Monday, September 19, 2011

LAWAK HANTU BONCENG MENGKUFURKAN...



Mungkin ungkapan, BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM, A'UZUBILLAH, ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIM, SUBHANALLAH dan beberapa ungkapan lain sudah dianggap sebagai satu ungkapan biasa yang tidak mempunyai sebarang maksud dan makna. Dan barangkali juga ada pihak yang berasa, tidak apa-apa kalau kalimah Thoiyibbah dilawak-lawakkan untuk ditertawakan dengan alasan, HIBURAN...

Itulah masalah yang sedang melanda orang Melayu dan Islam di negara ini. Kalimah-kalimah berkenaan dianggap kalimah-kalimah biasa dan tidak mempunyai sebarang signifikan. Bahkan adakalanya digunakan pula untuk membuatkan orang lain ketawa.

Baik pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit, mahupun orang di Lembaga Penapis Filem, nampaknya sudah tidak lagi memberatkan perkara tersebut. Masing-masing sudah menerima pakai bahawa segala perkara boleh dilawakkan dan dijenakakan.

Si pelakon sudah pun meminta maaf kerana keterlanjurannya. Namun kemaafan sebenarnya bukan perlu dipinta kepada manusia yang menonton filem lakonannya itu mahupun rakyat Malaysia tetapi kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana 'naik saksi' bahawa baginda s.a.w adalah SYAITAN. Tidak selayaknya mana-mana manusia pun memaafkan lakonan si pelakon tersebut, apatah lagi terlalu ramai yang ketawa terbahak-bahak menyaksikan lelucon yang serba menjijikkan.

Anehnya, betapa sombong dan bongkaknya pula si Pengarah memberi alasan untuk MENGHALALKAN perbuatan tersebut kerana skripnya telah diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem yang di dalamnya dikatakan terdapat para pakar agama. Sekaligus menunjukkan si pengarah dan penerbit sebenarnya menganggap apa yang disajikannya itu sebagai sesuatu yang halal.

Dan kalaupun memang benar seperti yang didakwa terdapat pakar agama, kesilapan dan kecacatan pasti akan berlaku apatah lagi melibatkan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.

Namun apabila si pengarah menghentam pihak yang mengkritik keterlanjurannya sebagai golongan yang cetek agama, sememangnya ia sudah melampaui batasan. Sebabnya mudah, tiada sesiapa pun yang menyuruh dia membikin sebuah filem sebegitu rupa. Tiada juga keperluan untuk dia mencipta lelucon dengan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai bahan jenaka.

Apa yang dilakukannya adalah kerana KEUNTUNGAN dan LABA BESAR semata-mata, bukan atas sebab-sebab lain. Dan filem tersebut bukannya untuk pendidikan tetapi sebagai hiburan.

Apakah wajar, sesuatu hiburan itu perlu merendah-rendahkan dan meremeh-remehkan paksi keIslaman seseorang iaitu SYAHADAH. Sedangkan pada kalimah Thoiyibbah itu terdapat rukun-rukun yang perlu dihadami dan tidak dibuat main-main.

Apakah wang kertas itu jauh lebih penting berbanding kalimah Thoiyibbah sehingga Rasulullah s.a.w sendiri boleh diperhinakan dengan sebegitu rupa?

Tidak guna menyalahkan LPF sekiranya diri sendiri yang melakukan kesalahan. Seharusnya setiap nasihat atau kritikan yang diberikan tidak dibalas sedemikian rupa seperti dalam visual di atas kerana jelas si pengarah sebenarnya seorang yang sombong dan sangat jahil!

Sekadar renungan... Nu'man, salah seorang Sahabat r.a, pernah 'menjual' Rasulullah s.a.w dengan seekor unta, sehinggakan gelagatnya menyebabkan Nabi s.a.w ketawa sehingga menampakkan giginya baginda, tetapi Nu'man tidak pernah berlawak jenaka seperti yang terdapat di dalam klip video di atas!!!

THE FLYING KICK

No comments:

Post a Comment