Yang ni tak bising pulak ye?
Kecoh betul mengenai isu alunan bacaan Al-Quran melalui pembesar suara yang sering kedengaran sebelum laungan azan berkumandang. Bermula di Pulau Pinang, pekeliling dari Pejabat Mufti negeri itu jelas mencetus kontroversi baru dalam ijtihad hukum hakam Islam, khususnya di Malaysia. Mufti Pulau Pinang melarang bacaan Al-Quran melalui pembesar suara di masjid-masjid negeri itu. Itu fatwa terbarunya.Mufti Pulau Pinang bertindak begitu dengan memberikan alasan “mengganggu”. Maksudnya adalah seperti mengganggu jemaah lain untuk bersolat dan melakukan ibadah-ibadah lain yang lebih penting berbanding bacaan Al-Quran. Mungkin ia mengganggu tidur penganut agama lain, khususnya ketika menjelang subuh hari. Itu rasional yang diberikan.
Kemudian, fatwa tersebut disambut pula oleh bekas Mufti Perlis yang “gila glamour”, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin. Menurut ulama muda ini, fatwa tersebut adalah sebagaimana “arahan Rasulullah” dan menjaga keharmonian agama di negara berbilang majmuk seperti Malaysia dan Madinah Al-Munawwarah. Fatwa tersebut turut dipersetujui oleh pengganti Dr. Asri di Perlis, Sahibus Samahah, Dr. Juanda. Beliau sependapat dengan Dr. Asri. Dan kesempatan ini turut diambil oleh Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat. Namun, kenyataan Nik Aziz lebih hebat “maqam”nya. Nik Aziz mendakwa bacaan Al-Quran itu “bising” dan “mengganggu” orang lain.
Baiklah. Mungkin ilmu agama saya kurang dan tidak mendalam sebagaimana para Mufti-Mufti yang hebat-hebat belaka itu. Maklumlah, mereka itu semua lulusan Timur Tengah dan kelulusan mereka diiktiraf dunia dan para “scholars”. Saya mungkin mengaji sampai darjah 3 sahaja… Bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada Mufti-Mufti tersebut. Mengapakah baru sekarang baru dikeluarkan fatwa ini? Seingat saya, sudah lebih puluhan tahun bacaan Al-Quran diperdengarkan sebelum azan melalui corong-corong pembesar suara di masjid-masjid di seluruh negara. Baru kini mahu difatwakan dan dilarang?
Dilarang, samalah ertinya dengan di”haram”kan. Bila di”haram”kan, maka hukumnya adalah berdosa jika dilakukan dengan sengaja. Saya percaya, mufti-mufti seperti Dr. Asri tentunya sudah tahu dan arif tentang hukum ini ketika menuntut di Timur Tengah dahulu. Namun, mengapa baru sekarang mahu ditimbulkan?
Terutamanya Dr. Asri, mengapa ketika beliau menjadi Mufti Perlis dulu, beliau tidak fatwakan bacaan Al-Quran di corong pembesar suara sebagai haram? Saya pernah bersekolah di Perlis dan seingat saya, masjid-masjid di negeri itu sering mengalunkan bacaan Al-Quran di corong pembesar suaranya. Malah, pada bukan waktu solat pun turut diperdengarkan sebagai halwa telinga. Di sekolah saya pun mengamalkan amalan sebegitu. Tidak ada pula ustaz yang mengharamkan amalan tersebut.
Nik Aziz pula, sesedap mulut saja menyatakan bahawa bacaan Al-Quran secara “jahran” melalui corong pembesar suara itu sebagai “bising” dan mengganggu”. Apa di Kelantan tidak mengamalkan amalan sedemikian, kah? Bising? Bising bagaimana pula tu?
Setahu saya, antara fadhilat mendengar bacaan Al-Quran, telinga kita akan terhindar dari penyakit pekak dan hati kita akan sentiasa dekat dengan Allah, jika diizinkan Allah. Seperkara lagi, selalunya masjid-masjid memperdengarkan bacaan Al-Quran itu 5 minit sebelum masuk waktu solat fardhu. Solat siapa yang terganggu diakhir waktu sebegitu? Ada jemaah yang menangguh-nangguhkan solat mereka, kah?
Pada pendapat saya, fatwa ini dikeluarkan untuk memenuhi kehendak dan gesaan pihak yang merasakan tidur mereka terganggu oleh bacaan Al-Quran tersebut. Iyalah, mereka sedang nyenyak tidur, tiba-tiba dikejutkan dengan bacaan Al-Quran awal-awal subuh. Bila azan, lagilah tidur mereka rasa terganggu…
Ustaz saya kata, sekiranya seorang muslim yang mendengar suara azan subuh, namun kemudiannya menarik selimut menutup tubuhnya untuk meneruskan tidur, sesungguhnya dia berselimutkan kulit babi! Itu bagi orang Islamlah…Tapi bagaimana pula dengan orang bukan Islam. Tentulah mereka akan lebih terganggu. Dan saya berpendapat bahawa “idea” fatwa ini diambil dari desakan golongan ini. Memang mereka terganggu dengan bacaan Al-Quran tersebut. Namun, azan yang lebih kuat berkumandang itu lebih menyakitkan hati mereka. Untuk mengharamkan azan, nanti apa pula orang Islam kata. Jadi, bacaan Al-Quranlah yang menjadi mangsa mereka untuk di”haram”kan…
Pada pandangan saya, bacaan Al-Quran melalui corong pembesar suara masjid ini adalah satu amalan yang sangat baik di zaman moden ini. Ketika akhir zaman ini, iman dan Islam semakin nipis dihati umat Muhammad SAW. Sewajarnya mereka dikejutkan oleh bacaan Al-Quran sebagai “pra-azan” sebelum memanggil mereka untuk berjemaah di surau dan masjid. Maklumlah..kita sekarang ni semakin liat nak berjemaah, kan?
Pengharaman ini pada saya merupakan satu lagi usaha untuk menghapuskan semangat mengimarahkan syiar Islam di negara ini. Namun malangnya, ada pula yang tunduk dengan desakan puak-puak kuffar laknatullah. Saya masih ingat betapa Teresa Kok dan Eli Wong membantah laungan azan melalui corong masjid di sekitar kediaman mereka. Mereka suruh muazzin azan perlahan-lahan dan tidak menggunakan pembesar suara agar tidak menggangu tidur mereka.
Pada saya, tindakan puak-puak betina DAP ini tidak patut dilayan pun. Sewajarnya, mereka berhak memilih untuk tinggal di negara ini atau dinyahkan dari bumi Melayu ini. Negara ini mengistimewakan Islam dan hak itu tidak boleh dipertikaikan. Kalau suka dan boleh bertoleransi, maka mereka boleh terus tinggal di sini. Kalau tidak, sila berhijrah ke negara mana yang mereka suka. Peduli apa saya? Mereka di sini pun lebih menyusahkan kita saja…
Sumber: klik sini
No comments:
Post a Comment