Wednesday, August 24, 2011

SELAMAT HARI RAYA EDILFITRI 1432 BUAT SEMUA


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd...

Selamat menyambut hari raya Eidilfitri buat seluruh muslimin dan muslimat. Hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan.

Menjadi kelaziman, selepas menunaikan ibadah-ibadah yang besar Allah taala mengurniakan hadiah besar. Sembahyang lima waktu dikurniakan Hari Jumaat, Puasa Ramadhan dikurniakan Hari Raya Eidilfitri. Ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban. Hari raya Eidilfitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiah dengan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, supaya menjadi org-org bertakwa kepada Allah SWT.

Adalah menjadi hikmah yang besar Allah swt memilih bulan Ramadhan berlakunya peristiwa al-Quran diturunkan dan peristiwa peperangan Badar, peristiwa pembukaan Mekah. Diikuti dengan bulan Syawal peristiwa Ahzab. Menunjukkan bahawa kemuncak takwa yang ditarbiahkan melalui puasa ramadhan orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quranul karim satu-satunya petunjuk yang benar, yang Esa daripada Allah SWT.

Setelah Allah swt menyatakan tujuan ibadat puasa itu supaya kamu bertakwa kepada Allah SWT. Allah SWT juga menegaskan kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.Hanya orang-orang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quranul karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sehubungan itu, pada kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya di atas apa-apa yang terkhilaf. Saya berdoa kepada Alllah SWT supaya kita semua dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraaan dan kesyukuran di samping mereka yang tersayang.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd

"SELAMAT HARI RAYA EDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Ikhlas Dari Saya,


-AFZAINIZAM BIN ABDULLAH-

No comments:

Post a Comment