Tuesday, June 26, 2012

Ustaz PAS Jenis Main Angguk Saja Ka Bila Chan Ming Kai Baca Ayat Al Quran?


Klip video ini dah lama. Peristiwa ini pun dah lama. Tapi isunya tidak pernah lama. Individu yang sama jugalah, mempergunakan umat Islam untuk kepentingan politiknya. Masuk Islam tak juga walaupun girlfriend dia, perempuan Melayu bertudung. Kalau di Perak, gambar dia bersongkok, bertahlil, malah bertakbir masa hari raya, dah jadi macam gambar iklan jual karipap.

Chan Ming Kai, ADUN Simpang Pulai telah memetik ayat al Quran dalam majlis ceramah politik Taman Bandar Baru, Bidong, Kedah pada 20 April 2012. Ayat al Quran yang dipetik adalah ayat 58, Surah An Nisa'.


Konon-kononnya dia dekat sangat dengan Islam dan umat Islam. Disebabkan orang Melayu-Islam di negara ini mudah sangat terfana dengan lakonan 'dekat' dengan Islam, maka ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai pun secara sembrono dan terhibur, memetik ayat-ayat al Quran atau pun hadis untuk diperdengarkan kepada orang Islam yang lain. 
 Bukan tujuan untuk belajar, tetapi untuk menguatkan hujahnya. Sudahlah maksud ayat betul-betul menyimpang, tafsirnya pula entah ke hulu banat mana perginya. Barangkali Ustaz-Ustaz dan Pak Lebai-Pak Lebai PAS yang ternganga mendengar Chan Ming Kai memetik ayat daripada kitab yang mereka imani, tak cuba nak buat double-check kut!
Maksud sebenar ayat tersebut adalah:
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."


Bukannya mengikut versi Chan Ming Kai:
”apabila engkau dalam membuat keputusan keatas manusia,maka wajiblah engkau putuskan dengan keadilan” 
Orang PAS berpegang teguh kepada pendapat sehala guru dan mursyid mereka, yang orang bukan Islam dibolehkan menggunakan ayat-ayat al Quran untuk menguatkan hujah. Tapi kalau ditanya, asnad yang mana, tafsir yang mana, ushul yang mana, masing-masing akan sibuk mengatakan, al Quran itu untuk semua manusia.

Ayat 58 dari Surah An Nisa' tak dak kena-mengena dengan tukar kerajaan untuk mendapatkan kehakiman yang adil.

TAK DAK LANGSUNG!

Apatah lagi, undang-undang di negara ini digubal oleh Kerajaan dan Pembangkang di Parlimen secara bersama-sama, bukannya satu pihak macam yang cuba ditohmahkan oleh Chan Ming Kai. Selama ini, mana-mana akta dan undang-undang digambarkan kononnya kerajaan sajalah yang membentuknya tanpa pembabitan pembangkang.
Untuk tafsir ayat 58 Surah An Nisa', cubalah rujuk kepada:

1) Muhammad Fuad Abdul Baqi (2001), Al-Mu’jam al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran al-Karim, DarulHadith : Kaherah.
2) Imam Raghib Al-Asfahani(1992), Mu’jam Mufradat Alfaz Al-Quran, Darul Qalam Damsyik : Safwan Adnan Dawwari.
3) Said Kutub (t.t), Fi Zilalil Quran, Darus Syuruq : TTP
4) Ahmad Mustofa Al-Maraghi (t.t), Tafsir Al-Maraghi, Syarikat Maktabah Matba'ah Mustofa Al-Babi Al-Halabi : Mesir)

Amaran Allah Taala dalam Surah At-Taubah ayat 17 yang maksudnya:
“Tidak layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalannya dan mereka pula kekal di dalam neraka.”  (at-Taubah: 17)

Kerja-kerja untuk memakmur masjid termasuk solat, berzikir, membaca al-Quran dan lain-lain. Amalan tersebut sekiranya dilakukan tanpa niat yang ikhlas apalagi tanpa keimanan kepada Allah serta bertujuan untuk mengelirukan ummah maka sudah pastilah ianya dikira suatu malapetaka yang sengaja dibawa ke dalam masyarakat Islam.

Apa yang dapat kita fahami sebelum seseorang itu ingin membaca al-Quran, dia perlulah beriman kepada Allah dan mempercayai bahawa kitab tersebut adalah sebuah kitab suci yang datang dari Allah penuh didalamnya segala pengajaran yang benar bukan boleh dibaca sesuka hati sekalipun oleh mereka yang tidak beriman dan menolaknya.

Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecahbelahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasulnya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebajikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (at-Taubah: 107)

Adapun alasan mereka yang membenarkan amalan tersebut untuk tujuan dakwah tidak dapat diterima kerana perbuatan tersebut dilakukan dengan tujuan yang tidak baik semata-mata ikhlas untuk menerima petunjuk. Malah meniru dan membacanya untuk mengeliru fahaman umat Islam dan ianya sepertimana ditegaskan oleh Saidina Ali kepada kumpulan-kumpulan yang membaca al-Quran dan meyalahgunakannya: katanya, “Kalimah yang benar dibaca dengan tujuan palsu”.

Kumpulan ini juga adalah lebih sesat dan berbahaya dari kumpulan Khawarij yang menjadi penentang umat Islam di zaman Saidina Ali Kamarawajhah. Untuk mengenali kaum Khawarij ini ialah mereka selalu menyalahgunakan al-Quran dan apa sahaja untuk kepentingan mereka, sehingga mereka sanggup menggunakan al-Quran (satu ayat) daripadanya untuk menolak hukum Islam dari al-Quran itu sendiri sehingga tindakan tahkim yang diambil pemerintah ditolak dan menyatakan mereka yang menerima tahkim tersebut sudah menjadi kufur dan keluar dari agama Islam. Dari situlah bermulanya tuduhan kafir-mengkafir sesama umat Islam sehingga di contohi sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment