Secara umumnya seorang ketua/pemimpin akan memilih orang-orang yang "sehaluan" yang dapat membantunya melaksanakan ideologi serta dasar-dasar kepimpinannya dengan seberapa baik yang mungkin. Kalaupun ada di antara orang-orang yang membarisi kepimpinannya mengutarakan pendapat masing-masing yang mungkin nampak tidak begitu sehaluan, ini selalunya bersifat kritikan atau teguran yang akan membawa kepada pengukuhan kepada kepimpinan itu sendiri. Jauh sekali ianya bersifat "sokongan membawa rebah" apabila orang-orang disekeliling hanya pandai mengampu daripada melaksanakan tugas serta tanggungjawab. Apa lagi orang-orang tersebut lebih bersifat bagaikan gunting dalam lipatan ataupun bagaikan biawak hidup yang didokong. Kalau seseorang itu tidak dapat lagi untuk bersehaluan dengan ketuanya dan tidak juga rela mengubah haluannya, sepatutnya orang itu keluar segera dari kumpulan tersebut untuk memperjuangkan sendiri haluannya atau menyertai kumpulan lain yang sehaluan dengannya. Jangan menjadi duri dalam daging. Jangan menjadi pagar yang memakan padi.
Sudah terlalu banyak para bloggers menulis tentang ketua sayap yang dikira sebagai barisan hadapan UMNO/BN yang ada pada hari ini. Sudah sekian lama KJ "terpilih" sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apa jadi kepada sayap barisan hadapan UMNO/BN ini? Tidak perlu diulas lagi tentang ini!
Menteri KDN. (Klik)Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. (Klik)
Cukup! Cukup! Cukuplah dengan satu contoh Menteri dan satu contoh Timbalan Menteri yang ada pada dalam barisan kepimpinan DS Najib pada hari ini. Ada lagi dua tiga jika hendak disenaraikan.
Kita pergi yang bawah sikit lagi pulak
Ok. Itu segelintir contoh ahli-ahli yang dilantik untuk menggemilangkan serta menterbilangkan kepimpinan DS Najib. Mereka sepatutnya mempunyai kualiti-kualiti 'setia' seperti Hang Tuah, 'berani kerana benar' seperti Hang Jebat (sekiranya Hang Jebat diberi ruang yang sewajarnya untuk bersuara daripada terus dihukum bunuh), 'kegagahan dan keberanian' Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Bukan bersifat seperti Marcus Junius Brutus the Younger. Tidak berani nak 'buangkan' orang-orang seperti ini daripada barisan perjuangan ke?
Itu bab barisan pejuang sendiri. Bagaimana pula 'serangan' yang hendak dilancarkan terhadap "musuh"?
Itu bab barisan pejuang sendiri. Bagaimana pula 'serangan' yang hendak dilancarkan terhadap "musuh"?
- Yang rasis, Yang komunis
- Yang memburuk-burukkan negara dari dalam dan dari luar
- Yang menghina agama Islam dan Yang derhaka terhadap Raja-Raja Melayu
Mereka sudah naik tocang, memainkan sentimen perkauman dengan sewenang-wenangnya.
Cukupkah dengan serangan menggunakan 'pistol air' sahaja? Ada keris, disarungkan dan disimpan dalam almari buat mengutip debu. Tiada sebarang tindakan berani dan tegas? Free for all ke? Tidak juga, apabila yang mempertahankan hak pula yang dikenakan tindakan. Yang mencabar hak orang lain dibiarkan berleluasa. Berguling-guling di atas jalanraya sampai ada yang memohon derhaka kepada Raja Melayu. Apa hal semuanya ini?
Cukupkah dengan serangan menggunakan 'pistol air' sahaja? Ada keris, disarungkan dan disimpan dalam almari buat mengutip debu. Tiada sebarang tindakan berani dan tegas? Free for all ke? Tidak juga, apabila yang mempertahankan hak pula yang dikenakan tindakan. Yang mencabar hak orang lain dibiarkan berleluasa. Berguling-guling di atas jalanraya sampai ada yang memohon derhaka kepada Raja Melayu. Apa hal semuanya ini?
Kita lihat parti PAS apabila dikatakan parti tersebut telah diresapi oleh "golongan erdogan". Siapakah individu yang dikaitkan dengan "golongan erdogan" ini yang nampaknya berjaya membelah parti PAS kepada dua golongan sekurang-kurangnya? Siapa pula individu yang dikaitkan dengan orang-orang dalam barisan kepimpinan DS Najib seperti yang diberi contoh di atas? Orang sama? Orang yang kini menghadapi pertuduhan yang sudah begitu
Kemana hilangnya Akta Hasutan, ISA, Rukun Negara, Perlembagaan Negara.? Kes liwat pun tidak kurang tajamnya kalau tidak dibiarkan berlarutan sebegitu. Tahan-tahan sikitlah paspot tu, kalau tidak mahu musang berbulu ayam terlepas lari. Asyik-asyik dengan pistol air, musuh pun sampai terkencing-kencing bukan kerana sejuknya air pistol air tu, tapi kerana tergelak besar di'serang' dengan pistol air. Salak sikit saja, General lawan akan terus melutut sakan. Lt. General yang memegang portfolio pendidikan anak bangsa pun sudah jadi tunggang langgang. Dasar pendidikan apa INI?
Apahal ni? Tidak mampu bertegas menghapuskan gunting-gunting dalam lipatan? Tidak berani menghadapi musuh dengan senjata yang lebih wajar sikit daripada pistol air? Atau sengaja nak bunuh diri? Ataupun...nak gali kubur sendiri?
Ataupun.......
.....sebuah konspirasi halus akhirnya telah berjaya "menguasai" sebahagian besar dari tindak tanduk General? Nampak macam berperang, tapi sebenarnya General, tanpa sedar, telah menolong mendirikan asas-asas untuk musuh memacakkan benderanya bumi ini? General sendiri sudah "termantera" untuk menewaskan negara sendiri.
Contohnya,:-
Apabila DEB dikecam hebat oleh anjing-anjing yang menyalak, General memulakan langkah perang dengan dasar liberalisasi. Hak orang-orang Melayu yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan mula ditarik satu persatu. Mengapa General tidak memulakan langkah perang dengan memancung mereka-mereka yang bergelar UMNOputera? Bukankah DEB sebuah dasar yang unggul serta selari dengan kehendak Artikel 153? Cuma perlaksanaannya telah dinodai oleh segelintir UMNOputera?
Dengan langkah songsang liberalisasi, General telah kehilangan sokongan orang Melayu sendiri. Tetapi adakah anjing-anjing itu berhenti menyalak terhadap Artikel 153 dengan terlancarnya dasar liberalisasi ini? Atau mereka semakin galak menyalak apabila General telah memberikan sebuah isyarat 'tunduk'? Sekiranya General mula 'melibas' UMNOputera, sudah tentu orang-orang Melayu & Bumiputera (yang sebenarnya menjadi target DEB tapi sehingga kini masih juga belum terbela sepenuhnya) akan bertepuk sorak kegirangan. Dengan parasit-parasit yang mengambil kesempatan ke atas dasar DEB ini mula dikikis, adakah anjing-anjing akan mempunyai sebab untuk menyalak lagi? Mereka akan terkedu dan terkelu lidah.
Selama ini mereka hanya menggunakan alasan 'kewujudan parasit-parasit' sebagai batu loncatan untuk sebenarnya menyerang Artikel 153 Perlembagaan. Apa yang General telah buat dengan dasar liberalisasi itu adalah sebenarnya "memenangkan" musuh secara halus. Setiap inci bumi Melayu dan Bumiputera ini telah terbina "asas-asas" kepada anjing-anjing ini untuk menegakkan benderanya. Orang Melayu dan Bumiputera telah tertembak peluru dari General sendiri dalam kelam kabut salakan anjing-anjing liar. Sebagai contohnya, "To Build A Nation, Build A School" kata Tagore, tetapi General pula begitu tegar dengan Vernakular. Negara MALAYsia berteraskan orang MALAY dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang didokong lagi oleh Artikel 152 Perlembagaan dan akta-akta bahasa, tetapi General nampaknya keliru dengan slogan "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" apabila begitu bangga dengan slogan "Unity in diversity". Bahasa Kebangsaan sendiri tidak didaulatkan tetapi bahasa kebangsaan negara Cina Komunis (Mandarin) lebih dipromosikan sedangkan bahasa Mandarin ini bukanpun menjadi bahasa lidah kaum-kaum cina yang ada dinegara ini.
Begitu "power" nampaknya "mantera" yang terselubung disekeliling General dan juga segelintir orang-orang Melayu..
Wahai Melayu!!. Teruskanlah berpecah. Nanti airmata darah tiada berguna lagi....
No comments:
Post a Comment