Tuesday, October 11, 2011

Skandal SPICE : Syarikat Kroni untung RM 1 Billion , rakyat P.Pinang rugi RM 480 juta !!




Skandal sPice satu projek yang menyebabkan kerajaan negeri kerugian lebih 480juta dengan mengunakan konsep CAT,cara CAT menjarah wang dan tanah kerajaan Pulau Pinang begitu sistematik dengan hanya MPPP bermodalkan 50juta ,kerajaan negeri mendapat kerugian 480juta. klik sini ,sini dan sini.

Pisau akan ceritakan serba sedikit dari mana Lim Guan Eng mendapat idea untuk membina sPICE. Dikhabarkan idea ini bertitik tolak apabila GuanEng mengadakan perbincangan sulit dengan Lim Kuan Yew melalui menantu beliau Ho Chin. Perbincangan ini berlaku bersama Ho Chin ketika lawatan beliau ke Pulau Pinang tidak lama dahulu. Idea membina sPICE adalah untuk membina satu pusat konvensyen seperti Suntec Singapura .













Kenapa Skandal sPICE menyebabkan kerajaan negeri rugi dengan jumlah yang amat besar,bayangkan sudahlah MPPP mengeluarkan modal 50juta sebaliknya bertambah kerugian 430juta.Perjanjian berat sebelah ini membabitkan Eco Meridean yang menandatangani perjanjian untuk membina sPICE dengan bermodalkan 200juta,MPPP hanya mengeluarkan 50juta.

Tahukah anda,apabila bangunan itu siap,Eco Meridien akan menguruskan sPICE selama 30 tahun sebelum menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri. Dalam masa yang sama syarikat ini dapat sebidang tanah untuk membina perumahan.

Mengenai 1500 unit rumah yang kononnya untuk membina rumah kos rendah,Sebenarnya didalam perjanjian Eco Meridien dan MPPP klausa 4.3(b) menyatakan " “there shall be no development charges, built up area control or selling price control imposed by MPPP on any such additional density utilized.” .

Justeru pihak syarikat bebas untuk meletakkan harga atau jenis rumah yang mereka mahukan. Syarikat ini seolah olah diberi sekeping cheque kosong ,sebagai ahli perniagaan sudah tentu mereka akan membuat perumahan mewah untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.Secara logiknya adakah Eco Meridien melabut lebih 200 juta hanya untuk meraih keuntungan dengan membina rumah murah?Dalam perjanjian itu pihak kerajaan negeri atau MPPP tidak ada kuasa untuk menetapkan harga rumah.

Berdasarkan analisis kos keseluruhan projek adalah RM110 juta ,bukan 50 juta seperti yang di umumkan oleh MPPP dan Kerajaan negeri.Ini termasuk kehilangan hasil untuk pengecualian caj pembangunan, penilaian, cukai tanah dan premium tanah tanpa sebarang kos untuk perumahan kos rendah. Kerajaan negeri dan MPPP gagal untuk mempertimbangkan ini sebagai hasil kehilangan pendapatan.

MPPP mendakwa mereka melepaskan taksiran dan cukai tanah dari Pusat Konvensyen Spice , stadium tertutup, pusat akuatik dan tempat letak kereta kerana bangunan-bangunan ini adalah kepunyaan MPPP, sebaliknya pemaju diberi hak mengutip hasil dan sewa dan tidak ada perjanjian perkongsian keuntungan antara pemaju dan MPPP.Dalam masa yang sama MPPP tidak pula melepaskan cukai taksiran bagi kedai-kedai runcit. Jadi mengapa 2 keputusan yang berbeza?

Pemaju akan mendapat manfaat lebih daripada RM1 bilion daripada penjualan 1500 unit tambahan, 450 unit kos rendah, sewa dari kedai runcit, stadium tertutup, pusat akuatik, pusat konvensyen, tempat letak kereta dan pengecualian cukai dalam semua bentuk caj dan yuran.Sedangkan kos pemaju untuk projek Spice hanya RM200juta.

Klausa perjanjian perkara 4A.1 menyatakan bahawa pemaju boleh menjual setiap unit kos rendah pada harga minimun-RM72.5ribu. Bayangkan pihak pemaju tidak mengeluarkan sebarang kos tanah, jadi kos pembinaan setiap unit rumah kos rendah pada harga semasa tidak lebih daripada RM50 ribu seunit.Keuntungan berganda! Tetapi itu pun jika pemaju sanggup menjual dengan harga serendah itu.

Di bawah Perkara 6.2 Perjanjian, pemaju mengenakan caj RM68.2 juta untuk membaiki dan membaik pulih pusat akuatik, stadium tertutup dan kerja-kerja sampingan. Skop kerja hanya meliputi kerja pembersihan, mengecat dan membaik pulih , ia tidak membabitkan kerja pembinaan semula atau meruntuhkan banggunan.Caj RM68juta adalah satu kos yang tidak munasabah, sedangkan kos menanam cerucuk dan membina pusat sPICE hanyalah RM148juta.

Tahukah anda,MPPP menggunakan alasan kononnya dengan hanya bermodalkan 50juta mereka akan mendapat banggunan bernila 200juta yang hanya mereka akan dapat selepas 30 tahun?

Apakah akan terjadi selepas 30 tahun setelah banggunan tersebut diserahkan kepada MPPP?Sedangkan banggunan PISA terpaksa dibaik pulih menelan belanja 68 juta,apatah lagi dengan banggunan yang berumur 30 tahun,200 juta untuk kos baik pulih pada 30 tahun kemudian?

Lim Guan Eng langsung tidak berani menjawap segala persoalan yang timbul,sebaliknya hanya menyerahkan kepada YB Chow Kon Yeow dan Hajjah Patahiyah YDP MPPP.Inilah hasil daripada CAT Lim Guan Eng. Kerugian kepada kerajaan negeri lebih 480juta,keuntungan kepada pemaju mencecah 1 billion.

sumber : PISAU.NET

No comments:

Post a Comment