Tuesday, June 26, 2012

ANWAR IBRAHIM Nak Tarik Siapa Lagi Dalam Skandal RM3 Bilion?




DALAM banyak-banyak ‘peluru’ ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar.  Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai  akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.
 
Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut.  Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.
 
Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic, turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh.  Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza.. 
Seperti biasa bila tersepit, Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau ‘berkongsi’ kesalahan tersebut kepada pihak lain, terutama sekali musuhnya dunia akhirat, UMNO.
 
Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang penulis terima, mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini.  Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.
 
Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua), Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga), Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan)  dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).
 
Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri.  
 
Tapi mengenali Anwar, tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya.  Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban.  Mula-mula adalah yang marah, mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya, supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.
 
Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.
 
Dalam masa yang sama, agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.
 
Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang.  Tanpa sedar, ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.
 
Semoga Allah SWT merestui kita semua.

Ustaz PAS Jenis Main Angguk Saja Ka Bila Chan Ming Kai Baca Ayat Al Quran?


Klip video ini dah lama. Peristiwa ini pun dah lama. Tapi isunya tidak pernah lama. Individu yang sama jugalah, mempergunakan umat Islam untuk kepentingan politiknya. Masuk Islam tak juga walaupun girlfriend dia, perempuan Melayu bertudung. Kalau di Perak, gambar dia bersongkok, bertahlil, malah bertakbir masa hari raya, dah jadi macam gambar iklan jual karipap.

Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai telah memetik ayat al Quran dalam majlis ceramah politik Taman Bandar Baru, Bidong, Kedah pada 20 April 2012. Ayat al Quran yang dipetik adalah ayat 58, Surah An Nisa'.


Konon-kononnya dia dekat sangat dengan Islam dan umat Islam. Disebabkan orang Melayu-Islam di negara ini mudah sangat terfana dengan lakonan 'dekat' dengan Islam, maka ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai pun secara sembrono dan terhibur, memetik ayat-ayat al Quran atau pun hadis untuk diperdengarkan kepada orang Islam yang lain. 
 Bukan tujuan untuk belajar, tetapi untuk menguatkan hujahnya. Sudahlah maksud ayat betul-betul menyimpang, tafsirnya pula entah ke hulu banat mana perginya. Barangkali Ustaz-Ustaz dan Pak Lebai-Pak Lebai PAS yang ternganga mendengar Chan Ming Kai memetik ayat daripada kitab yang mereka imani, tak cuba nak buat double-check kut!
Maksud sebenar ayat tersebut adalah:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."


Bukannya mengikut versi Chan Ming Kai:
”apabila engkau dalam membuat keputusan keatas manusia,maka wajiblah engkau putuskan dengan keadilan” 
Orang PAS berpegang teguh kepada pendapat sehala guru dan mursyid mereka, yang orang bukan Islam dibolehkan menggunakan ayat-ayat al Quran untuk menguatkan hujah. Tapi kalau ditanya, asnad yang mana, tafsir yang mana, ushul yang mana, masing-masing akan sibuk mengatakan, al Quran itu untuk semua manusia.

Ayat 58 dari Surah An Nisa' tak dak kena-mengena dengan tukar kerajaan untuk mendapatkan kehakiman yang adil.

TAK DAK LANGSUNG!

Apatah lagi, undang-undang di negara ini digubal oleh Kerajaan dan Pembangkang di Parlimen secara bersama-sama, bukannya satu pihak macam yang cuba ditohmahkan oleh Chan Ming Kai. Selama ini, mana-mana akta dan undang-undang digambarkan kononnya kerajaan sajalah yang membentuknya tanpa pembabitan pembangkang.
Untuk tafsir ayat 58 Surah An Nisa', cubalah rujuk kepada:

1) Muhammad Fuad Abdul Baqi (2001), Al-Mu’jam al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran al-Karim, DarulHadith : Kaherah.
2) Imam Raghib Al-Asfahani(1992), Mu’jam Mufradat Alfaz Al-Quran, Darul Qalam Damsyik : Safwan Adnan Dawwari.
3) Said Kutub (t.t), Fi Zilalil Quran, Darus Syuruq : TTP
4) Ahmad Mustofa Al-Maraghi (t.t), Tafsir Al-Maraghi, Syarikat Maktabah Matba'ah Mustofa Al-Babi Al-Halabi : Mesir)

Amaran Allah Taala dalam Surah At-Taubah ayat 17 yang maksudnya:
“Tidak layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalannya dan mereka pula kekal di dalam neraka.”  (at-Taubah: 17)

Kerja-kerja untuk memakmur masjid termasuk solat, berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Amalan tersebut sekiranya dilakukan tanpa niat yang ikhlas apalagi tanpa keimanan kepada Allah serta bertujuan untuk mengelirukan ummah maka sudah pastilah ianya dikira suatu malapetaka yang sengaja dibawa ke dalam masyarakat Islam.

Apa yang dapat kita fahami sebelum seseorang itu ingin membaca al-Quran, dia perlulah beriman kepada Allah dan mempercayai bahawa kitab tersebut adalah sebuah kitab suci yang datang dari Allah penuh didalamnya segala pengajaran yang benar bukan boleh dibaca sesuka hati sekalipun oleh mereka yang tidak beriman dan menolaknya.

Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecahbelahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasulnya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebajikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (at-Taubah: 107)

Adapun alasan mereka yang membenarkan amalan tersebut untuk tujuan dakwah tidak dapat diterima kerana perbuatan tersebut dilakukan dengan tujuan yang tidak baik semata-mata ikhlas untuk menerima petunjuk. Malah meniru dan membacanya untuk mengeliru fahaman umat Islam dan ianya sepertimana ditegaskan oleh Saidina Ali kepada kumpulan-kumpulan yang membaca al-Quran dan meyalahgunakannya: katanya, “Kalimah yang benar dibaca dengan tujuan palsu”.

Kumpulan ini juga adalah lebih sesat dan berbahaya dari kumpulan Khawarij yang menjadi penentang umat Islam di zaman Saidina Ali Kamarawajhah. Untuk mengenali kaum Khawarij ini ialah mereka selalu menyalahgunakan al-Quran dan apa sahaja untuk kepentingan mereka, sehingga mereka sanggup menggunakan al-Quran (satu ayat) daripadanya untuk menolak hukum Islam dari al-Quran itu sendiri sehingga tindakan tahkim yang diambil pemerintah ditolak dan menyatakan mereka yang menerima tahkim tersebut sudah menjadi kufur dan keluar dari agama Islam. Dari situlah bermulanya tuduhan kafir-mengkafir sesama umat Islam sehingga di contohi sehingga hari ini.

Masalah Kewangan KUIN: Kerajaan Kedah Patut Bayar Yuran Tambahan


Jangankan satu negera, satu negeri juga tak mampu ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada semua, satu kolej pun tidak mampu dijaga.
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah tidak habis-habis dilanda masalah apabila kepimpinan negeri bertukar tangan. Kolej itu sebelum ini menjadi kontroversi apabila pelajarnya mengadakan demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.
Dan rupanya, bukan sekadar masalah pentadbiran, KUIN juga menghadapi masalah kewangan sehingga memaksa kolej tersebut membekukan perkhidmatan bayaran rawatan kakitangan KUIN kepada klinik panelnya. Menurut sumber, tunggakan hutang kepada klinik tersebut telah mencecah RM60,000.
Selain itu, KUIN juga mempunyai hutang mencecah ratusan juta ringgit membabitkan pinjaman dengan Bank Islam dan juga berhadapan dengan saman sebuah syarikat yang menuntut bayaran bagi menyediakan 300 katil untuk penginapan pelajar.
Semua masalah ini dikatakan berpunca dari pengurusan yang lemah yang gagal menyediakan belanjawan yang realistik di mana ada di kalangan pensyarah yang menerima gaji setinggi RM35,000.
Itu hanya antara yang kelemahan yang berjaya dihidu oleh orang luar. Siapa tahu entah apa lagi masalah dalaman yang kelihatan remeh tetapi membawa kepada impak yang besar.
Kerajaan Negeri Kedah bagaimanapun terus menafikan bahawa KUIN menghadapi masalah. Ini bukan mengejutkan kerana kerajaan negeri Kedah, atau PR khasnya tidak pernah mengakui apa-apa kelemahan atau keburukan mereka walaupun ia begitu nyata.
Jika benar bahawa tiada masalah di KUIN, Dato’ Seri Azizan Razak seharusnya menjelaskan secara terperinci dan bukan hanya membuat penafian ‘atas angin’ sahaja. Kita sudah muak mendengar penafian dan alasan bahawa semuanya berpunca dari kerajaan terdahulu.
Masa depan pelajar-pelajar KUIN tidak wajar dipolitikkan. Kerajaan Kedah harus lebih bertanggungjawab mengakui kelemahan dan bertindak pantas untuk mengatasinya.
Menurut maklumbalas dari KUIN sendiri, Kolej itu adalah antara IPTS yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan IPTS lain. Yuran pelajar diploma hanya RM48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah pula RM60 satu jam kredit. Sedangkan IPTS lain ada yang meletakkan harga sehingga RM250 untuk satu jam kredit.
Ini dikatakan antara sebab kenapa KUIN mengalami masalah kewangan yang teruk. Oleh yang demikian, kita menyarankan kepada kerajaan negeri Kedah agar membantu membayar yuran tambahan bagi pihak pelajar bagi mengatasi masalah kewangan KUIN. Tindakan ini juga akan dilihat sebagai langkah awal ke arah merealisasikan aspirasi PR untuk menyediakan pendidikan percuma. Selain itu, tindakan ini juga adalah selaras dengan perjuangan Negara Kebajikan PAS. 
 

Friday, June 15, 2012

Surat Kakitangan KUIN Kepada Menteri Besar Terdedah! KUIN Dipenuhi Penyeleweng!


Sepucuk surat 8 helaian telah terdedah. Di dalam surat berkenaan, diceritakan secara panjang lebar tentang apa yang berlaku di KUIN melibatkan beberapa orang pegawai penting. Pendedahan terbaru ini semakin mendedahkan perbuatan jahat melibatkan pemimpin-pemimpin dan proksi PAS dalam KUIN yang selama ini cuba dilindungi oleh PAS Kedah dan PAS Pusat.
Surat itu juga mendedahkan bagaimana Menteri Besar Kedah telah dibohongi oleh Rektor KUIN, Dr. Jamil Osman dalam banyak perkara, termasuklah penyalahgunaan kuasa melantik sanak saudaranya dengan jawatan serta gaji besar di KUIN sekalipun KUIN tidak mendapat sebarang faedah daripada perlantikan tersebut bahkan mengalami kerugian besar.
Sebelum ini, kedahan69ers.com telah menyiarkan tiga posting berkenaan KUIN dan masalah penyelewengan yang berlaku di dalamnya. (BACA DI SINI, DI SINI dan DI SINI).
Ironinya, ketiga-tiga posting berkenaan mempunyai kandungan yang hampir sama dengan isi surat kakitangan KUIN yang telah terdedah ini.
Biarpun terdapat pihak-pihak tertentu yang kelihatan KUAT MELOMPAT berikutan pendedahan-pendedahan yang dibuat sambil menyifatkan penyiaran posting-posting berkenaan sebagai satu fitnah, kehadiran surat berkenaan, mengesahkan ketiga-tiga posting yang kedahan69ers.com buat mempunyai asas yang sangat kuat.
Sudah sewajarnya Menteri Besar Kedah bertindak pantas menangani masalah ini selain meminta SPRM untuk masuk ke KUIN bagi membersihkan kepala-kepala penyangak yang cuba menyamar sebagai orang alim walaupun hakikatnya mereka adalah perompak dan penjarah terhebat!

http://kedahan69ers.com/?p=2074

Monday, June 4, 2012

Selepas Rumah Agam Ni..Apa Pula Perjuangan Kadir Lepas Ni?


Bertuah badan...rezeki tak memilih warna kulit jauh sekali niat dalam perjuangan! Orang kata inilah rumah Kadir Sheikh Fadzir..kalau betul lah rumah agam ni rumah Kadir..teman cuma nak ucap tahniah! sebab teman tengok pakcik makcik teman di kampung yang tuntas, ikhlas dan istikamah menyokong UMNO tetap juga rumah seperti seadanya.!



Kadir mesti bersebab memilih rumah sedemikian..tentunya beliau mudah membawa masuk orang kampung dan para nelayan untuk datang mengemukakan masaalah mereka kepada Kadir! Kadir juga tentu kerap mengajak orang kampung untuk beramai ramai bersantai dalam membina hidup sihat dengan pelbagai aktiviti berenang, memancing dan pelbagai lagi.

Mesra Kadir dengan rakyat rupanya..! tak percaya cuba tanya penari penari Istana Budaya bagaimana mesranya Kadir semasa menjadi Menteri Pelancongan dulu.. Itu sebab kadir tak boleh duduk diam walau dah pencen! 
 

Balak “Dibalun” Licin, Tapi Rakyat Kedah Tak Merasa Hasilnya…

DSC_0284
Sejak akhir-akhir ini, Kerajaan PAS Negeri Kedah begitu galak mewar-warkan perolehan hasil pendapatan balak yang diperoleh dari seluruh kawasan hutan simpan yang ada di seluruh negeri Jelapang Padi itu.
Menurut Exco yang menjadi “kesayangan” Menteri Besar, Amiruddin Hamzah, Kerajaan BN dahulu hanya mampu mendapat sebanyak RM19 juta saja setahun dari hasil balak negeri berbanding Kerajaan PAS yang berjaya mengaut sebanyak RM80 juta pada tahun 2011.
Kononnya, Amiruddin mendakwa kerajaan BN “merompak” hasil balak di Kedah dan PAS pula “terbukti” lebih telus serta pandai menjana pendapatan dari hasil hutan di negeri itu.
Benarkah dakwaan ADUN Anak Bukit itu? Bijak sangatkah PAS dan apakah Kerajaan BN Kedah dahulu korup tentang isu balak di negeri itu?
 Sebenarnya, kerajaan BN Kedah dahulu mengazetkan sebanyak lebih kurang 2,500 hektar kawasan yang dikenal pasti boleh dijadikan kawasan pembalakan, namun bersyarat dan semua kontraktor perlu masuk tender sebagaimana biasa.
 Antara syaratnya ialah setiap “kompartment” yang diberikan kepada kontraktor perlu dipelihara keadaan semula jadi di mana hanya balak yang bersaiz tertentu sahaja yang boleh ditebang dan yang masih muda atau kecil tidak boleh diusik sama sekali.
Selain itu, bagi kawasan-kawasan tadahan air, aktiviti pembalakan di situ perlu menggunakan helikopter bagi memelihara alam semula jadi dan mengelak sebarang ancaman hakisan tanah yang mampu menjejaskan sumber air bersih yang selalunya digunakan oleh rakyat setempat.
Maksudnya, aktiviti pembalakan ketika Kerajaan BN Kedah memerintah dipantau sepenuhnya dan tiada sebarang kerosakan alam semula jadi yang mampu mengganggu eko-sistem kawasan hutan simpan dan tadahan air di negeri itu.
Bagaimanapula dengan modus operandi aktiviti pembalakan oleh Kerajaan PAS Kedah?
Pertamanya, dalam empat tahun, PAS Kedah telah menggunakan seluas hampir 7,000 hektar kawasan hutan simpan, termasuk kawasan hutan bernilai tinggi, sebagai kawasan pembalakan.
Keduanya, tiada tender secara terbuka dan “kompartment” balak dilakukan dengan cara “pemberian terus” kepada para kontraktor yang sememangnya bukan Melayu. Kalau syarikat Melayu pun, ia akan di “Alibaba”kan…
Ketiganya, Azizan Razak memperkenalkan konsep ladang rakyat (di Kedah telah ditukar kepada Ladang Sejahtera) di mana kawasan balak yang ditebang akan dijadikan kebun getah yang akan diusahakan oleh para peserta ladang tersebut secara “ala-ala Felda”.
Yang beza dengan Felda, majoriti peserta Ladang Sejahtera adalah ahli-ahli PAS yang tidak tinggal di kawasan berhampiran tersebut. Contohnya, Ladang Sejahtera di Baling disertai oleh peserta yang tinggal di Jerlun atau Kodiang.
Para peserta akan diberikan beberapa ekar tanah kebun getah di mana ketika proses penanaman semula mereka hanya akan diberika sebanyak RM100 sebulan sehingga pokok getah matang (anggaran 5 tahun) berbanding peneroka Felda yang menerima sebanyak RM1,500 sebulan ketika penanaman semula ladang sawit.
Apa yang para peserta Ladang Sejahtera nak makan dengan RM100 setiap bulan dalam jangka masa 5 tahun?
Keempat, kontraktor balak boleh menggondolkan semua hasil hutan termasuk balak besar, balak sebesar paha, betis mahupun sebesar lengan. Asalkan boleh jual, kontraktor boleh “rembat” semuanya sehingga botak.
Misalnya, hutan simpan Gunung Inas dan Bukit Palong di mukim Kupang, Baling, hampir gondol sepenuhnya akibat kerakusan kontraktor dan kebodohan Kerajaan PAS mentadbir kawasan balak di situ.
Hasilnya, kawasan tadahan air yang menjadi sumber bekalan air bersih di lima buah kampung di situ tercemar teruk dan keruh bagai “teh tarik” serta merosakkan kawasan pelancongan Lata Celak yang berada di kaki Gunung Inas.
Bukan saja di Baling, di kawasan lain seperti Pedu, Kuala Nerang, Pendang dan banyak lagi kawasan hutan simpan yang telah “dirogol” oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah tanpa belas.
Padanlah mereka mampu mengaut keuntungan lumayan sehingga mencecah RM80 juta sebulan!
Namun, meskipun sudah “dirembat” RM80 juta hasil balak sehingga licin begitu, “disebat” pula wang peruntukan jalanraya RM93 juta dari Kerajaan Pusat, apa hasil yang dinikmati oleh rakyat negeri Kedah dari “kekayaan” bumi Kedah yang “diratah” Azizan Razak dan para Exconya?
Hairan bukan? Beratus juta “dikaut” dari bumi Kedah, tapi rakyat tak dapat apa-apa pun..!

Apa Bezanya K-Pop Kelantan dan K-Pop di I-City?


Masih riuh rendah penyokong pembangkang khususnya dari PAS mempertikaikan penyertaan kumpulan artis K-pop dalam pertunjukkan pentas semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB2012) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) minggu lalu.

Menurut mereka, persembahan oleh artis seksi dari Korea itu tidak sesuai dengan adat resam negara kita selain dianggap akan menggalakkan kemaksiatan serta menyemarakkan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda hari ini.

Jika diterima bulat-bulat kata-kata mereka tentu saja kita beranggapan semua pengkritik itu sama sekali tidak akan membiarkan walau satupun kumpulan artis seksi atau jelik persembahannya seumpama k-pop menjejak kaki di negeri yang diperintah oleh parti pujaan mereka.

Realitinya tidaklah begitu, kuman di seberang laut kerap kelihatan dan gajah depan mata selalu kita lupakan. Lumrah alam biasanya begitulah.


Setahun yang lalu kira-kira seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan, satu konsert hiburan dari sebuah kumpulan artis wanita K-pop Korea juga ada dilangsung di Bandar cahaya i-City, Seksyen 7 Shah Alam - MTV World Stage Live in Malaysia 2011.

Manakala empat tahun dulu bertempat di Stadium Kelana Jaya sempena perlancaran majlis rasmi yang disokong kerajaan PR Selangor pula, sebuah kumpulan punk tempatan yang dinamakan Carburetors Dung buat pertama kalinya memecahkan rekod melondehkan seluar dalam dan punggung mereka kepada khalayak.

Tika itu tidak pula timbulnya kecaman ataupun kritikan membantah gerak tari yang meloyakan itu sebaliknya ada pemimpin pembangkang misalnya Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta khalayak menghakimi anak-anak muda itu melalui senikata lagu yang mereka persembahkan berbanding tarian londeh memperlihatkan seluar dalam.

Demikian halnya dengan kemunculan sebuah kumpulan wanita 'k-pop' (Kelantan-Pop) yang dianggotai oleh empat orang anak jati Kelantan yang bergaya seksi tetapi agak popular nyanyian lagunya hingga ada antaranya menjadi siulan ramai anak-anak muda Kelantan.

Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin pembangkang khususnya dari pimpinan PAS negeri yang memprotes kemunculan 'k-pop' tersebut, kalau adapun komplen cumalah kata-kata penafian enggan mengaku yang keempat-empat wanita seksi dan tembam itu adalah anak kelahiran Kelantan.

Mana ada yang nak mengaku, itu biasalah. Apapun, jika dalam kes K-pop di I-City, tarian punggung di Kelana Jaya dan 'K-pop' Kelate, kesemuannya dibiar lepas begitu sahaja tanpa kritikan dan cacian terhadap penganjurnya seolah-olah tiada apa silap pun, jadi apa pula salahnya dengan K-pop di program HJB 2012 anjuran KBS?

Seksi? Tarian ghairah atau jelik? Apa bezanya dengan 'k-pop' Kelantan dan K-pop di I-City?

Hakikatnya masing-masing ada kesalahannya, namun jika mahu mengkritik biarlah adil dan tidak bias. KBS sendiri pun menyedari pihaknya terlepas pandang isu penampilan artis luar negara tersebut malah tidak segan untuk merendah diri memohon maaf pada rakyat - satu keterbukaan yang wajar dihargai.

Tapi hingga kini tak pula kita kedengaran permohonan maaf dari kerajaan PR Selangor berikutan sokongannya terhadap konsert MTV World I-City kurang seminggu sebelum bulan puasa tahun lepas, walhal ia cukup-cukup menyentak sensitiviti orang Islam.

Apapun, masing-masing kita ada penilaian sendiri, adakala dek kerana perbezaan pandangan menyebabkan kita hanya nampak pada cacat cela pada kerajaan pusat saja hingga dengan sengaja menutup mata pada salah silap puak pembangkang. Bak kata pepatah, kuman berbikini di seberang laut boleh nampak tapi gajah berbogel depan mata buat tak tahu.

Rasanya belum terlewat untuk kita baca penjelasan dari KBS dalam isu ini, mana tahu kot-kot ada lagi kalangan pembaca yang masih memandang serong pada KBS setidak-tidaknya biarlah kebenaran perihal kos perbelanjaan K-pop yang sedang dimanipulasi pihak tertentu dapat diketahui.

 http://brojinggo.blogspot.com/2012/06/apa-bezanya-k-pop-kelantan-dan-k-pop-di.html