sendiri, di bumi sendiri, pada hari ini?

Kemana hilangnya Akta Hasutan, ISA, Rukun Negara, Perlembagaan Negara.? Kes liwat pun tidak kurang tajamnya kalau tidak dibiarkan berlarutan sebegitu. Tahan-tahan sikitlah paspot tu, kalau tidak mahu musang  berbulu ayam terlepas lari. Asyik-asyik dengan pistol air, musuh pun sampai terkencing-kencing bukan kerana sejuknya air pistol air tu, tapi kerana tergelak besar di'serang' dengan pistol air. Salak sikit saja,  General lawan akan terus melutut sakan. Lt. General yang memegang portfolio pendidikan anak bangsa pun sudah jadi tunggang langgang. Dasar pendidikan apa INI?

Apahal ni? Tidak mampu bertegas menghapuskan gunting-gunting dalam lipatan? Tidak berani menghadapi musuh dengan senjata yang lebih wajar sikit daripada pistol air? Atau sengaja nak bunuh diri? Ataupun...nak gali kubur sendiri?


Ataupun.......

.....sebuah konspirasi halus akhirnya telah berjaya "menguasai" sebahagian besar dari tindak tanduk General?  Nampak macam berperang, tapi sebenarnya General, tanpa sedar, telah menolong mendirikan asas-asas untuk musuh memacakkan benderanya bumi ini? General sendiri sudah "termantera" untuk menewaskan negara sendiri.

Contohnya,:-

Apabila DEB dikecam hebat oleh anjing-anjing yang menyalak, General memulakan langkah perang dengan dasar liberalisasi. Hak orang-orang Melayu yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan mula ditarik satu persatu. Mengapa General tidak memulakan langkah perang dengan memancung mereka-mereka yang bergelar UMNOputera? Bukankah DEB sebuah dasar yang unggul serta selari dengan kehendak Artikel 153? Cuma perlaksanaannya telah dinodai oleh segelintir UMNOputera?

Dengan langkah songsang liberalisasi, General telah kehilangan sokongan orang Melayu sendiri. Tetapi adakah anjing-anjing itu berhenti menyalak terhadap Artikel 153 dengan terlancarnya dasar liberalisasi ini? Atau mereka semakin galak menyalak apabila General telah memberikan sebuah isyarat 'tunduk'? Sekiranya General mula 'melibas' UMNOputera, sudah tentu orang-orang Melayu & Bumiputera (yang sebenarnya menjadi target DEB tapi sehingga kini masih juga belum terbela sepenuhnya) akan bertepuk sorak kegirangan. Dengan parasit-parasit yang mengambil kesempatan ke atas dasar DEB ini mula dikikis, adakah anjing-anjing akan mempunyai sebab untuk menyalak lagi? Mereka akan terkedu dan terkelu lidah.

Selama ini mereka hanya menggunakan alasan 'kewujudan parasit-parasit' sebagai batu loncatan untuk sebenarnya menyerang Artikel 153 Perlembagaan. Apa yang General telah buat dengan dasar liberalisasi itu adalah sebenarnya "memenangkan" musuh secara halus. Setiap inci bumi Melayu dan Bumiputera ini telah terbina "asas-asas" kepada anjing-anjing ini untuk menegakkan benderanya. Orang Melayu dan Bumiputera telah tertembak peluru dari General sendiri dalam kelam kabut  salakan anjing-anjing liar. Sebagai contohnya, "To Build A Nation, Build A School" kata Tagore, tetapi General pula begitu tegar dengan Vernakular. Negara MALAYsia berteraskan orang MALAY dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang didokong lagi oleh Artikel 152 Perlembagaan dan akta-akta bahasa, tetapi General nampaknya keliru dengan slogan "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" apabila begitu bangga dengan slogan "Unity in diversity". Bahasa Kebangsaan sendiri tidak didaulatkan tetapi bahasa kebangsaan negara Cina Komunis (Mandarin) lebih dipromosikan sedangkan bahasa Mandarin ini bukanpun menjadi bahasa lidah kaum-kaum cina yang ada dinegara ini.


Begitu "power" nampaknya "mantera" yang terselubung disekeliling General dan juga segelintir orang-orang Melayu..

Wahai Melayu!!. Teruskanlah berpecah. Nanti airmata darah tiada berguna lagi....

Wednesday, February 16, 2011

JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ



1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.



http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/jawapan-kepada-nik-aziz.html

Tuesday, February 15, 2011

KJ perlu bertaubat...



Valentine: Kesal kenyataan Khairy

SAYA amat terkejut dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 12 Februari 2011 mengenai sambutan Hari Kekasih (Hari Valentine).
Menurut beliau, tidak menjadi kesalahan untuk menyambut hari tersebut selagi tidak melakukan dosa. Malah beliau juga menyambutnya dengan memberi isterinya bunga dan membawa isterinya makan malam pada hari tersebut.
Saya pasti beliau sebagai seorang pemimpin parti terkemuka negara sedia maklum bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram di sisi Islam dan tidak membenarkan orang Islam meraikannya. 

Malangnya beliau dengan sinis pula menyatakan bahawa hari kelepasan am menyambut Tahun Baru pada setiap 1 Januari setiap tahun sepatutnya diharamkan kerana ia menandakan permulaan Kalendar Gregorian yang diperkenalkan oleh Pope Gregory.
Saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.

MOHD. ZUBIR ZAKARIA
Taman Melawati, Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm


 Ketua Pemuda YB HJ Khairy Jamaludin telah menggemparkan negara dengan kenyataan beliau mengenai amalan atau ritual yang dilakukannya setiap kali pada Hari Kekasih yang dikenali sebagai Valentine Day.
Kenyataan KJ memutar belitkan sambutan dan cuti umum 1 January pada setiap tahun juga agak tersasar dari konsep sebenar. KJ cuba menjadi kanak-kanak nakal dengan memberi peluang untuk pembangkang menghentam UMNO dan kerajaan.

Sebelum Pas menghentam KJ, eloklah TM menghentam KJ. Selepas ini tidak perlu ada sesiapa yang mempertahankan kenyataan KJ dan siaplah hujah sendiri untuk membalas serangan pembangkang.
Ini bukan salah UMNO dan BN, itu pendapat peribadi KJ dan beliau harus bertanggung jawab tentang apa yang diperkatakannya.

Seperti isu ahli UMNO Puchong yang ditangkap berkhalwat dan Pas bukan main lantang mengkritik Umno. Ingat itu kes peribadi dan Umno tidak akan membela beliau seperti mana yang selalu dilakukan oleh Pas.
Pas hingga hari ini menyatakan Mat Sabu tidak bersalah dalam kes khalwat di Hotel Perdana dahulu.
Ingat, Umno tidak seperti Pas yang membela pesalah.

Begitu juga isu liwat dan isu skandal sex Anwar Ibrahim sebelum beliau dipecat. Pas dan DAP telah membesar-besarkan isu seks Anwar dan yang ganjilnya Pas dan Dap boleh buat U turn dan membela Anwar kononnya beliau dianiaya dan difitnah oleh pucuk pimpinan Umno. Pas dan Dap sudah lupa bahawa merekalah yang memulakan segalanya.

Berbalik kepada kes KJ dan Valentine , harap semua kena faham, bahawa KJ dalam keadaan tertekan sekarang atas banyak hal.MP Rembau baru baru ini telah dikritik oleh Chegu Bard PKR Rembau dalam isu Hospital Rembau. Chegu Bard menunjukkan batu asas yang usang dan menghentam KJ dalam isu hospital.
Sebenarnya jarak Rembau ke Seremban adalah dekat dan ia memerlukan hanya lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Hospital Seremban. Oleh itu tidak releven jika Kementerian Kesihatan membelanjakan wang yang banyak untuk sebuah hospital di sana.

Baru baru ini Kj juga berhasrat untuk tidak mempertahankan kerusi MPnya, dan TM menghormati pendiriannya. Akan tetapi siapakah calon yang sesuai untuk diletakkan di situ.Pada pengamatan TM , hanya Tan Sri Isa Samad lah calon yang baik untuk mewakili pengundi Rembau di Dewan Parlimen.
Bagaimana pula pendapat pembaca?

http://taipingmali.blogspot.com/2011/02/kj-perlu-bertaubat.html

Salam Maulidur Rasul....

Thursday, February 10, 2011

PRU13 menyaksikan Melayu berpecah kepada 7 golongan

Gambar Hiasan


PRU13 akan datang menyaksikan Melayu kini berpecah kepada 7 golongan

1. Melayu Cinta Sejarah atau Melayu Perlembagaan
2. Melayu Progresif
3. Melayu Eksperisi Diri/ Melayu Ideal
4. Melayu Semberono / Melayu Tak Kisah
5. Melayu Liberal
6. Melayu Hipokrit atau Melayu Munafik-
7. Melayu Kombinasi

Huraian:

Melayu kini berpecah kepada 7 golongan

1. Melayu Cinta Sejarah - orang Melayu yang cintakan agama, bangsa dan negara dan selalu dicap sebagai berbau UMNO sedangkan hakikatnya ia adalah suara hati sebenar mereka yang berjiwa kebangsaan. Melayu yang tergolong dalam golongan ini sangat bimbang dengan situasi politik Malaysia hari ini. Melayu ini sangat tahu akan sejarah, meminati sejarah dan menghargai sejarah. Juga digelar Melayu perlembagaan atau pro perlembagaan serta hak kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam di negara ini. Mereka adalah pejuang tulen dan setuju diri mereka dianggap demikian.

2. Melayu Eksperisi Diri atau Melayu idealistik- terdiri daripada golongan muda Melayu yang berfikiran idealistik atau terlampau idealistik sehingga menyebabkan mereka diambil kesempatan atau dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan, tapi golongan ini menafikan atau tidak sedar diri mereka dipergunakan. Kebanyakan mereka berada di universiti. Kenapa dipanggil eksperisi diri? Kerana mereka mahu suara mereka didengari dan kehadiran mereka disedari , tetapi mereka sangat lemah dari segi penghujahan dan menunjukkan emosi lebih daripada kematangan. Selalunya mereka menyedari kesilapan mereka apabila dewasa dan memahami dunia bukan sebuah tempat yang sesuai untuk berfikiran idealistik sepenuhnya.

3. Melayu Progresif - juga dipanggil Melayu Bijaksana atau Melayu Satu Malaysia atau juga Melayu Sederhana kerana sedar mereka tidak mudah terbawa-bawa dengan sesuatu isu yang boleh memakan diri dan merosakkan hubungan atau sistem yang baik. Tidak seperti Melayu Sebenar atau Melayu Perlembagaan yang cenderung dianggap "perkauman" , Melayu ini adalah Melayu yang percaya keamanan dan keharmonian adalah kunci kepada sebuah negara yang berjaya. Melayu ini masih mendokong perlembagaan dan tidak sukakan idea baru atau lama (seperti Malaysian Malaysia) dan bahaya atau anasir yang boleh merosakkan keharmonian. Melayu ini sangat maju dan seimbang serta sangat rasional. Mereka sangat memahami kenapa sesuatu perkara itu berlaku dan tidak terlalu emosional dengannya.

4. Melayu Semberono atau Melayu Tak Kisah - melayu ini tidak kisah dengan kata lain tidak memikirkan tentang masa depan generasi nya kecuali dirinya sendiri. Mereka menyokong sesuatu hanya untuk keseronokan tanpa memikirkan implikasinya. Kebanyakan mereka gemar membaca dari satu sumber sahaja dan menolak habis-habisan sumber berita yang tidak berpihak kepada mereka. Mereka sangat fanatik dengan pemimpin yang mereka sokong dan pada masa yang sama memalukan pemimpin yang mereka sokong dengan perangai buruk mereka itu. Tapi kewujudan mereka penting juga untuk memeriahkan suasana pilihanraya. Mereka menganggap politik sebagai hiburan mungkin, bukan satu cara memperoleh kuasa untuk membangunkan bangsa dan negara.

5. Melayu Liberal - melayu ini kecil jumlahnya namun telah menguasai politik persada negara. Melayu Cinta Sejarah atau Melayu Perlembagaan paling tidak berfahaman atau tidak serasi dengan Melayu Liberal. Melayu Liberal ini telah melaungkan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk tidak menyokong ketuanan Melayu secara terang-terangan. Melayu Liberal pandai memikat Melayu Eksperisi Diri tentang keadilan dan kesaksamaan yang bersifat lapik atau beragenda. Pemimpin mereka juga membawa fahaman pluralisme agama. (menganggap semua agama adalah sama sahaja). Secara Jujur, pemimpin Melayu Liberal ini menjadi semakin agresif atau merbahaya kerana bijak mengambil kesempetan dan kelemahan sesuatu sistem dan pandai mencipta keuntungan daripadanya . Tidak semua Melayu Liberal adalah jahat kerana mereka mahu keluar dengan identiti mereka yang berbeza, mereka mahu bangsa mereka menjadi tidak takut, berani dan bersaing dengan hebat. Tapi cara mereka terlalu radikal pada pandangan Melayu Cinta Sejarah. Melayu Liberal ada kalanya menganggap diri mereka neutral. Tapi sebenarnya tidak. Pemimpin Melayu Liberal pandai mempengaruhi Melayu Eksperisi Diri untuk menyokong mereka.

6. Melayu Hipokrit - Melayu jenis ini paling hina dan mengasihankan kerana mereka tahu mereka tidak betul tetapi tetap menegakkan sesuatu yang salah. Mereka tahu kesan buruk, risiko yang bangsa mereka terima daripada perbuatan mereka namun mereka tidak berbuat apa-apa tentangnya atas sebab hipokrasi atau kemunafikan mereka. Mereka mengutamakan kemenangan, kemenangan yang sebenarnya menghancurkan masa depan generasi mereka.

7. Melayu Kombinasi - adalah mereka yang terdiri daripada Kombinasi daripada 2 sifat jenis Melayu yang disebut di atas tadi- Melayu Perlembagaan atau Melayu Cinta Sejarah mungkin memiliki separa dari sifat Melayu Progresif. Manakala Melayu Liberal pun mungkin ada memiliki sebahagian kecil daripada sifat Melayu Progresif atau Melayu Ekspresi Diri. Tapi kecenderungan mereka untuk bereaksi terhadap sesuatu isu berubah-ubah mengikut pengetahuan, maklumat dan persekitaran yang berlaku di sekeliling mereka. Tapi kecenderungan mereka untuk bereaksi itu mestilah berkait terus dengan kepentingan diri mereka sebagai individu. Melayu Kombinasi tidak berpegang pada falsafah yang jelas.

Fikirkan lah........

Syukur!!! masih ada yang tahu bersyukur.....amin!



 

Tidak tahu bersyukur ... rumusan paling tepat bagi sebuah parti yang hebat berserban dan berjubah tetapi realitinya kehebatan hanya terserlah pada kulit.

Mulut juak juak ini terkunci rapat kerana malu dengan desakan tanpa tindakan. Yang ada hanyalah tindakan berdemonstrasi ... itupun berdemo di depan kedutaan AS, bukannya di kedutaan Mesir....



Sekurang kurangnya, masih ada pemimpin PAS yang berjiwa besar dan tahu berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dengan tindakan pantas menyelamat penuntut kita di Mesir melalui Ops Piramid.



[/img]





Jika diharapkan kepada pemimpin parti PAS yang lain, hanyalah lolongan dan salakan sahaja yang mampu dilakukan ... setakat ini!

Sunday, February 6, 2011

PAS melanggar LAGU TEMA dan DASAR nya sendiri !



Lirik Lagu Tema PAS - Berjihadlah

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....


________________________________________________________________

Lagu PAS mengajak kaum muslimin bersatu padu....tetapi mereka tidak mengamalkan bait-bait dan kata-kata hikmat dari lagu mereka sendiri.

Apakah mereka hanya pandai bercakap ?

Bahkan dalam Dasar PAS sendiri iaitu al-Qur'an pon mewajibkan kita bersatu padu:


وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ
كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ
عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ
تَہۡتَدُونَ


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya


Aali-’Imran: Ayat 103


Namun malangnya, PAS sangat keras untuk tidak bersatu padu sesama muslim, bahkan menuduh UMNO terhegeh2 nak bersatu padu dengan mereka. Padahal yang mengajak bersatu padu ialah Presiden mereka sendiri, iaitu Haji Hadi Awang dan Ustaz Nasharuddin Md Isa.

Rujuk: Utusan Online

Ternyata majoriti PAS menolak usaha ini.


Perhatikanlah Kalamullah ini:


Firmah Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya".

Surah As-Saff: Ayat 2-3



Pok Nik dan pengikut2 PAS yang lain hanya pandai bercakap, dan pandai menyanyikan lagu perpaduan / bersatu padu / sebaliknya MENENTANG dan TIDAK MENGAMALKANNYA.

Bukti 1

Bukti 2

Bukti 3


Kesian..

Islam PAS hanya pada SLOGAN semata2...bukannya pada amalan !

Wink

Apakah ALLAH akan menilai pada SLOGAN ?