Gambar Hiasan |
1. Melayu Cinta Sejarah atau Melayu Perlembagaan
2. Melayu Progresif
3. Melayu Eksperisi Diri/ Melayu Ideal
4. Melayu Semberono / Melayu Tak Kisah
5. Melayu Liberal
6. Melayu Hipokrit atau Melayu Munafik-
7. Melayu Kombinasi
Huraian:
Melayu kini berpecah kepada 7 golongan
1. Melayu Cinta Sejarah - orang Melayu yang cintakan agama, bangsa dan negara dan selalu dicap sebagai berbau UMNO sedangkan hakikatnya ia adalah suara hati sebenar mereka yang berjiwa kebangsaan. Melayu yang tergolong dalam golongan ini sangat bimbang dengan situasi politik Malaysia hari ini. Melayu ini sangat tahu akan sejarah, meminati sejarah dan menghargai sejarah. Juga digelar Melayu perlembagaan atau pro perlembagaan serta hak kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam di negara ini. Mereka adalah pejuang tulen dan setuju diri mereka dianggap demikian.
2. Melayu Eksperisi Diri atau Melayu idealistik- terdiri daripada golongan muda Melayu yang berfikiran idealistik atau terlampau idealistik sehingga menyebabkan mereka diambil kesempatan atau dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan, tapi golongan ini menafikan atau tidak sedar diri mereka dipergunakan. Kebanyakan mereka berada di universiti. Kenapa dipanggil eksperisi diri? Kerana mereka mahu suara mereka didengari dan kehadiran mereka disedari , tetapi mereka sangat lemah dari segi penghujahan dan menunjukkan emosi lebih daripada kematangan. Selalunya mereka menyedari kesilapan mereka apabila dewasa dan memahami dunia bukan sebuah tempat yang sesuai untuk berfikiran idealistik sepenuhnya.
3. Melayu Progresif - juga dipanggil Melayu Bijaksana atau Melayu Satu Malaysia atau juga Melayu Sederhana kerana sedar mereka tidak mudah terbawa-bawa dengan sesuatu isu yang boleh memakan diri dan merosakkan hubungan atau sistem yang baik. Tidak seperti Melayu Sebenar atau Melayu Perlembagaan yang cenderung dianggap "perkauman" , Melayu ini adalah Melayu yang percaya keamanan dan keharmonian adalah kunci kepada sebuah negara yang berjaya. Melayu ini masih mendokong perlembagaan dan tidak sukakan idea baru atau lama (seperti Malaysian Malaysia) dan bahaya atau anasir yang boleh merosakkan keharmonian. Melayu ini sangat maju dan seimbang serta sangat rasional. Mereka sangat memahami kenapa sesuatu perkara itu berlaku dan tidak terlalu emosional dengannya.
4. Melayu Semberono atau Melayu Tak Kisah - melayu ini tidak kisah dengan kata lain tidak memikirkan tentang masa depan generasi nya kecuali dirinya sendiri. Mereka menyokong sesuatu hanya untuk keseronokan tanpa memikirkan implikasinya. Kebanyakan mereka gemar membaca dari satu sumber sahaja dan menolak habis-habisan sumber berita yang tidak berpihak kepada mereka. Mereka sangat fanatik dengan pemimpin yang mereka sokong dan pada masa yang sama memalukan pemimpin yang mereka sokong dengan perangai buruk mereka itu. Tapi kewujudan mereka penting juga untuk memeriahkan suasana pilihanraya. Mereka menganggap politik sebagai hiburan mungkin, bukan satu cara memperoleh kuasa untuk membangunkan bangsa dan negara.
5. Melayu Liberal - melayu ini kecil jumlahnya namun telah menguasai politik persada negara. Melayu Cinta Sejarah atau Melayu Perlembagaan paling tidak berfahaman atau tidak serasi dengan Melayu Liberal. Melayu Liberal ini telah melaungkan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk tidak menyokong ketuanan Melayu secara terang-terangan. Melayu Liberal pandai memikat Melayu Eksperisi Diri tentang keadilan dan kesaksamaan yang bersifat lapik atau beragenda. Pemimpin mereka juga membawa fahaman pluralisme agama. (menganggap semua agama adalah sama sahaja). Secara Jujur, pemimpin Melayu Liberal ini menjadi semakin agresif atau merbahaya kerana bijak mengambil kesempetan dan kelemahan sesuatu sistem dan pandai mencipta keuntungan daripadanya . Tidak semua Melayu Liberal adalah jahat kerana mereka mahu keluar dengan identiti mereka yang berbeza, mereka mahu bangsa mereka menjadi tidak takut, berani dan bersaing dengan hebat. Tapi cara mereka terlalu radikal pada pandangan Melayu Cinta Sejarah. Melayu Liberal ada kalanya menganggap diri mereka neutral. Tapi sebenarnya tidak. Pemimpin Melayu Liberal pandai mempengaruhi Melayu Eksperisi Diri untuk menyokong mereka.
6. Melayu Hipokrit - Melayu jenis ini paling hina dan mengasihankan kerana mereka tahu mereka tidak betul tetapi tetap menegakkan sesuatu yang salah. Mereka tahu kesan buruk, risiko yang bangsa mereka terima daripada perbuatan mereka namun mereka tidak berbuat apa-apa tentangnya atas sebab hipokrasi atau kemunafikan mereka. Mereka mengutamakan kemenangan, kemenangan yang sebenarnya menghancurkan masa depan generasi mereka.
7. Melayu Kombinasi - adalah mereka yang terdiri daripada Kombinasi daripada 2 sifat jenis Melayu yang disebut di atas tadi- Melayu Perlembagaan atau Melayu Cinta Sejarah mungkin memiliki separa dari sifat Melayu Progresif. Manakala Melayu Liberal pun mungkin ada memiliki sebahagian kecil daripada sifat Melayu Progresif atau Melayu Ekspresi Diri. Tapi kecenderungan mereka untuk bereaksi terhadap sesuatu isu berubah-ubah mengikut pengetahuan, maklumat dan persekitaran yang berlaku di sekeliling mereka. Tapi kecenderungan mereka untuk bereaksi itu mestilah berkait terus dengan kepentingan diri mereka sebagai individu. Melayu Kombinasi tidak berpegang pada falsafah yang jelas.
Fikirkan lah........
No comments:
Post a Comment