Sunday, December 30, 2012

MAZLAN ALIMAN dan ANAK Seharusnya Berjuang Bela Peserta LADANG RAKYAT!


MAZLAN ALIMAN 1
Kononnya, FELDA sekarang tidak cukup menjaga kebajikan para peserta tanah rancangan persekutuan itu. Kononnya juga, kalau FELDA jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, para peserta FELDA akan mendapat kesenangan berlipat-lipat kali ganda berbanding sekarang.

Disebabkan itulah, Mazlan Aliman yang telah mendapat mandat untuk 'membela' masyarakat FELDA daripada kepimpinan utama Pakatan Rakyat, siang malam memikirkan cara untuk mendapatkan pengaruh dan undi daripada masyarakat FELDA.

Kedah memiliki beberapa buah FELDA termasuklah FELDA Lubuk Merbau yang cukup terkenal menjadi sarang PAS dan FELDA Gunung Bongsu yang terletak paling ke selatan negeri ini.

Idea asal penubuhan FELDA adalah untuk membasmi kemiskinan. Ribuan hektar tanah telah digunakan untuk tujuan tersebut. Dan sehingga ke hari ini, tujuan penubuhan FELDA nampaknya telah mencapai sasaran dengan kemiskinan tegar di kalangan para peserta telah berjaya dihapuskan sama sekali.
Para peserta FELDA bolehlah dikatakan, jauh lebih berjaya berbanding apa yang mereka idamkan dan bayangkan sebelum menyertai program berkenaan.

Kisah tentang kesukaran para peneroka pada mula-mula masuk tanah rancangan, sudah banyak diulas. Bahkan saksi-saksi hidup pun, masih ramai yang mampu menceritakan bagaimana mereka datang sehelai sepinggang dan tidak menjangkakan, rumah kayu yang dibina oleh FELDA akhirnya akan bertukar menjadi rumah batu seperti sekarang. Sama ada peserta FELDA tersebut merupakan penyokong tegar PAS, mahupun penyokong UMNO, masing-masing mendapat manfaat yang bukan sedikit daripada program FELDA yang telah diperakui di seluruh dunia sebagai sebuah program yang cukup berjaya membasmi kemiskinan di kalangan golongan marhein.

Pun begitu, masih ramai yang tidak dapat memasuki program tersebut memandangkan modal utamanya adalah tanah. Daripada jutaan rakyat Malaysia, tidak sampai 10 peratus yang layak menjadi peserta dalam program TANAH RANCANGAN PERSEKUTUAN atau lebih dikenali sebagai FELDA. Mereka ini adalah golongan yang paling beruntung dan paling bertuah di Malaysia, memandangkan 'secara buta-buta' mereka telah dianugerahkan tanah dan rumah selain tapak rumah serta kemudahan-kemudahan lain berbanding rakyat Malaysia teramai.

Namun segelintir daripada mereka, tidak mensyukuri apa yang telah mereka terima. Mereka masih lagi melihat, kononnya nasib mereka masih belum berubah, bahkan sepatutnya mereka mendapat lebih banyak keuntungan daripada FELDA. Dan menariknya, golongan peneroka FELDA inilah yang paling banyak berhadapan dengan pelbagai masalah memandangkan mereka hanya menunggu bulan jatuh ke riba.
Inilah golongan yang seringkali membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim dan Mazlan Aliman menyimpan mimpi-mimpi besar. Dengan membuat tohmahan dan fitnah kononnya, FELDA menghirup darah para peneroka dan menjadikan mereka sebagai abdi, para pemimpin Pakatan Rakyat cuba mengembalikan semula kemiskinan dan kesusahan hidup yang pernah dialami oleh para peneroka dan peserta tanah rancangan tersebut.


Anehnya, Pakatan Rakyat terutama sekali PAS mempunyai skim yang hampir serupa dengan FELDA yang diberi nama sebagai LADANG RAKYAT. Namun berbeza dengan FELDA, LADANG RAKYAT begitu jelas merupakan program untuk mengayakan para pemimpin PAS serta kroni-kroni mereka menerusi pembalakan tiada kawalan selain benar-benar menghirup darah para pesertanya.

Itu yang berlaku di Kelantan. TIDAK ADA SEORANG PUN PESERTA LADANG RAKYAT yang telah berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan. Sebaliknya, lebih ramai peserta LADANG RAKYAT yang melopong dan buntang biji mata apabila tanah yang sekian lama mereka usahakan dan kerjakan, dirampas begitu sahaja dengan hampir kesemua hasil dari tanah tersebut berpindah tangan kepada kroni-kroni yang telah MENGELUARKAN BELANJA BESAR untuk melobi para pemimpin PAS khususnya yang memegang jawatan utama di peringkat negeri.

Kedah juga sedang berlaku fenomena yang sama. Tanah-tanah gunung, bukit dan segala hutan telah dicerahkan dan ditebang untuk mengeluarkan hasil balak. Apabila ditanya, para pemimpin utama PAS Kedah memberitahu, kononnya projek tersebut dikerjakan untuk LADANG RAKYAT. Dengan kegagalan dan terbukti jelas, LADANG RAKYAT hanyalah merupakan topengan kepada kejahatan para pemimpin PAS Kelantan, PAS Kedah cuba mengulanginya bagi tujuan tipu perdaya dan pembohongan.

Mazlan Aliman dan ANAK seharusnya membuka mata lebih lebar dengan membandingkan nasib para peserta FELDA dengan LADANG RAKYAT. Seharusnya bukan FELDA yang menjadi sasaran Mazlan Aliman dan ANAK, sebaliknya LADANG RAKYAT yang sudah terang lagi terbukti, menipu dan menjadikan para pesertanya sebagai hamba abdi yang disuruh berlakon kenyang dengan mimpi-mimpi serta janji-janji manis.

Bukti apa yang ada pada LADANG RAKYAT untuk menunjukkan program PAS itu lebih berjaya berbanding FELDA sehingga tidak perlu disentuh, diperkatakan dan didedahkan?


http://kedahan69ers.com/mazlan-aliman-dan-anak-seharusnya-berjuang-bela-peserta-ladang-rakyat/#more-5840

Thursday, December 27, 2012

GAMBAR INI BUATKAN PENYOKONG PAS BOLEH PENGSAN DAN MERACAU MACAM ORANG GILA




Sebelum ini, penganut-penganut PAS selalu mnghentam UMNO dan BN kononnya pemimpin-pemimpin UMNO tidak boleh menjadi imam. Bersempena lawatan TPM ke Sekolah Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Yan, Kedah, Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengimamkan solat Maghrib di surau Pondok Pak Ya yang merupakan sebuah sekolah pondok yang sangat terkenal di bumi Kedah kerana banyak melahirkan para ilmuan Islam.
Lebih menarik lagi, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah iaitu Datuk Hj Mohd Muslim b. Othman (no 1) serta mantan Ketua Pemuda Pas Kedah yang kini menjadi Setiausaha Lembaga Tadbir Pondok Pak Ya iaitu Ustaz Najib Fahmi b. Yahya serta para Pengetua Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz di seluruh Kedah dan pelajar-pelajar Pondok Pak Ya turut mnjadi makmum. Jadi kepada penganut-penganut PAS sekalian,
"Maaf la noo...bukannya nak riak tapi gambar ini dikeluarkan bagi menangkis tohmahan kalian yang selalu memfitnah kononnya para pemimpin UMNO tidak boleh menjadi imam solat..."
 
WE LEAD.....
Kredit kepada http://mymassa.blogspot.com

Wednesday, December 26, 2012

FRASA / UNGKAPAN MENARIK



PENDAHULUAN
  • Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..... 
  • Saban hari, cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang .... 
  • Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka... 
  • Pernahkah terlintas dalam gawang minda .....bahawa.... 
  •  Sebelum hal ini menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ......
PUNCA
1. Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
2.    Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya.
3.     Benarlah kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
4.  Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
LANGKAH
1. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
2. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat.
3.  Yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini.
4.     Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik, dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah dari langkah yang pertama.
REMAJA
1. Berpeganglah pada kata-kata Bapa Kemerdekaan, Presiden Indonesia yang pertama iaitu Soekarno, “Pemuda mesti bercita-cita besar, meningkat lebih tinggi dari Gunung Singgalang, lebih tinggi dari Gunung Merapi, yang lebih tinggi dari Gunung Tandikit, bahkan harus lebih tinggi dari bintang-bintang di langit, cubalah capai dengan segenap tenagamu.”.
2.  Pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara.
3.  Remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang / belum keras ubun-ubunnya / masih hijau masih tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca / batu kelikir.
4.  Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
5.  Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan.
6.  Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Soekarno, Presiden Indonesia pertama, “Berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia.”
7.  Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan aset yang paling berharga.
8. Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kank-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.
9.  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
KELUARGA
1.     Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya.
2.     Didikan agama yang mantap – Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
3.     Memetik kata-kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah.
4.     Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
PENUTUP
1.     Setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
2.     Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah....
3.     ta tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali diri.
4.     Bertindaklah secara glokal dan berfikirlah secara global.
5.   Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang....

Thursday, December 20, 2012

AKU BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI ANAK PENEROKA FELDA

 

Setiap 7hb Julai seluruh warga Felda akan menyambut dan mengingatinya sebagai hari peneroka.Ini adalah satu pengiktirafan pada seluruh warga Felda yang dulunya dianggap sebagai golongan bawahan atau low class kerana tinggal di kawasan pedalaman yang dikelilingi hutan dan rimba.


Sebelum tertubuhnya Felda kaum Melayu ketika itu majoritinya tinggal di kawasan kampung sementara kaum Cina mendominasi kawasan Pekan atau bandar dan kaum India pula memonopoli kawasan estet.Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan mengambil satu langkah berani dengan memohon pinjaman sebanyak rm 250 juta ketika itu daripada bank dunia semata-mata ingin membela dan menjadikan nasib bangsa melayu lebih terjamin.Pinjaman tersebut telah berjaya diselesaikan pada tahun 2000 lebih awal dari yang sepatutnya iaitu pada tahun 2013.

Kerajaan turut mengeluarkan budget tambahan menjadikan jumlah keseluruhannya pembukaan tanah rancangan Felda di Jengka mencecah kira-kira rm 347 juta.Segalanya dilakukan semata-mata ingin membantu rakyat untuk keluar dari kepompong kemiskinan.Ketika itu siapa saja orang Melayu yang ingin merubah nasib dan berminat untuk tinggal di tanah rancangan ini akan dibawa masuk tanpa mengira siapapun mereka.

Kalaulah hati manusia boleh dicabut dan dilonggokkan di atas meja pasti ketika itu mereka tahu siapa yang datang untuk menjadi pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri dan kalaulah boleh di Scan atau tertulis pada perut ibunya bahawa anak yang bakal dilahirkan oleh warga Felda itu bakal menjadi pengkhianat dan penghasut kepada bangsanya sendiri, adalah lebih baik anak tersebut dilahirkan di tempat lain tetapi Allah tidak menjadikan kita sebegitu kerana Allah kurniakan kita akal untuk berfikir dan untuk digunakan dengan sebaiknya.

Bukan kekayaan yang dikejar, bukan kemewahan yang diharapkan tetapi cukuplah sekadar hidup yang lebih terjamin dan disediakan rumah yang lebih selesa walau hanya satu bilik, itulah secebis harapan yang tertanam di dalam sanubari setiap dari mereka yang berhijrah ke bumi bertuah ini. Dalam ribuan yang mengharapkan sesuatu yang belum pasti menjanjikan kesenangan, terselit kelibat abah bersama ibuku sebagai pasangan yang bakal bergelar warga Felda.

Kawasan rumah yang dipenuhi semak samun ditebas satu persatu hingga menjadikan persekitaran tempat tinggal kami mula bersih.Dalam serba kepayahan ibuku tetap sabar melayan kerenahku yang sentiasa mahu didukung sementara abah bertungkus lumus mengerah kudrat yang ada demi ingin melihat kami hidup selesa.Pokok buah-buahan ditanam disekeliling rumah untuk dimakan oleh kami sekeluarga serta dikongsi bersama jiran yang lain.Walau tiada bekalan elektrik, pelita minyak tanah sudah memadai untuk menerangi kegelapan malam dan seterusnya kami beralih pada lampu 'gasoline' yang lebih terang.

Apabila set 'generator' diperkenalkan barulah kami mengenali rupa sebuah televisyen meskipun tiada warna itupun hanya mereka yang mampu sahaja yang memilikinya.Bekalan utama air adalah dari perigi yang digali sendiri dibelakang rumah atau sumber dari air sungai yang terdekat. Mengangkut air dari perigi sejauh kira-kira 100 meter jaraknya dari rumah merupakan rutin biasa bagi kami ketika itu.Berkongsi mandi bersama jiran bukanlah sesuatu yang asing pada kami malah ia menambahkan lagi semangat kejiranan sesama kami.Namun lama kelamaan perigi ini semakin pupus dan lebih malang lagi semangat kejiranan juga semakin luntur bagaikan ikut sama tenggelam ke dalam perigi yang terkambus.

Pendapatan peneroka ketika itu tidak semewah sepertimana yang peneroka perolehi hari ini. Kantin atau kedai koperasi yang disediakan sedikit membantu apabila mereka menyediakan segala barang keperluan yang boleh diambil dahulu sebelum gaji peneroka ditolak kemudiannya.Setelah dihitung dan ditolak hutang tersebut baki yang tinggal ada kalanya hanya rm 10 tetapi kami masih mampu bertahan.Aku sebagai anak walau masih kecil tapi sudah memahami kesusahan serta keperitan hidup ketika itu.Kerana itu tiada istilah memilih pakaian berjenama atau makanan yang sedap-sedap kerana bagi kami apa saja yang ada, itulah yang kami pakai dan itulah yang kami makan walau hanya nasi bersama kuah.

Itu hanya secebis kisah dari perjalanan hidup seorang yang bergelar anak kepada peneroka Felda walau aku tidak lagi tinggal di sana.Kini warga Felda sudah jauh berubah.Rumah yang dulunya kayu yang semakin reput kini berganti dinding batu yang kukuh bersama beberapa buah bilik malah ada juga yang sudah bergelar jutawan.Jika dulu ramai yang malu untuk mengaku sebagai anak Felda tapi kini status sebagai anak Felda tidak lagi dianggap sesuatu yang memalukan.Felda bukan lagi dianggap 'low class' tetapi telah menjelma menjadi sasaran dan impian manusia yang tamak untuk merebutnya, manusia yang tidak pernah melalui detik-detik kepayahan sebagaimana yang pernah kami lalui.


Jika dahulu tiada siapa yang peduli walau duit gaji hanya berbaki rm10 tetapi ramai yang mula iri hati setelah gaji yang diperolehi kini berbaki rm3 ribu hinggah rm5 ribu.Jika dahulu tiada siapa yang ingin berjuang dan membantu kami dalam menempuh kepayahan dan keperitan hidup, kini mereka tampil kononnya untuk menjadi pejuang...berjuang atau ingin merebut peluang?.Lebih malang lagi apabila ramai yang sudah lupa untuk mengucapkan syukur Alhamdulillah walau sentiasa berjubah dan berkopiah. Beringatlah...Jangan sampai hikayat lebai malang kembali berulang...jangan sampai menang sorak tanah sejengkal tergadai.

Di zaman kanak-kanak kami semua bersatu sebagai sebuah masyarakat yang hidup bantu membantu serta bertegur sapa antara satu sama lain tapi kini setelah racun dan api kebencian mula meresap, warga Felda semakin berpecah.Tidak perlu dinafikan bahawa ramai anak-anak peneroka Felda yang berjaya dalam kehidupan mereka.Carilah di mana-mana syarikat gergasi ataupun bertaraf antarabangsa pasti kita akan terjumpa anak peneroka felda terselit di sana dengan menjawat jawatan yang tinggi atau cari saja dikalangan peniaga yang berjaya pasti ada diantara mereka yang bergelar anak peneroka Felda. Begitu juga ahli politik.

Malangnya ramai antara mereka yang bukan hanya menanam serta menyemai api kebencian malah meniup api tersebut ke seluruh pelusuk tanah Felda demi kepentingan mereka sendiri.Mereka lupa pada asal usul mereka dan mereka lupa pada orang yang pernah membantu ibu dan ayah mereka suatu ketika dahulu.Tidak dinafikan juga bahawa pasti ada segelintir pegawai yang bertugas di dalam institusi Felda yang menyeleweng dan tidak amanah dalam menjalankan tugas dan mereka ini memang patut dihukum tetapi adalah tidak wajar hanya kerana mereka seluruh warga Felda ingin dimusnahkan.

 Biar apapun niat dan tujuan kita, walau apapun fahaman kita dan walau apa saja hasrat kita,kita tetap bergelar anak peneroka Felda. Ingatlah pada keringat ibu dan ayah yang bukan sedikit tumpah di bumi bertuah ini sebelum kita mencapai apa yang kita perolehi hari ini dan jangan biarkan mereka yang tidak pernah merasai kesejukan air perigi di tanah Felda dan tidak pernah terpijak duri semalu di bumi Felda merampasnya dengan mudah hanya dengan percikan air liur.


Wednesday, December 19, 2012

Kubur Umat Islam Di Hancurkan Dapat Kebenaran Regim DAP Pulau Pinang.


Regim DAP Pulau Pinang yang kita semua tahu chauvanis ultrakiasu dan rasis hari ini sekali lagi bertindak menindas umat Islam .


Terkini kerajaan regim ini telah meluluskan agar 10-15 kubur umat Islam di Tanah Perkuburan Boundry dihancurkan demi menurut kehendak pemaju perumahan Syarikat Marvellous Land Sdn Bhd membina tembok.



Walaupun pelbagai bantahan dan rayuan pihak waris,Pihak majlis berperbandaran tidak mempedulikan sebaliknya mendapat kebenaran dan kelulusan daripada MPPP yang Ahli Majlisnya dikuasai oleh DAP.


Sebentar tadi satu bantahan sekali lagi dibuat dikawasan perkuburan itu,tidak ada seorang pun wakil daripada PAS atau PKR hadir untuk membela nasib waris tanah kubur ini.Mereka semua khabarnya menyorok dibelakang abang besar YB gengster tong gas Ng Wei Aik dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow.




Kita dapat lihat diskriminasi oleh regim DAP,mereka akan bertindak serta merta jika sebarang isu melibatkan kepentingan kaum cina. Kes yang sama berlaku awal tahun ini melibatkan tanah perkuburan cina dan anda dapat lihat bagaimana regim DAP bertindak.

56 Keluarga bantah kubur nenek moyang digali -  Mac 9 2011



Anggota keluarga kepada 56 orang yang dikebumikan di tanah perkuburan berusia 112 tahun di Batu Lanchang menuduh pihak berkuasa tidak berlaku adil kerana meluluskan kerja-kerja penggalian kubur nenek moyang mereka walaupun mendapat bantahan.

Yeoh Cheang Pew, 80, dan Yeoh Cheang Huat, 65, yang bercakap bagi pihak keturunan yang lain berkata, mereka bergegas pulang dari Teluk Intan dan Sitiawan hanya untuk merayu pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja itu.

"Kami dapat bercakap dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow untuk menangguhkan keputusan memusnahkan kubur-kubur itu,” kata Cheang Huat kepada pemberita di Georgetown, hari ini.

Beliau berkata, setiap orang di sini menentang tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan permit bagi menggali kubur nenek moyang mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju untuk meneliti perkara itu dan berjanji untuk memberi respons terhadap permintaan mereka dengan segera.
Cheang Huat berkata, ada kes mahkamah berhubung tanah itu yang masih belum selesai dan MPPP perlu menunggu agar kes itu diselesaikan sebelum membenarkan kubur itu dimusnahkan.
Difahamkan kawasan yang mengandungi tanah perkuburan itu telah dijual oleh salah seorang keturunan itu kepada pihak ketiga dengan harga RM470,000. Ia kemudiannya dijual kepada pihak keempat dengan harga lebih RM23 juta. Pemilik sekarang ialah pemaju, Jiran Bina Sdn Bhd.

NONESementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kiri) berkata kes mahkamah yang belum selesai itu yang didakwa oleh keturunan berkenaan tidak berkaitan dengan kerja-kerja penggalian kubur itu.

"Pemaju sebagai pemilik tanah boleh memohon kebenaran jika mereka memenuhi prosedur dan MPPP boleh meluluskannya,” katanya ketika dihubungi.

Ng juga mendakwa kerajaan negeri telah mengatur satu pertemuan dengan semua keturunan berkaitan pada Disember tahun lepas tetapi tiada seorang yang hadir.

Terdapat lebih daripada 50 perkuburan di Lorong Batu Lanchang termasuk perkuburan Tan Hup Chui, pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, dan Lim Ko Seng, seorang dermawan terkenal.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sejarah Pulau Pinang semasa zaman kejayaan mereka.

Selain keluarga Tan dan Lim, keluarga lain yang dikebumikan di situ termasuk Kam, Yeoh, Chuah, Koay, Teoh, Goh, Yap dan Ong.

Dilaporkan kerja-kerja penggalian tanah perkuburan itu dijalankan bagi memberi jalan kepada projek pembinaan rumah bernilai RM300juta.

Pembangunan tanah itu dijangka dimulakan tahun depan. Projek itu mengandungi 91 rumah teres, 299 apartmen dan 234 unit kos sederhana rendah.- Bernama

Sumber:- 
PISAU.NET

Tuesday, December 18, 2012

Kes Sg Petani Bukan Pergaduhan 'KAUM'...

Gempar apabila khabar angin malam tadi begitu meluas sehingga isu kecil boleh dibesar-besarkan... Itulah dia kuasa media baru, orang KL boleh tahu apa kejadian yang berlaku di Sg petani dengan begitu pantas...

Cerita asalnya, kononnya pergaduhan antara kaum melibatkan Orang Melayu dan India... Mengerikan lagi ada pihak yang telah POST gambar-gambar yang kononnya dikaitkan dengan pergaduhan besar malam tadi... saya terus menguhubungi rakan yang berada di Sg Petani untuk mendapatkan kepastian... Namun, beliau menyatakan keadaan masih terkawal dan tiada apa-apa keadaan kritikal yang berlaku...
Lewat malam tadi, dimaklumkan kes yang berlaku hanyalah perkara yang melibatkan kecurian motor, naumun ianya telah dijadikan bahan cerita kononnya pergaduhan kaum...
Walau bagaimanapun, ianya nampak secara jelas bahawa hubungan antara kaum juga akan terus menjadi isu penting untuk dijaga terutamanya bila melibatkan kehidpuan perlbagai kaum di negara ini...
bersama-sama ini dilampirkan kenyataan daripada PDRM...

UNTUNGNYA JADI ANAK PENEROKA FELDA


Agak kontradiks dengan apa yang diperkatakan oleh golongan penghasut FELDA bahawa entiti kerajaan itu menekan para peneroka dan kurang menjaga kebajikan mereka. Malah wujud gerakan menghasut golongan warga FELDA, khususnya generasi kedua peneroka agar menentang FELDA atas alasan keringat mereka diperah dan diinjak-injak sesuka hati oleh kerajaan.


Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan ketika menjawab soalan di Parlimen, seramai hampir 80,000 anak-anak peneroka sedang menduduki atau melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Malah hampir 1600 orang anak peneroka sedang berada di peringkat Doktor Falsafah (PhD).


Sememangnya warga peneroka menikmati keistimewaan yang tidak dimiliki oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain. Mereka bukan sahaja dibantu dalam serba-serbi, malah anak-anak mereka turut menikmati keistimewaan terutama dalam hal melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi dengan bersandarkan kepada FELDA.

Inisiatif dan insentif yang diberikan oleh FELDA, terutama kemudahan pinjaman sebenarnya banyak membantu golongan ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi peningkatan modal insan.

Namun, di sebalik segala kemudahan dan keistimewaan tersebut, wujud perasaan tamak dan serakah yang keterlaluan apabila tangan yang memberi, digigit kembali. Ramai anak FELDA yang telah menerima keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh FELDA hasil 'pengorbanan' rakyat Malaysia yang lain, cuba berlagak pandai dengan menghasut warga FELDA agar tidak berpuas hati menerusi hasutan dan adu domba.



Felda Gunung Besout 3

Sekalipun, hanya segelintir warga FELDA yang bersikap sedemikian rupa, namun masyarakat di luar FELDA memerhatikan dengan teliti perangai golongan yang menikmati segala kemudahan dan keistimewaan serta perhatian istimewa kerajaan ini. Dek kerana segelintir yang berperangai seperti MAZLAN ALIMIN, warga FELDA dicop sebagai TIDAK MENGENANG BUDI dan LUPA DARATAN.

Tuntutan yang dibuat oleh gerombolan penghasut yang diketuati oleh MAZLAN ALIMIN agar generasi kedua diberikan tanah seperti yang dinikmati oleh generasi pertama FELDA, dilihat SANGAT KETERLALUAN dan tidak mengukur baju di badan sendiri. Sepatutnya, setelah mereka berjaya membentuk dan memantapkan ekonomi menerusi pegangan ke atas tanah yang lebih tepat dihadiahkan kepada mereka, generasi kedua FELDA sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mengharapkan sebarang bantuan daripada kerajaan lagi.

Atau dengan kata lain, memberikan peluang kepada golongan yang tidak pernah berpeluang untuk menyertai Skim Tanah Rancangan FELDA agar turut merasai nikmat sebagaimana yang telah mereka nikmati. Tidak seharusnya wujud perangai SERAKAH dan HALOBA seperti yang ingin disuburkan oleh MAZLAN ALIMAN serta golongan pembangkai dalam PKR yang bergerak atas dana khas bagi mendapatkan sokongan warga FELDA dalam pilihanraya akan datang.




Sekalipun ada cacat-cela di dalam pengurusan FELDA, setidak-tidaknya golongan yang tidak berpuas hati itu, bersyukur dengan keistimewaan yang mereka nikmati tetapi tidak dirasai oleh golongan lain yang adakalanya jauh lebih berhak berbanding mereka.

Jauh daripada tanggapan mereka bahawa mereka adalah ABDI kepada FELDA yang memeras keringat mereka tanpa belas kasihan, mereka perlu juga ingat, MAK BAPAK dan TOK NENEK sendiri pun tidak mewariskan tanah seluas 12 ekar kepada mereka hanya dengan mengisi borang dan usung tilam bantal.


Durian Runtuh Di Felda Besout 3

Pun begitu, lebih ramai warga FELDA yang tahu diri dan mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan Allah Taala dengan menjadikan mereka sebagai GOLONGAN TERPILIH untuk memperolehi tanah, ladang, rumah dan masa hadapan yang lebih cerah. Kecuali buat golongan pemalas, yang hanya berdoa tetapi tidak berusaha, yang sibuk tepuk meja di kedai kopi berbanding mengusung cangkul, sabit dan parang untuk ke kebun serta sibuk menuntut itu ini, golongan yang ringan tulang, tidak banyak cakap dan tahu bersyukur, jauh lebih senang dan dipermudahkan urusan mereka dalam hal-hal keduniaan dan akhirat.

Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik


Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:

1. Mentaliti
  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain dating kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2. Kemasyarakatan
  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3. Moraliti
  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilah, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.
Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:
  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaannya, pemimpin yang baik jarang berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.
Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.
Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandanghanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa formal melalui jawatan dan penerimaan orang-orang bawahan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan.


Monday, December 17, 2012

AIRMATA TABUNG MEMALI! BENARKAH YUSOF HUSSIN MEROGOL BALU-BALU MEMALI?



Dari seorang bekas kerani sekolah yang tidak berpelajaran tinggi, Yusuf Hussin sekarang ini bergelar Senator. Dari seorang yang berbelit-belit pembohongnya dengan harta yang tidak seberapa, TRAGEDI MEMALI 1985 telah membuatkan Yusuf Hussin menjadi antara orang terkaya di Daerah Baling. Sikap pembohongnya, putar belitnya dan menghisap darah selain mencabuli kedaifan dan kenaifan sebahagian besar penduduk Baling, terutama sekali di Memali.

Siapa Mohamad Yusof Hussin?

Dia adalah seorang Senator Dewan Rakyat. Dia juga adalah orang yang paling berkuasa di Baling dan boleh diletakkan dalam kategori 'TIDAK BOLEH DISENTUH'. Orang ini juga pembesar PAS terpenting di Daerah Baling. Pelbagai jawatan disandangnya. Namun orang yang sama jugalah, yang telah dimetaforakan dengan pelbagai ciri-ciri heroism, termasuklah kononnya telah menyelamatkan salah seorang pegawai polis yang sekarang ini menjawat jawatan penting dalam PAS Kedah pada hari kejadian Tragedi Berdarah Memali 1985.

TABUNG DERMA MEMALI adalah perkara yang paling sinonim dengan Yusuf Hussin. Terdapat banyak dakwaan pecah amanah, penyelewengan dan rompakan terhadap tabung yang telah digerakkan oleh PAS secara menyeluruh di seluruh Malaysia dan merupakan antara TABUNG DERMA YANG PALING BANYAK mengutip duit rakyat Malaysia, khususnya penyokong kuat PAS.

Ketika dipersoalkan tentang tabung berkenaan dan isi kandungannya yang telah ghaib begitu sahaja, Yusuf Hussin berselindung di belakang beberapa orang pemimpin PAS Pusat, termasuklah bekas Presiden PAS, Fadhil Nor yang telah meninggal dunia bertahun-tahun lalu. Yusuf Hussin telah diarahkan agar menutup mulut dan tidak bercakap langsung tentang TABUNG DERMA MEMALI padahal, dialah orang yang paling berkuasa dalam tabung berkenaan.

Dan yang paling aneh ialah apabila Hasan Abdul Razak, YDP PAS Kulim-Bandar Bharu turut bercakap tentang tabung berkenaan dengan menyatakan kononnya, audit telah dibuat dan tiada sebarang kesalahan, penyelewengan atau penyonglapan dilakukan dalam semua urusan keluar masuk wang tabung berkenaan.

Hanya kerana SPRM tidak bertindak, PAS Kedah, terutama sekali PAS Baling dan Kulim-Bandar Bharu mendabik dada kononnya mereka telah dibuktikan tidak bersalah.

Benarkah dakwaan puak-puak ini? Atau sebenarnya mereka sedang ketakutan yang amat sangat sekiranya, siasatan dibuat secara intensif oleh SPRM dari Putrajaya tanpa penglibatan beberapa orang pegawai tinggi SPRM yang diketahui mempunyai hubungan yang amat kuat dengan kepimpinan PAS Pusat dan PAS Kedah?

Bagaimana Hasan Abdul Razak boleh menyatakan bahawa urusan keluar masuk wang tabung berkenaan telus dan tidak mempunyai sebarang penyelewengan, sedangkan berpuluh malah beratus juta ringgit yang sepatutnya diserahkan kepada BALU-BALU, ANAK-ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak sampai ke tangan sepatutnya? Bahkan tabung berkenaan secara 'tiba-tiba' dan 'penuh misteri' menjadi kosong.

Berapa banyakkah wang daripada puluhan juta ringgit tersebut telah diserahkan kepada balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga mereka yang terbabit dalam Tragedi Memali 1985? Apa yang telah diaudit dan disahkan oleh PAS Kedah dan PAS Pusat berhubung perkara ini?

Terdapat banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Yusuf Hussin yang pada hari kejadian, 'hilang ghaib' entah ke mana tetapi tiba-tiba sahaja terpaksa menggunakan Tengku Muzaffar untuk menjadi alibinya konon, dia ada di Memali pada hari kejadian dan menenangkan kemarahan ratusan penduduk Kampung Memali. Walhal rekod dan saksi pula menyatakan sebaliknya?

Yusuf Hussin yang kelihatan sangat lantang di Dewan Negara dan seringkali diberikan publisiti oleh media-media pro-Pakatan Rakyat, seharusnya tampil untuk menjelaskan, mengapa daripada puluhan kalau tidak pun ratusan juta ringgit wang Tabung Derma Memali, tidak SATU SEN PUN YANG SAMPAI ke tangan BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka yang telah dipergunakan sebagai umpan dan modal untuk mengumpul derma di seluruh negara dari tahun 1986 sehingga tahun 2000?

Isu Memali dan Tabung Derma yang dilabelkan sebagai Tabung Jihad, bukan perkara usang yang perlu dilupakan, sebaliknya ia adalah permulaan kepada pendedahan tentang bagaimana para pemimpin PAS melakukan penipuan dengan berselindung di sebalik jubah, janggut dan serban. Yusuf Hussin adalah watak utama dalam 'ceritera' ini dan orang itu jugalah yang perlu terus didesak untuk memberitahu mengapa daripada ratusan juta ringgit yang telah dipungut, para balu yang sekarang ini hanya berjumlah 9 orang, anak-anak yatim yang sebahagian besarnya diabaikan dan ahli-ahli keluarga Tragedi Memali dipinggirkan.

PAS seringkali bercakap tentang DOSA-DOSA BESAR pemimpin UMNO. Sekarang, kita ingin tahu, adakah menggelapkan wang BALU, ANAK YATIM dan AHLI KELUARGA mereka, tidak dianggap sebagai DOSA BESAR?

Sumber: Kedahan69ers

Sunday, December 16, 2012

10 Dalil Kenapa Rajagobal Harus Berundur Sebagai Jurulatih Malaysia.




1. Selepas menjuarai Piala AFF 2010 tiada sebarang peningkatan yang telah dipamerkan oleh pasukan bimbingannya. Ranking FIFA skuad kebangsaan terus merudum lantaran seringkali tewas dalam aksi persahabatan antarabangsa. Bila di tanya mengenai ranking pasukan negara yang terus merudum, Rajagobal dengan angkuh mengatakan ranking itu tidak penting. Ini satu mentaliti yang seharusnya tidak wujud dalam pemikiran seorang jurulatih kebangsaan.
2. Meletakkan “maruah” skuad kebangsaan ditahap paling bawah dengan tidak serius menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa. Bukan tidak boleh “bereksperimen”, tetapi jangan sampai mudah dibelasah lawan atau dimalukan lawan. Sebagai contoh, sesuatu yang tidak boleh diterima apabila pasukan Malaysia sekadar seri dengan pasukan seperti Bangladesh dalam rangka persiapan sebelum Piala AFF.
3. Tidak memilih barisan pemain terbaik daripada 22 orang pemain yang dipilihnya untuk mewakili Malaysia dalam Piala AFF. Ketika skuad Malaysia tempang menghadapi lawan lantaran masalah kecederaan , dua pemain untuk kuota tengah dan serangan iaitu Fakri serta Hazwan Bakri langsung tidak digunakan semasa pertemuan getir menentang Thailand. Rajagobal sendiri kurang mempercayai pemain yang dipilihnya. Lantas timbul persoalan, jika 2 pemain ini gagal menambat hatinya, kenapa beliau tidak memanggil pemain seperti lain seperti Baddri Radzi ataupun Norfarhan Mohamad untuk menghadapi kejohanan tersebut? Kuota untuk  2 pemain ternyata telah dipersia-siakan oleh Rajagobal  
4. Kepercayaan karut yang diamalkan Rajagobal dengan menganggap jersi kuning + hitam tidak membawa tuah. Akibatnya peminat langsung tidak berpeluang untuk menyaksikan pemain negara memakai jersi tradisi Harimau Malaya di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan! Sepatutnya Rajagobal harus belajar dari Ong Kim Swee yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 bersama skuad Harimau Muda dengan warna jersi kuning + hitam  tersebut. Fakta yang harus dipelajari oleh Rajagobal ialah, pakai jersi warna apa sekalipun boleh menang asalkan mempamerkan persembahan terbaik.
5. Taktikal yang mudah dibaca lawan. Lawan di rantau Asean sudah masak dengan taktikal yang digunakan Rajagobal. Taktikal yang digunakan semasa Piala AFF 2010 hampir sama dengan apa yang disajikan dalam Piala AFF 2012. Bezanya untuk menutup kelemahan dibahagian tengah bertahan, beliau menggunakan 2 pemain diposisi tersebut, serta seorang penyerang semasa perlawanan separuh akhir menentang Thailand.
6. Ego untuk mengaku kelemahan sendiri. Jika di kritik, sudah pasti alasan pernah menjuarai Sukan SEA 2009 serta Piala AFF 2010 menjadi modalnya. Kejayaan lampau menjadikan Rajagobal semakin ego bukannya menambahkan motivasinya untuk mencipta kejayaan lebih gemilang bersama skuad kebangsaan. Benar, kejayaan tersebut adalah hasil daripada kerja kerasnya membimbing skuad kebangsaan, namun jangan jadikan ia sebagai alasan untuk terus berada di “zon selesa”. Lihat Alex Ferguson, pernahkan dia menjadikan kejayaan lampau untuk dijadikan alas an menutup kelemahan pasukannya?
7. Sebagai jurulatih, Rajagobal turut gagal memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan. Kelemahan yang wujud semasa perlawanan persahabatan gagal di perbaiki menjelang kejohanan sebenar. Rentetan kekalahan semasa perlawanan persahabatan sepatutnya diambil serius punca kegagalan untuk diperbetulkan, malangnya ia tidak berlaku.
8. Dalam kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia telah di undi dalam Kumpulan D bersama 3 pasukan dari timur tengah Qatar, Bahrain dan Yemen. Benar Rajagobal menjadikan kelayakan Piala Asia sebagai misi utamanya. Tetapi persiapan kearah itu dilihat agak pincang. Tiadanya perlawanan persahabatan dari pasukan negara rantau tersebut. Dengan semua pasukan lawan dalam perlawanan persahabatan adalah dari negara di rantau Asean selain Hong Kong, India dan Bangladesh, ia lebih dilihat sebagai persiapan menghadapi Piala AFF dan bukannya kelayakan Piala Asia. Jika persiapan satu tahun lebih untuk menghadapi Piala AFF telah gagal mempertahankan kejuaraan, adakah dengan persiapan kurang 2 bulan Rajagobal mampu membawa Malaysia  layak ke Piala Asia?
9. Majoriti penyokong bolasepak Malaysia mahukan agar Rajagobal digantikan dengan jurulatih yang lebih cemerlang agar mutu bolasepak negara terus berkembang dan tidak hanya  statik ataupun terus merudum. Bukan tidak menghargai jasa beliau, cuma untuk lebih berjaya satu pendekatan baru harus digunakan demi kemajuan bolasepak negara.
10. Untuk alasan yang ke-10, biarlah anda sebagai penyokong bolasepak Malaysia yang menyatakan kenapa Rajagobal perlu berundur sebagai jurulatih Malaysia. Nyatakan pendirian anda diruangan komen blog ini.
 
 
 http://bolasepakm.blogspot.com/2012/12/10-dalil-kenapa-rajagobal-harus.html

Tuesday, July 10, 2012

Tuesday, June 26, 2012

ANWAR IBRAHIM Nak Tarik Siapa Lagi Dalam Skandal RM3 Bilion?




DALAM banyak-banyak ‘peluru’ ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar.  Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai  akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.
 
Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut.  Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.
 
Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic, turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh.  Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza.. 
Seperti biasa bila tersepit, Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau ‘berkongsi’ kesalahan tersebut kepada pihak lain, terutama sekali musuhnya dunia akhirat, UMNO.
 
Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang penulis terima, mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini.  Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.
 
Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua), Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga), Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan)  dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).
 
Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri.  
 
Tapi mengenali Anwar, tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya.  Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban.  Mula-mula adalah yang marah, mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya, supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.
 
Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.
 
Dalam masa yang sama, agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.
 
Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang.  Tanpa sedar, ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.
 
Semoga Allah SWT merestui kita semua.