Jangankan satu negera, satu negeri juga tak mampu ditadbir oleh Pakatan
Rakyat. Jangankan memberi pendidikan percuma kepada semua, satu kolej
pun tidak mampu dijaga.
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah tidak habis-habis dilanda
masalah apabila kepimpinan negeri bertukar tangan. Kolej itu sebelum
ini menjadi kontroversi apabila pelajarnya mengadakan demonstrasi
membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman
Ar-Razi.
Dan rupanya, bukan sekadar masalah pentadbiran, KUIN juga menghadapi
masalah kewangan sehingga memaksa kolej tersebut membekukan perkhidmatan
bayaran rawatan kakitangan KUIN kepada klinik panelnya. Menurut
sumber, tunggakan hutang kepada klinik tersebut telah mencecah RM60,000.
Selain itu, KUIN juga mempunyai hutang mencecah ratusan juta ringgit
membabitkan pinjaman dengan Bank Islam dan juga berhadapan dengan saman
sebuah syarikat yang menuntut bayaran bagi menyediakan 300 katil untuk
penginapan pelajar.
Semua masalah ini dikatakan berpunca dari pengurusan yang lemah yang
gagal menyediakan belanjawan yang realistik di mana ada di kalangan
pensyarah yang menerima gaji setinggi RM35,000.
Itu hanya antara yang kelemahan yang berjaya dihidu oleh orang luar.
Siapa tahu entah apa lagi masalah dalaman yang kelihatan remeh tetapi
membawa kepada impak yang besar.
Kerajaan Negeri Kedah bagaimanapun terus menafikan bahawa KUIN
menghadapi masalah. Ini bukan mengejutkan kerana kerajaan negeri Kedah,
atau PR khasnya tidak pernah mengakui apa-apa kelemahan atau keburukan
mereka walaupun ia begitu nyata.
Jika benar bahawa tiada masalah di KUIN, Dato’ Seri Azizan Razak
seharusnya menjelaskan secara terperinci dan bukan hanya membuat
penafian ‘atas angin’ sahaja. Kita sudah muak mendengar penafian dan
alasan bahawa semuanya berpunca dari kerajaan terdahulu.
Masa depan pelajar-pelajar KUIN tidak wajar dipolitikkan. Kerajaan Kedah
harus lebih bertanggungjawab mengakui kelemahan dan bertindak pantas
untuk mengatasinya.
Menurut maklumbalas dari KUIN sendiri, Kolej itu adalah antara IPTS yang
mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan
IPTS lain. Yuran pelajar diploma hanya RM48 bagi satu jam kredit,
manakala untuk ijazah pula RM60 satu jam kredit. Sedangkan IPTS lain
ada yang meletakkan harga sehingga RM250 untuk satu jam kredit.
Ini dikatakan antara sebab kenapa KUIN mengalami masalah kewangan yang
teruk. Oleh yang demikian, kita menyarankan kepada kerajaan negeri
Kedah agar membantu membayar yuran tambahan bagi pihak pelajar bagi
mengatasi masalah kewangan KUIN. Tindakan ini juga akan dilihat sebagai
langkah awal ke arah merealisasikan aspirasi PR untuk menyediakan
pendidikan percuma. Selain itu, tindakan ini juga adalah selaras dengan
perjuangan Negara Kebajikan PAS.
No comments:
Post a Comment