Thursday, September 29, 2011

'OVER MY DEAD BODY'

Masih lagi kita ingat kata-kata Karpal Singh. 'OVER MY DEAD BODY' jika PAS hendak menubuhkan negara Islam. Itulah ultimatum yang diletakkan oleh DAP dan Karpal sebagai Pengerusinya kepada PAS jika ingin bekerjasama denga mereka.

Ini petikan dari kata-kata Karpal Singh. Jika mahu wujudkan negara Islam, langkah mayat kami dulu. Mayat siapakah itu? Sudah tentu Karpal Singh dan barua-barua DAP. 

Saya masih tertanya-tanya apakah agama sebenar orang Melayu yang menyokong dan menyertai DAP? Apakah mereka masih Islam atau kelabu pegangan agama mereka? Adakah mereka bersetuju bersama 'KAMI' seperti yang disebut oleh Karpal tersebut?
OVER MY DEAD BODY


Sehingga ke hari ini kita masih belum mendengar apa-apa komen atau statement dari Melayu-Melayu yang berada dalam DAP. Islamkah mereka?

PAS - Parti Islam Se Malaysia sepatutnya dipanggil PIS. Tetapi ini mungkin hikmah Allah SWT yang Parti Islam Se Malaysia tidak disebut dan diringkaskan menjadi PIS. Ianya disebut PAS dan mungkin PAS sebenarnya adalah Parti Agama Se Malaysia .... sebab itu PAS menggunakan slogan PAS 4 All. Semua agama sudah diterima menjadi ahli PAS. Dan yang penting perjuangan PAS sudah tiada lagi agenda Islam. 


Kini ahli PAS sudah menerima pakai OVER MY DEAD BODY. Lihat video ini. 


Seorang pemimpin PAS dengan berani sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh. Karpal Singh (dan ahli DAP) sanggup mati kerana menentang Negara Islam. Dan Pemimpin PAS ini (bagi pihak parti dan penyokong pula) sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan mereka yang sanggup mati menentang Negara Islam.

Apakah maksud semua ini? Secara ringkas bermakna PAS JUGA MENENTANG NEGARA ISLAM!

Saya menyarankan agar PAS dibubar sahaja. Lagipun PAS bukanlah parti Islam, ia hanya PArti Agama Se Malaysia. Eloklah mereka yang sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan DAP memohon menjadi ahli DAP. 

Ataupun lakukan apa yang telah dilaksanakan oleh KeAdilan dan Parti Rakyat Malaysia. Mungkin PAS dan DAP boleh 'merge' menjadi satu parti. Kita boleh namakan PAR atau PAP. Kerana kedua-duanya sudah mempunyai satu matlamat dalam perjuangan iaitu menentang penubuhan NEGARA ISLAM.

Sedarlah wahai penyokong PAS semua ... PAS bukan lagi Parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya ianya memperjuangkan DAP dan PKR ...

Keluarlah beramai-ramai ... 

Thursday, September 22, 2011

Adakah Bn menzalimi rakyat?

Ada orang bertanya betulkah kerajaan Barisan Nasional BN yang diterajui oleh umno menzalimi rakyat seperti didakwa parti pembangkang. Berbagai doa dan sembahyang hajat dilakukan oleh mereka untuk menjatuhkan BN.

Ada pula orang mengatakan BN tidak zalim kerana menjaga kepentingan rakyat dan kepentingan umum serta berlaku adil terhadap rakyat oleh sebab itulah doa pembangkang tidak dimakbulkan.

Walau bagaimanapun ini semua adalah ketentuan Allah siapa yang berhak menjadi Khalifah di Malaysia kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tentang segalanya.

Yang jelas jasa BN kepada rakyat telah terbukti

1. Malaysia aman dan makmur dengan rezeki melimpah ruah dan dapat dinikmati oleh semua orang tanpa mengira anutan politiknya bangsa dan kaum.

2. Pegawai kerajaan hampir satu juta lebih terdiri dari pelbagai kaum dan fahaman politik serta tidak didiskriminasi. Ada kakitangan kerajaan ahli pas dap umno pkr dll semuanya bebas mencari rezeki. Ini dapat dilihat calon pas pada prk dun Tenang adalah seorang guru sekolah kerajaan yang meletak jawatan untuk bertanding.

3. Kebajikan rakyat dijaga dan ditolong semampu yang boleh seperti membina sekolah, masjid, jalanraya, lampu jalan, klinik, hospital, rumah anak yatim dan bermacam-macam lagi kemudahan untuk rakyat yang terlalu banyak nak disenaraikan disini.

4. Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama dengan adil dan saksama

5. Masjid dan surau bertaburan disetiap inci tanah di malaysia begitu juga azan kedengaran dimana-mana saja dan rakyat bebas beribadat dengan tenang. Begitu juga penganut agama lain juga bebas melakukan amalan agama mereka tanpa diganggu dengan aman.

6. Datuk Sri Najib ada mempelawa Pas menyertai Bn dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara bersama-sama tapi Pas menolak.

7. Kerajaan BN tidak terlalu berkira dengan Ngo atau Institiut yang berkepentingan umum untuk kebaikan rakyat seperti isu UUM yang cukainya hanya 100ribu sahaja setahun sedangkan Pas menuntut sebanyak 1.7 juta.

8. Kerajaan BN berpandangan jauh dalam menjanjikan sesuatu yang realistik dan mampu ditunaikan.

9. Pembangkang pula tidak berpandangan jauh dalam menjanjikan sesuatu seperti yang tertulis dalam buku jingga yang jika difikir memang tidak lojik dapat dilakukan dalam tempoh 100 hari.

Contohnya memansuhkan semua tol lebuhraya. Berapa banyak wang yang perlu dibayar untuk mengambilalih dari pihak swasta dan siapakah pula nak menjaga dan membaikpulih jika berlaku kerosakan semua lebuhraya tersebut.
 
Kesimpulannya keikhlasan adalah penting dalam melakukan sesuatu kebajikan atau menjanjikan sesuatu dan rakyat melihat keiklasan tersebut adalah berpihak kepada Bn jika hendak dibandingkan dengan pihak pembangkang.

Monday, September 19, 2011

Tun Mahathir Beri 2 Pandangan Berbeza Mengenai ISA.



1- Mengenai penghapusan ISA 1960 oleh DS Najib, Dr Mahathir khuatir puak pelampau dan perkauman di Malaysia akan mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan yang akan merugikan negara apabila ISA dihapuskan.
2- Lagi pun kata Tun, bukan semua rakyat yang menentang kerajaan ditangkap dibawah ISA. Oleh itu penghapusan ISA cukup merugikan.
“Tidak semua mereka yang membuka mulut terus ditahan di bawah ISA dan tanggapan bahawa Malaysia tidak bebas kerana ISA juga tidak tepat ”. – Tun dipetik Bernama
3- Disebabkan ISA telah di janjikan akan di mansuhkan oleh Najib, maka Tun berfikiran positif apa yang boleh kita jayakan dengan penghapusan ISA.
“Selepas penghapusan akta itu kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara sebagai contoh di kem tahanan Teluk Guantanamo”
“Masih ada yang ditahan sejak 10 tahun lepas dan tidak dibicarakan ditahan hanya kerana mereka orang Islam ”
“Dulu mereka menegur Malaysia kononnya zalim menahan tahanan tanpa perbicaraan namun itu yang mereka lakukan sekarang ini”
“Mungkin mereka baru sedar dalam situasi tertentu Malaysia terpaksa menahan orang tanpa perbicaraan, namun apa yang mereka lakukan di Teluk Guantanamo lebih kejam dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan penyeksaan tahanan ” – Tun dipetik Bernama.

4- Oleh itu jika kita menyatakan Tun menyokong 100% penghapusan ISA adalah tidak benar, kerana terdapat baik dan buruknya. 

5- Dengan penjelasan Tun, ia amat mengecewakan pembangkang yang mahu melihat Tun membelasah Najib habis-habisan seperti beliau lakukan terhadap Pak Lah Badawi. Maka terhakis lah sudah segala spekulasi yang mereka ingin lihat, iaitu Tun hendak menjatuhkan Najib.
Tun cukup bijak kerana beliau hanya ‘makan-nasi-sepinggan sahaja’ tanpa mengulanginya kali ke dua.

LAWAK HANTU BONCENG MENGKUFURKAN...



Mungkin ungkapan, BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM, A'UZUBILLAH, ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIM, SUBHANALLAH dan beberapa ungkapan lain sudah dianggap sebagai satu ungkapan biasa yang tidak mempunyai sebarang maksud dan makna. Dan barangkali juga ada pihak yang berasa, tidak apa-apa kalau kalimah Thoiyibbah dilawak-lawakkan untuk ditertawakan dengan alasan, HIBURAN...

Itulah masalah yang sedang melanda orang Melayu dan Islam di negara ini. Kalimah-kalimah berkenaan dianggap kalimah-kalimah biasa dan tidak mempunyai sebarang signifikan. Bahkan adakalanya digunakan pula untuk membuatkan orang lain ketawa.

Baik pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit, mahupun orang di Lembaga Penapis Filem, nampaknya sudah tidak lagi memberatkan perkara tersebut. Masing-masing sudah menerima pakai bahawa segala perkara boleh dilawakkan dan dijenakakan.

Si pelakon sudah pun meminta maaf kerana keterlanjurannya. Namun kemaafan sebenarnya bukan perlu dipinta kepada manusia yang menonton filem lakonannya itu mahupun rakyat Malaysia tetapi kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana 'naik saksi' bahawa baginda s.a.w adalah SYAITAN. Tidak selayaknya mana-mana manusia pun memaafkan lakonan si pelakon tersebut, apatah lagi terlalu ramai yang ketawa terbahak-bahak menyaksikan lelucon yang serba menjijikkan.

Anehnya, betapa sombong dan bongkaknya pula si Pengarah memberi alasan untuk MENGHALALKAN perbuatan tersebut kerana skripnya telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem yang di dalamnya dikatakan terdapat para pakar agama. Sekaligus menunjukkan si pengarah dan penerbit sebenarnya menganggap apa yang disajikannya itu sebagai sesuatu yang halal.

Dan kalaupun memang benar seperti yang didakwa terdapat pakar agama, kesilapan dan kecacatan pasti akan berlaku apatah lagi melibatkan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.

Namun apabila si pengarah menghentam pihak yang mengkritik keterlanjurannya sebagai golongan yang cetek agama, sememangnya ia sudah melampaui batasan. Sebabnya mudah, tiada sesiapa pun yang menyuruh dia membikin sebuah filem sebegitu rupa. Tiada juga keperluan untuk dia mencipta lelucon dengan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai bahan jenaka.

Apa yang dilakukannya adalah kerana KEUNTUNGAN dan LABA BESAR semata-mata, bukan atas sebab-sebab lain. Dan filem tersebut bukannya untuk pendidikan tetapi sebagai hiburan.

Apakah wajar, sesuatu hiburan itu perlu merendah-rendahkan dan meremeh-remehkan paksi keIslaman seseorang iaitu SYAHADAH. Sedangkan pada kalimah Thoiyibbah itu terdapat rukun-rukun yang perlu dihadami dan tidak dibuat main-main.

Apakah wang kertas itu jauh lebih penting berbanding kalimah Thoiyibbah sehingga Rasulullah s.a.w sendiri boleh diperhinakan dengan sebegitu rupa?

Tidak guna menyalahkan LPF sekiranya diri sendiri yang melakukan kesalahan. Seharusnya setiap nasihat atau kritikan yang diberikan tidak dibalas sedemikian rupa seperti dalam visual di atas kerana jelas si pengarah sebenarnya seorang yang sombong dan sangat jahil!

Sekadar renungan... Nu'man, salah seorang Sahabat r.a, pernah 'menjual' Rasulullah s.a.w dengan seekor unta, sehinggakan gelagatnya menyebabkan Nabi s.a.w ketawa sehingga menampakkan giginya baginda, tetapi Nu'man tidak pernah berlawak jenaka seperti yang terdapat di dalam klip video di atas!!!

THE FLYING KICK

Tuesday, September 13, 2011

SEMAKIN BANYAK SIGNAL SALAH DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN DS NAJIB ABDUL RAZAK!!!

 

Semakin ramai yang KEBINGUNGAN dengan gelagat pentadbiran DS Najib Abdul Razak menguruskan pentadbiran negara ini. Terlalu liberal dan pada masa yang sama, membuka ruang yang terlalu besar untuk mana-mana subversif menginjak-nginjak kedaulatan negara ini, merupakan pandangan majoriti rakyat Malaysia.


Biarpun dari segi ekonomi, rakyat Malaysia yang rasional menerima Najib sebagai JAUH LEBIH BAIK BERBANDING ABDULLAH BADAWI, namun dari segi lain, Najib disamakan dengan Abdullah Badawi.

Isu besar yang dipandang rakyat, dianggap kecil dan remeh oleh pentadbiran Najib. Isu sensitif kepada rakyat, dianggap isu politik murahan oleh pentadbiran Najib. Isu yang mampu menjatuhkan UMNO-BN, diambil mudah dan kurang mendapat kerjasama daripada para pembesar UMNO sendiri untuk menanganinya.

Mengapa agaknya UMNO di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak masih lagi mengulangi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pada pentadbiran lalu? Tidak cukupkah kesan yang UMNO terima pada PRU12 lalu? Mengapa masih lagi mengambil risiko yang boleh menyebabkan UMNO-BN terhumban dari Putrajaya?

Jangan fikir, dengan menjadi kerajaan selama 54 tahun, maka UMNO-BN mempunyai kedudukan yang terjamin. Kenyataan bahawa TIADA SATU PUN YANG KEKAL DI DUNIA ini, seharusnya kekal menjadi tangkal kepada para pemimpin UMNO. Apatah lagi dengan kepesatan teknologi dan ledakan komunikasi kini yang menyebabkan doktrin serta dogma UMNO-BN kelihatan ketinggalan jauh, seperti juga poster pilihanraya UMNO-BN yang masih lagi mengekalkan format tahun 50-an mereka.

Rakyat dan para pengundi semakin sensitif dengan setiap isu. Akhbar dan para pegawai di sekeliling para pemimpin sebenarnya sudah tidak cukup relevan untuk menyampaikan maklumat sebenar. Sebaliknya para pemimpin perlu turun sendiri mendapatkan maklumat daripada golongan marhein.

Mengharapkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat berperang sesama sendiri, sebenarnya seperti mengharapkan pancing mendapat ikan di dalam lopak air. Pada masa yang sama, rakyat pula melihat terlalu banyak signal salah yang dihasilkan oleh pentadbiran Najib Abdul Razak termasuklah penggabungan MAS-AirAsia, lambat bertindak terhadap isu-isu keselamatan, para Menteri yang BENGONG dan BAHLOL seperti dalam kes ASTRO, prepaid 6%, NEW POLITICS, BERSIH 2.0 dan sebagainya.

Kelompok majoriti pengundi UMNO-BN adalah Melayu tetapi perhatian yang keterlaluan diberikan kepada pengundi-pengundi DAP seperti dalam kes Kuala Sepetang, Sibu, Miri, Hulu Selangor dan sebagainya, menyebabkan sebahagian besar daripada kumpulan pengundi tetap UMNO-BN berasa bosan kerana pada masa yang sama, mereka tidak menerima keistimewaan yang serupa.

Kaedah 'DUA JUTA, SATU JUTA, SATU PERPULUHAN LIMA JUTA' ringgit seperti yang kerap dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin setiap kali mereka turun ke kawasan minoriti itu, amat menjengkelkan kerana ia sebenarnya tidak memberikan kesan yang baik, bahkan memperlihatkan seperti UMNO sebagai sebuah mesin ATM yang dicucuk, keluarlah duitnya sama ada disertakan resit atau tidak!

Berapa lama lagi, Pentadbiran Najib Abdul Razak akan terus memberikan signal yang salah kepada para pengundi? Sudahlah signal pun salah, perangai pegawai-pegawai pula dilihat menambahkan lagi masalah....