Sunday, December 30, 2012

MAZLAN ALIMAN dan ANAK Seharusnya Berjuang Bela Peserta LADANG RAKYAT!


MAZLAN ALIMAN 1
Kononnya, FELDA sekarang tidak cukup menjaga kebajikan para peserta tanah rancangan persekutuan itu. Kononnya juga, kalau FELDA jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, para peserta FELDA akan mendapat kesenangan berlipat-lipat kali ganda berbanding sekarang.

Disebabkan itulah, Mazlan Aliman yang telah mendapat mandat untuk 'membela' masyarakat FELDA daripada kepimpinan utama Pakatan Rakyat, siang malam memikirkan cara untuk mendapatkan pengaruh dan undi daripada masyarakat FELDA.

Kedah memiliki beberapa buah FELDA termasuklah FELDA Lubuk Merbau yang cukup terkenal menjadi sarang PAS dan FELDA Gunung Bongsu yang terletak paling ke selatan negeri ini.

Idea asal penubuhan FELDA adalah untuk membasmi kemiskinan. Ribuan hektar tanah telah digunakan untuk tujuan tersebut. Dan sehingga ke hari ini, tujuan penubuhan FELDA nampaknya telah mencapai sasaran dengan kemiskinan tegar di kalangan para peserta telah berjaya dihapuskan sama sekali.
Para peserta FELDA bolehlah dikatakan, jauh lebih berjaya berbanding apa yang mereka idamkan dan bayangkan sebelum menyertai program berkenaan.

Kisah tentang kesukaran para peneroka pada mula-mula masuk tanah rancangan, sudah banyak diulas. Bahkan saksi-saksi hidup pun, masih ramai yang mampu menceritakan bagaimana mereka datang sehelai sepinggang dan tidak menjangkakan, rumah kayu yang dibina oleh FELDA akhirnya akan bertukar menjadi rumah batu seperti sekarang. Sama ada peserta FELDA tersebut merupakan penyokong tegar PAS, mahupun penyokong UMNO, masing-masing mendapat manfaat yang bukan sedikit daripada program FELDA yang telah diperakui di seluruh dunia sebagai sebuah program yang cukup berjaya membasmi kemiskinan di kalangan golongan marhein.

Pun begitu, masih ramai yang tidak dapat memasuki program tersebut memandangkan modal utamanya adalah tanah. Daripada jutaan rakyat Malaysia, tidak sampai 10 peratus yang layak menjadi peserta dalam program TANAH RANCANGAN PERSEKUTUAN atau lebih dikenali sebagai FELDA. Mereka ini adalah golongan yang paling beruntung dan paling bertuah di Malaysia, memandangkan 'secara buta-buta' mereka telah dianugerahkan tanah dan rumah selain tapak rumah serta kemudahan-kemudahan lain berbanding rakyat Malaysia teramai.

Namun segelintir daripada mereka, tidak mensyukuri apa yang telah mereka terima. Mereka masih lagi melihat, kononnya nasib mereka masih belum berubah, bahkan sepatutnya mereka mendapat lebih banyak keuntungan daripada FELDA. Dan menariknya, golongan peneroka FELDA inilah yang paling banyak berhadapan dengan pelbagai masalah memandangkan mereka hanya menunggu bulan jatuh ke riba.
Inilah golongan yang seringkali membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim dan Mazlan Aliman menyimpan mimpi-mimpi besar. Dengan membuat tohmahan dan fitnah kononnya, FELDA menghirup darah para peneroka dan menjadikan mereka sebagai abdi, para pemimpin Pakatan Rakyat cuba mengembalikan semula kemiskinan dan kesusahan hidup yang pernah dialami oleh para peneroka dan peserta tanah rancangan tersebut.


Anehnya, Pakatan Rakyat terutama sekali PAS mempunyai skim yang hampir serupa dengan FELDA yang diberi nama sebagai LADANG RAKYAT. Namun berbeza dengan FELDA, LADANG RAKYAT begitu jelas merupakan program untuk mengayakan para pemimpin PAS serta kroni-kroni mereka menerusi pembalakan tiada kawalan selain benar-benar menghirup darah para pesertanya.

Itu yang berlaku di Kelantan. TIDAK ADA SEORANG PUN PESERTA LADANG RAKYAT yang telah berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan. Sebaliknya, lebih ramai peserta LADANG RAKYAT yang melopong dan buntang biji mata apabila tanah yang sekian lama mereka usahakan dan kerjakan, dirampas begitu sahaja dengan hampir kesemua hasil dari tanah tersebut berpindah tangan kepada kroni-kroni yang telah MENGELUARKAN BELANJA BESAR untuk melobi para pemimpin PAS khususnya yang memegang jawatan utama di peringkat negeri.

Kedah juga sedang berlaku fenomena yang sama. Tanah-tanah gunung, bukit dan segala hutan telah dicerahkan dan ditebang untuk mengeluarkan hasil balak. Apabila ditanya, para pemimpin utama PAS Kedah memberitahu, kononnya projek tersebut dikerjakan untuk LADANG RAKYAT. Dengan kegagalan dan terbukti jelas, LADANG RAKYAT hanyalah merupakan topengan kepada kejahatan para pemimpin PAS Kelantan, PAS Kedah cuba mengulanginya bagi tujuan tipu perdaya dan pembohongan.

Mazlan Aliman dan ANAK seharusnya membuka mata lebih lebar dengan membandingkan nasib para peserta FELDA dengan LADANG RAKYAT. Seharusnya bukan FELDA yang menjadi sasaran Mazlan Aliman dan ANAK, sebaliknya LADANG RAKYAT yang sudah terang lagi terbukti, menipu dan menjadikan para pesertanya sebagai hamba abdi yang disuruh berlakon kenyang dengan mimpi-mimpi serta janji-janji manis.

Bukti apa yang ada pada LADANG RAKYAT untuk menunjukkan program PAS itu lebih berjaya berbanding FELDA sehingga tidak perlu disentuh, diperkatakan dan didedahkan?


http://kedahan69ers.com/mazlan-aliman-dan-anak-seharusnya-berjuang-bela-peserta-ladang-rakyat/#more-5840

No comments:

Post a Comment