Saya naik rimas dengan " pembaharuan yang dilakukan oleh PM sejak dua tiga hari ini. Mula-mula juga mangkok Namawee kemudian hapus ISA dan nak kaji pulak akta mesin cetak. Semalam hapuskan akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.
Maka.. Merdekalah semua bapak ayam dan penjenayah yang dibuang daerah tu. Bukan main suka lagilah mereka ini. Apa pun alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk menghapuskan semua undang-undang di atas saya tak setuju dan amat merimaskan. Semua penjenayah yang dibuang daerah dan dikenakan sekatan kediaman terhad bebas. Bukan sedikit...125 orang. Merdekalah mereka.
Nampak gayanya PM macam nak letak tali gantung ditengkok sendiri. Dulu Pak Lah dah bungkus dan dibungkuskan oleh rakyat dalam PRU 12.
Siapa rakyat yang untung bila semua ini dihapuskan? Hanya penjenayah dan mereka yang berkepentingan. Ada kami untung apa-apa? Tiada. Sakit hati dan bimbang adalah. Ada ke , PM dan kerajaan pernah dengar keluhan kebimbangan kami di luar ini selama ini. Nampak gayanya PM dan kerajaan hanya melakukan dasar popular sahaja dan dilihat mengikut arus serta tarian pembangkang. Kami tak bangga langsung. Yang paling selekeh ialah apabila PM jumpa sikeparat Namawee rasis tu. Apa kejadahnya nak jumpa mangkok ini? Ada ke kerajaan dapat untung darinya?
Apa justifikasi sehingga PM sanggup jumpa beliau? Ini semua sebab punaisihat PM yang hanya membuta aje. Kerap beri nasihat salah...Sedih dan terlalu sedih....
Selepas ini , Saya harapkan tiada lagi perubahan bodoh dan meloyakan akan dilakukan oleh kerajaan. Rakyat terbanyak melihat dari perubahan yang dilakukan oleh kerajaan ini , sebenarnya menampakkan kepandiran kerajaan. Nampak kerajaan amat lemah. Itulah yang terjadi kepada kerajaan Pak Lah dulu. Nampak bodoh dan rakyat hukum Pak Lah.
Adakah PM nakkan perkara yang sama berlaku ? Hati-hati PM.... Hati kami amat terluka sekarang. Amat-amat terluka dan tersinggung..... JANGAN PERJUDIKAN HAL KESELAMATAN HANYA UNTUK POLITIK DAN UNTUK POPULAR. Kami tak bangga sikit pun dengan penghapusan dan pindaan undang-undang ini. Ingat tu PM. Kami tak bangga langsung.....
No comments:
Post a Comment