Semakin ramai yang KEBINGUNGAN dengan gelagat pentadbiran DS Najib Abdul Razak menguruskan pentadbiran negara ini. Terlalu liberal dan pada masa yang sama, membuka ruang yang terlalu besar untuk mana-mana subversif menginjak-nginjak kedaulatan negara ini, merupakan pandangan majoriti rakyat Malaysia.
Biarpun dari segi ekonomi, rakyat Malaysia yang rasional menerima Najib sebagai JAUH LEBIH BAIK BERBANDING ABDULLAH BADAWI, namun dari segi lain, Najib disamakan dengan Abdullah Badawi.
Isu besar yang dipandang rakyat, dianggap kecil dan remeh oleh pentadbiran Najib. Isu sensitif kepada rakyat, dianggap isu politik murahan oleh pentadbiran Najib. Isu yang mampu menjatuhkan UMNO-BN, diambil mudah dan kurang mendapat kerjasama daripada para pembesar UMNO sendiri untuk menanganinya.
Mengapa agaknya UMNO di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak masih lagi mengulangi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pada pentadbiran lalu? Tidak cukupkah kesan yang UMNO terima pada PRU12 lalu? Mengapa masih lagi mengambil risiko yang boleh menyebabkan UMNO-BN terhumban dari Putrajaya?
Jangan fikir, dengan menjadi kerajaan selama 54 tahun, maka UMNO-BN mempunyai kedudukan yang terjamin. Kenyataan bahawa TIADA SATU PUN YANG KEKAL DI DUNIA ini, seharusnya kekal menjadi tangkal kepada para pemimpin UMNO. Apatah lagi dengan kepesatan teknologi dan ledakan komunikasi kini yang menyebabkan doktrin serta dogma UMNO-BN kelihatan ketinggalan jauh, seperti juga poster pilihanraya UMNO-BN yang masih lagi mengekalkan format tahun 50-an mereka.
Rakyat dan para pengundi semakin sensitif dengan setiap isu. Akhbar dan para pegawai di sekeliling para pemimpin sebenarnya sudah tidak cukup relevan untuk menyampaikan maklumat sebenar. Sebaliknya para pemimpin perlu turun sendiri mendapatkan maklumat daripada golongan marhein.
Mengharapkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat berperang sesama sendiri, sebenarnya seperti mengharapkan pancing mendapat ikan di dalam lopak air. Pada masa yang sama, rakyat pula melihat terlalu banyak signal salah yang dihasilkan oleh pentadbiran Najib Abdul Razak termasuklah penggabungan MAS-AirAsia, lambat bertindak terhadap isu-isu keselamatan, para Menteri yang BENGONG dan BAHLOL seperti dalam kes ASTRO, prepaid 6%, NEW POLITICS, BERSIH 2.0 dan sebagainya.
Kelompok majoriti pengundi UMNO-BN adalah Melayu tetapi perhatian yang keterlaluan diberikan kepada pengundi-pengundi DAP seperti dalam kes Kuala Sepetang, Sibu, Miri, Hulu Selangor dan sebagainya, menyebabkan sebahagian besar daripada kumpulan pengundi tetap UMNO-BN berasa bosan kerana pada masa yang sama, mereka tidak menerima keistimewaan yang serupa.
Kaedah 'DUA JUTA, SATU JUTA, SATU PERPULUHAN LIMA JUTA' ringgit seperti yang kerap dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin setiap kali mereka turun ke kawasan minoriti itu, amat menjengkelkan kerana ia sebenarnya tidak memberikan kesan yang baik, bahkan memperlihatkan seperti UMNO sebagai sebuah mesin ATM yang dicucuk, keluarlah duitnya sama ada disertakan resit atau tidak!
Berapa lama lagi, Pentadbiran Najib Abdul Razak akan terus memberikan signal yang salah kepada para pengundi? Sudahlah signal pun salah, perangai pegawai-pegawai pula dilihat menambahkan lagi masalah....
No comments:
Post a Comment