Sunday, October 9, 2011

Pemimpin UMNO Bahagian yang pernah Sabotaj PRU12 Perlu diawasi




Pemimpin tertinggi UMNO perlu memberi pengawasan yang rapi terhadap pemimpin Bahagian yang pernah menganjurkan sabotaj kepada calon mereka sendiri pada PRU12 seperti menutup bilik gerakan, membuang poster-poster pilihanraya dan menyuruh petugas pilihanraya meninggalkan bilik gerakan. Jika gejala ini tidak dibenteras inilah faktor-faktor yang menyebabkan UMNO akan tewas teruk pada PRU13.


Memang jelas perbuatan seumpama ini merupakan satu kesalahan besar kerana ia melanggar tata etika parti. ‘Peraturan parti UMNO memang jelas, kalau ada unsur-unsur sabotaj dan kempen menentang parti, itu bertentangan dengan etika dan Perlembagaan serta semangat perjuangan parti.

Pemimpin UMNO jenis ini hanya memikirkan 'periuk nasinya' sahaja sehingga sanggup menggadaikan masa depan parti. Adakah ini perjuangan yang diperlukan oleh UMNO dari seorang pemimpin Bahagian yang hipokrit.



Pemimpin Bahagian yang berperangai seperti ini tidak ramai, mereka ini kebiasaannya menang pemilihan pemimpin Bahagian pun secara tidak sah, walaupun banyak bantahan daripada ahli akar umbi tetapi oleh kerana UMNO tidak mahu memperbesarkan kes maka pemimpin jenis ini masih disimpan sehingga kini malah terpaksa disuapkan dengan jawatan yang boleh memberikan kesedaran kepadanya. Dengan kata lain jawatan yang mempunyai elaun yang agak lumayan.


Kita boleh kenal pemimpin jenis ini kebiasaannya pemimpin jenis ini tiada mempunyai wawasan langsung untuk membawa parti ke arah kejayaan malah mereka cuma ingin mengambil kesempatan daripada hasil perjuangan orang lain demi 'periuk nasi' mereka. Cara mereka bekerja pun dapat kita kenal kerana mereka kerap mensabotaj pemimpin yang mereka kenalpasti boleh menggugat mereka. Bukan itu sahaja mereka juga tidak akan menerima ahli UMNO yang baru jika bakal ahli UMNO itu berkelulusan lebih tinggi daripada mereka kerana ini dijangka menggugat pengaruh mereka.


Memang tepat dan sudah tiba masanya amaran Presiden parti Dato' Seri Najib Tun Razak semalam di PWTC kepada pensabotaj pilihanraya PRU12 agar tidak mengulangi perbuatan terkutuknya pada PRU13. Itulah salah satu faktor kekalahan UMNO pada PRU12. Pemimpin jenis ini perlu telah dikenalpasti dan diawasi jika BN/UMNO ingin memenangi PRU13 akan datang.

No comments:

Post a Comment