Banyak teori kenapa perhimpunan Bersih 2 ini diadakan sebelum ini, ada kata nak runtuhkan kerajaan, ada kata nak jatuhkan imej kerajaan dan sebagainya. Penulis sendiri pernah berandaian bahawa Bersih ini untuk menaikkan populariti Ambiga Mata Kero di mata masyarakat sebagai persediaan Pilihanraya Umum yang ke 13.
Semua itu betul, takdak yang salah pun. Kalau dah jangkaan asal 300 ribu orang datang, membentuk ‘lautan’ manusia berbaju kuning yang akan memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, tak masuk akallah kalau hasilnya tidak semegah mana.
Walaupun akhirnya kita semua pun tahu, jangan nak kata nak jatuhkan kerajaan melalui jalan raya, nak pakai baju kuning atas jalan raya pun pun macai pembangkang tak mampu.
Tapi yang penulis nak highlightkan hari ini bukan sangat berkenaan kegagalan Bersih 2 itu, tapi lebih kepada matlamat sebenar penganjuran perhimpunan haram ini. Siapa lagi yang boleh mengesahkan matlamat sebenar Bersih, melainkan media mereka sendiri.
Harakah umpamanya memilih untuk membesarkan cerita pemandu teksi yang mati di KLCC. Dia tak sebutlah mati sebab kena gas pemedih mata pasal Harakah dalam pada haram jadah dia tu, masih tau benda bodoh dengan benda betul, tapi gambaran yang diberikan memang ke arah itulah.
Nik Aziz yang baru balik dari menghabiskan duit rakyat semalam, tunjuk muka di rumah pemandu teksi yang meninggal, apa nak hilangkan rasa bersalah ke? Yelah, macai disuruhnya berdemo sampai sesak nafas dan akhirnya padam, dia sendiri berseronok makan angin di negara timur tengah dan mengerjakan umrah.
Malaysiakini pula menyiarkan gambar Mat Sabu yang konon dilanggar Land Rover polis tapi tak tau yang bawak itu polis. Kah kah kah. Bilalah Mat Sabu ni nak berhenti jadi bodoh, ingat dah dapat jawatan Timbalan Presiden PAS adalah cerdik sikit, rupanya masih macam itu juga. Nak tahu lebih lanjut, silalah baca tulisan MalaysiaKini dibawah ni (yang dihighlightkan merah).
Kalau betul polis dengan sengaja melanggar Mat Sabu, kenapa tak buat laporan polis atas alasan cubaan membunuh? Lepas tu siar besar-besar dalam Harakah dan arahkan wakil pembangkang dalam parlimen untuk menghebohkan isu ini. Kalau tak jalan jugak, buat laporan di Mahkamah Antarabangsa di The Hague, itupun kalau depa ada masa nak dengarlah.
Dan majoriti media pembangkang yang lain menyiarkan gambar Anwar sedang ‘nazak’ dan propnya yang paling common – neck bracket. Apa dah takda prop lain ka Anwar? Balik-balik yang itu jugak kau minat nak pakai?
Apa yang boleh kita belajar daripada penyiaran semua gambar-gambar dan berita ini? Semuanya menjurus cubaan untuk mendatangkan perasaan simpati kepada pemimpin-pemimpin yang berkenaan. Nasib baik mata batu Ambiga tak jatuh atau akan datang lebih simpati kepadanya, kalau tidak kelihatan macam dajal yang sebenar.
Sebab itu perhimpunan Bersih 2 ini tidak teratur, ada satu kumpulan laung reformasi, ada satu kumpulan laung pasal rakyat, hanya di KL Sentral saja yang laungan Bersih kedengaran, itupun sebab Anwar dan Ambiga ada disitu. Kalau betul-betul organize baik semua sekali laung Bersih.
Rupanya depa nak dapat simpati saja, bukan peduli sangat pasal pilihanraya. Kaedah simpati ni banyak kali berjaya dengan Anwar, yang paling berjaya ialah insiden mata lebam. Nyaris juga tak kalah BN pada 1999 dek sebab gambar mata lebam ni.
Orang di Malaysia semua tahu pasal lakunan Anwar, sebab itu Anwar minta jurugambar luar negara saja yang memerhatikan pergerakkannya. Anwar kalau belasah jantan jambu dan china doll, tak hengat nak patah leher pulak ya, tapi Sabtu lepas cepat saja tengkok tu nak sakit sampai terpaksa pakai neck bracket. Pendek kata modal biasa Anwar untuk dapat simpati sudah tidak laku disini, terpaksa guna media antarabangsa.
Jadi kepada macai-macai lembu yang berdemo pada Sabtu lepas, bilalah nak cerdik? Tak berbaloi dek duit RM 50 – RM 200 seorang tu, badan sendiri yang merana, termasuk berhadapan kemungkinan masuk ke dalam lokap kalau tujuannya semata-mata untuk mendatangkan simpati kepada Anwar dan sekutu-sekutunya termasuklah Ambiga mata satu tu.
Hujung nanti depa semua ni yang jadi YB, awak semua dapat apa? Bodoh, bodoh.
No comments:
Post a Comment