Tuesday, July 26, 2011

SYABAS WAN AHMAD, TAKZIAH KAKI BOO


Tahniah kepada Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berani menghadirkan diri dalam Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran akhbar Berita Harian. Daripada awal tentu Wan Ahmad sudah dapat menjangka apa yang menantinya di majlis itu. Dilihat daripada sudut mana pun keadaan tidaklah memihak kepadanya.Wan Ahmad juga tampak tenang menghadapi karenah hadirin, yang sebahagiannya mempunyai nilai akhlak yang sungguh rendah kerana berperangai seperti kutu jalanan. ‘Hoo’ dan ‘boo’ bergema sejak dari mula Wan Ahmad membuka mulut.

Seperti kata Wan Ahmad, hadirin berkenaan datang ke dewan itu dengan pemikiran yang sudah di’set’ dan ditutup. Mereka bukannya mahu mendengar penjelasan dan menjelaskan apa-apa pun pada orang jenis ini hanyalah membuang masa. Keupayaan Wan Ahmad mengharung semua itu harus dihormati.
Dalam pada itu takziah juga diucapkan kepada parti-parti pembangkang kerana mempunyai ahli (di kalangan hadirin itu) yang tidak berakhlak. Inilah hasil kejayaan perjuangan anda.Kesian......

No comments:

Post a Comment