Valentine: Kesal kenyataan Khairy
SAYA amat terkejut dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 12 Februari 2011 mengenai sambutan Hari Kekasih (Hari Valentine).Menurut beliau, tidak menjadi kesalahan untuk menyambut hari tersebut selagi tidak melakukan dosa. Malah beliau juga menyambutnya dengan memberi isterinya bunga dan membawa isterinya makan malam pada hari tersebut.
Saya pasti beliau sebagai seorang pemimpin parti terkemuka negara sedia maklum bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram di sisi Islam dan tidak membenarkan orang Islam meraikannya.
Malangnya beliau dengan sinis pula menyatakan bahawa hari kelepasan am menyambut Tahun Baru pada setiap 1 Januari setiap tahun sepatutnya diharamkan kerana ia menandakan permulaan Kalendar Gregorian yang diperkenalkan oleh Pope Gregory.
Saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.
MOHD. ZUBIR ZAKARIA
Taman Melawati, Kuala Lumpur
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
Ketua Pemuda YB HJ Khairy Jamaludin telah menggemparkan negara dengan kenyataan beliau mengenai amalan atau ritual yang dilakukannya setiap kali pada Hari Kekasih yang dikenali sebagai Valentine Day.
Kenyataan KJ memutar belitkan sambutan dan cuti umum 1 January pada setiap tahun juga agak tersasar dari konsep sebenar. KJ cuba menjadi kanak-kanak nakal dengan memberi peluang untuk pembangkang menghentam UMNO dan kerajaan.
Sebelum Pas menghentam KJ, eloklah TM menghentam KJ. Selepas ini tidak perlu ada sesiapa yang mempertahankan kenyataan KJ dan siaplah hujah sendiri untuk membalas serangan pembangkang.
Ini bukan salah UMNO dan BN, itu pendapat peribadi KJ dan beliau harus bertanggung jawab tentang apa yang diperkatakannya.
Seperti isu ahli UMNO Puchong yang ditangkap berkhalwat dan Pas bukan main lantang mengkritik Umno. Ingat itu kes peribadi dan Umno tidak akan membela beliau seperti mana yang selalu dilakukan oleh Pas.
Pas hingga hari ini menyatakan Mat Sabu tidak bersalah dalam kes khalwat di Hotel Perdana dahulu.
Ingat, Umno tidak seperti Pas yang membela pesalah.
Begitu juga isu liwat dan isu skandal sex Anwar Ibrahim sebelum beliau dipecat. Pas dan DAP telah membesar-besarkan isu seks Anwar dan yang ganjilnya Pas dan Dap boleh buat U turn dan membela Anwar kononnya beliau dianiaya dan difitnah oleh pucuk pimpinan Umno. Pas dan Dap sudah lupa bahawa merekalah yang memulakan segalanya.
Berbalik kepada kes KJ dan Valentine , harap semua kena faham, bahawa KJ dalam keadaan tertekan sekarang atas banyak hal.MP Rembau baru baru ini telah dikritik oleh Chegu Bard PKR Rembau dalam isu Hospital Rembau. Chegu Bard menunjukkan batu asas yang usang dan menghentam KJ dalam isu hospital.
Sebenarnya jarak Rembau ke Seremban adalah dekat dan ia memerlukan hanya lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Hospital Seremban. Oleh itu tidak releven jika Kementerian Kesihatan membelanjakan wang yang banyak untuk sebuah hospital di sana.
Baru baru ini Kj juga berhasrat untuk tidak mempertahankan kerusi MPnya, dan TM menghormati pendiriannya. Akan tetapi siapakah calon yang sesuai untuk diletakkan di situ.Pada pengamatan TM , hanya Tan Sri Isa Samad lah calon yang baik untuk mewakili pengundi Rembau di Dewan Parlimen.
Bagaimana pula pendapat pembaca?
http://taipingmali.blogspot.com/2011/02/kj-perlu-bertaubat.html
No comments:
Post a Comment