Tuesday, July 26, 2011

APA YANG PATUT NURUL IZZAH BERITAHU PAPANYA?

Saya tertarik dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang cantik manis itu yang menyebut, penghantaran pulang peguam Perancis William Bourdon itu satu lagi bukti bahawa kerajaan pimpinan DS Najib gemar menyapu sampah ke bawah permaidani.

Kata Nurul Izzah, kerajaan boleh mengunci mulut media-media utama di negara ini tetapi tidak media antarabangsa. Lambat-laun benda yang disembunyikan itu akan terbongkar juga. Ia merujuk pada kes pembelian kapal selam Scorpene yang disensasikan oleh pembangkang sekarang selepas Bourdon dihantar pulang.

Saya setuju dengan Nurul Izzah. Dan saya akan lebih bersetuju kalau dia turut membisikkan kata-kata itu kepada ‘papa’nya, DS Anwar Ibrahim. Katakanlah pada orang tua itu, “Sudah-sudahlah tu pa…lakonan papa dah makin tak menjadi. Sebelum kita sekeluarga lebih dimalukan lagi, eloklah papa tarikh handbrake.”

No comments:

Post a Comment