Sasterawan Pakatan Haram, A. Samad Said akhirnya mengaku di hadapan wartawan Malaysiakini.com bahawa dia sememangnya membenci Kerajaan. Memang selama ini dia banyak berdolak dari menonjolkan sifat sebenarnya yang sememangnya bencikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memihak kepada pengkhianat-pengkhianat negara yang menamakan diri sebagai Pakatan Haram.
Maka sekarang, sudah sah bahawa A. Samad Said merupakan ahli politik baru bagi Pakatan Haram. Sehubungan itu, saya secara rasminya menarik balik gelaran “Sasterawan Negara” yang pernah diterima olehnya. Dia tidak layak lagi memegang anugerah gelaran tersebut. Dan ekoran itu, lahirlah seorang lagi “Shanon Ahmad” di dalam negara ini.
Saya tertanya, bilakah A. Samad Said akan menulis sebuah lagi buku “shit!” sebagaimana rakannya, Shanon? Adakah ia bakal setanding dengan karyanya yang berjudul “Salina” dahulu? Atau ia hanya akan menjadi “another piece of shit” hasil dari minda korup A. Samad Said?
Pak Samad menyatakan bahawa dia rasa bagai mahu “ditelan” oleh anggota-anggota polis yang mengawal perhimpunan haram yang disertainya. Katanya anggota-anggota polis yang dia temui semuanya berwajah bengis dan garang. Mungkin Pak Samad takut barangkali hingga terpaksa mengadu pada media pro-Pakatan Haram itu.
Saya ingin ingatkan Pak Samad, sekiranya takut rumah dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut dan tak mahu berdepan dengan polis yang berwajah bengis, janganlah menyertai perhimpunan haram yang menyusahkan semua warga ibunegara pada 9 Julai lalu. Takkanlah polis-polis itu nak layan peserta perhimpunan haram dengan “red carpet”, sejambak bunga setiap seorang, nasi kandar sebungkus dan air sarbat pula? Singkat benar cara Pak Samad berfikir…
Pak Samad perlu tahu, Kerajaan atau mana-mana pihak tidak pernah menafikan hak untuk Pak Samad perjuangkan 8 tuntutan Bershit itu. Yang cuba dihalang Kerajaan dan polis ialah CARA Pak Samad dan rakan-rakan menuntut tuntutan tersebut. Semurni mana pun tuntutan tersebut, sekiranya salah cara tuntutannya, pasti akan gagal, malah ia mungkin “memakan diri”!
Bukankah Allah SWT berfirman yang mafhumnya kita hendaklah menyeru ke jalan Allah (ke jalan yang baik) dengan cara yang berkhikmah dan cara terbaik. Mengapa Pak Samad lupa pada firman Allah yang kita sembah setiap hari itu? Pak Samad lupa sebab “terpesona” pada Ambiga yang menyokong pluralisme itu, kah?
Hasil cara Pak Samad yang salah, kini semua pintu rundingan telah tertutup, Pak Samad gagal menyerahkan memorandum dan Bershit sendiri diburu sebagai pertubuhan haram seperti Al-Arqam! Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri sudah tidak mahu berurusan dengan Bershit dan mencari NGO yang lebih bersih untuk berunding membaik pulih sistem pilihanraya yang ada. Berhasilkah cara Pak Samad itu?
Saya fikir, Pak Samad perlu berfikir kembali secara waras dan rasional dengan apa yang Pak Samad tuduh itu. Fikir balik, apakah Pak Samad berada dipihak yang benar yang diredhai Allah, atau Pak Samad sudah hanyut bersama kafir-kafir Harbi dan munafikun yang berjaya menghasut Pak Samad. Jangan pula nanti orang kata, “makin tua dan makin panjang janggut, makin bodoh pula orang tua ini berfikir”. Jangan sampai rakyat sendiri yang menghalau Pak Samad kembali ke Singapura!
Oleh: Laksmana Tun Tuah untuk Perak Today
No comments:
Post a Comment