1. Selepas menjuarai Piala AFF 2010
tiada sebarang peningkatan yang telah dipamerkan oleh pasukan
bimbingannya. Ranking FIFA skuad kebangsaan terus merudum lantaran
seringkali tewas dalam aksi persahabatan antarabangsa. Bila di tanya
mengenai ranking pasukan negara yang terus merudum, Rajagobal dengan
angkuh mengatakan ranking itu tidak penting. Ini satu mentaliti yang
seharusnya tidak wujud dalam pemikiran seorang jurulatih kebangsaan.
2. Meletakkan “maruah” skuad
kebangsaan ditahap paling bawah dengan tidak serius menghadapi
perlawanan persahabatan antarabangsa. Bukan tidak boleh “bereksperimen”,
tetapi jangan sampai mudah dibelasah lawan atau dimalukan lawan.
Sebagai contoh, sesuatu yang tidak boleh diterima apabila pasukan
Malaysia sekadar seri dengan pasukan seperti Bangladesh dalam rangka
persiapan sebelum Piala AFF.
3. Tidak memilih barisan pemain
terbaik daripada 22 orang pemain yang dipilihnya untuk mewakili Malaysia
dalam Piala AFF. Ketika skuad Malaysia tempang menghadapi lawan
lantaran masalah kecederaan , dua pemain untuk kuota tengah dan serangan
iaitu Fakri serta Hazwan Bakri langsung tidak digunakan semasa
pertemuan getir menentang Thailand. Rajagobal sendiri kurang mempercayai
pemain yang dipilihnya. Lantas timbul persoalan, jika 2 pemain ini
gagal menambat hatinya, kenapa beliau tidak memanggil pemain seperti
lain seperti Baddri Radzi ataupun Norfarhan Mohamad untuk menghadapi
kejohanan tersebut? Kuota untuk 2 pemain ternyata telah dipersia-siakan oleh Rajagobal
4. Kepercayaan karut yang diamalkan
Rajagobal dengan menganggap jersi kuning + hitam tidak membawa tuah.
Akibatnya peminat langsung tidak berpeluang untuk menyaksikan pemain
negara memakai jersi tradisi Harimau Malaya di gelanggang sendiri
mahupun di gelanggang lawan! Sepatutnya Rajagobal harus belajar dari Ong
Kim Swee yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 bersama
skuad Harimau Muda dengan warna jersi kuning + hitam tersebut.
Fakta yang harus dipelajari oleh Rajagobal ialah, pakai jersi warna apa
sekalipun boleh menang asalkan mempamerkan persembahan terbaik.
5. Taktikal yang mudah dibaca lawan.
Lawan di rantau Asean sudah masak dengan taktikal yang digunakan
Rajagobal. Taktikal yang digunakan semasa Piala AFF 2010 hampir sama
dengan apa yang disajikan dalam Piala AFF 2012. Bezanya untuk menutup
kelemahan dibahagian tengah bertahan, beliau menggunakan 2 pemain
diposisi tersebut, serta seorang penyerang semasa perlawanan separuh
akhir menentang Thailand.
6. Ego untuk mengaku kelemahan
sendiri. Jika di kritik, sudah pasti alasan pernah menjuarai Sukan SEA
2009 serta Piala AFF 2010 menjadi modalnya. Kejayaan lampau menjadikan
Rajagobal semakin ego bukannya menambahkan motivasinya untuk mencipta
kejayaan lebih gemilang bersama skuad kebangsaan. Benar, kejayaan
tersebut adalah hasil daripada kerja kerasnya membimbing skuad
kebangsaan, namun jangan jadikan ia sebagai alasan untuk terus berada di
“zon selesa”. Lihat Alex Ferguson, pernahkan dia menjadikan kejayaan
lampau untuk dijadikan alas an menutup kelemahan pasukannya?
7. Sebagai jurulatih, Rajagobal
turut gagal memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan. Kelemahan yang
wujud semasa perlawanan persahabatan gagal di perbaiki menjelang
kejohanan sebenar. Rentetan kekalahan semasa perlawanan persahabatan
sepatutnya diambil serius punca kegagalan untuk diperbetulkan, malangnya
ia tidak berlaku.
8. Dalam kelayakan Piala Asia 2015,
Malaysia telah di undi dalam Kumpulan D bersama 3 pasukan dari timur
tengah Qatar, Bahrain dan Yemen. Benar Rajagobal menjadikan kelayakan
Piala Asia sebagai misi utamanya. Tetapi persiapan kearah itu dilihat
agak pincang. Tiadanya perlawanan persahabatan dari pasukan negara
rantau tersebut. Dengan semua pasukan lawan dalam perlawanan
persahabatan adalah dari negara di rantau Asean selain Hong Kong, India
dan Bangladesh, ia lebih dilihat sebagai persiapan menghadapi Piala AFF
dan bukannya kelayakan Piala Asia. Jika persiapan satu tahun lebih untuk
menghadapi Piala AFF telah gagal mempertahankan kejuaraan, adakah
dengan persiapan kurang 2 bulan Rajagobal mampu membawa Malaysia layak ke Piala Asia?
9. Majoriti penyokong bolasepak
Malaysia mahukan agar Rajagobal digantikan dengan jurulatih yang lebih
cemerlang agar mutu bolasepak negara terus berkembang dan tidak hanya statik
ataupun terus merudum. Bukan tidak menghargai jasa beliau, cuma untuk
lebih berjaya satu pendekatan baru harus digunakan demi kemajuan
bolasepak negara.
10. Untuk alasan yang ke-10, biarlah
anda sebagai penyokong bolasepak Malaysia yang menyatakan kenapa
Rajagobal perlu berundur sebagai jurulatih Malaysia. Nyatakan pendirian
anda diruangan komen blog ini.
http://bolasepakm.blogspot.com/2012/12/10-dalil-kenapa-rajagobal-harus.html
No comments:
Post a Comment