Sunday, August 7, 2011

Reaksi PAS dan Gereja DUMC petunjuk rasa bersalah



Ternyata PAS tidak berani membuat keputusan.

Dengan suara orang Melayu dan Islam berpihak kepada Dr Hassan Ali, PAS yang semakin hari semakin kelihatan sebagai ulama dan pejuang Islam palsu hanya lakukan pertimbangan politik dan bukan keutamaan pada akidah orang Muslim.

Selepas mesyuarat Jawatankausa Khas berkenaan isu gereja DUMC, Presiden PAS HAdi Awang hanya berdaya berkata PAS akan bantu selesaikan kontroversi ini. Kononnya PAS akan menulis pada JAIS dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC) untuk pertemuan mengumpul maklumat dan fakta.

Apa perlu lagi dengan Exco Hal Ehwal Ugama sendiri hadhir dalam mesyuarat tersebut? Ini hanya menunjukkan kata-kata Dr Hassan Ali tidak dipercayai langsung? Malahan kata-kata DUMC mungkin lebih dipercayai. Kalau demikian, kenapa PAS tidak berani ambil tindakan terhadap Hassan Ali?

Kenyataan Hadi juga menunjukkan Presiden PAS dan PAS sendiri sebagai begitu naif dan dangkal sekali dengan cara mentadbir kerajaan.

Mereka sepatutnya mengambil iktibar dari peristiwa permintaan geng Trinity ecco yang terdiri dari Xavier, Theresa Kok dan Eli WOng untuk "memanggil mengadap" Pengarah JAIS ke mesyuarat Exco tetapi tidak dibolehkan mengikut peraturan dan konvensyen perkhidmatan awam.

PAS perlu bezakan kedudukan mereka sebagai parti politik dan kerajaan. Mereka tidak ada kuasa untuk menyiasat tindak tanduk JAIS sebagai badan kerajaan.

Ketua sesuatu jabatan yang menjawab akan sebarang tindakan yang diambil oleh jabatan bawah "jurisdiction" mereka. Mereka hanya boleh disiasat oleh badan lebih tinggi dalam struktur kerajaan.

JAIS tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen Negeri dan Syariah. Maka atas apa JAIS akan disiasat oleh sesiapa sekali pun termasuk Exco dan Menteri Besar.

Asasnya sebuah parti politik tidak boleh mengarah sebuah kerajaan yang diundi oleh rakyat yang melebihi jumlah nombor ahli PAS. Perlu dingat PAS hanya ada peranan kecil dalam kerajaan campuran PKR-DAP-PAS ini. Malah tiada satu parti atau campuran ketiga2 parti boleh main melanggar peraturan perkhidmatan awam.

Nampak sangat PAS cuba mempertahan kepentingan politik mereka dari mempertahankan kepentingan ummah. PAS is trying to protect their interest not the ummah !

Semenatra itu, di morning mass di DUMC seksyen 13, Petaling Jaya pagi tadi, jumlah yang hadhir akan ramai. Sribu hadhir dengan kehadhiran Lim Guan Eng, Theresa Kok dan Hannah Yeoh. Nampaknya bertambah hari bertambah kebenaran Lim Guan Eng adalah closet Christian.

Pastor Dr Daniel Ho berkata dalam sermonnya bahawa dia enggan berjumpa dengan pegawai JAIS dan pemimpin politik walaupun diminta.

Beliau sedia jumpa mereka di pejabat beliau untuk menerangkan mengenai program Harapan Komuniti yang beliau claim untuk bantu yang kurang nasib baik.

Nampaknya beliau tidak mahu isu ini diperbesarkan dan ini hanya petunjuk kejadian ini ada kebenaran.

Ada baik kita teruskan isu ini demi menjaga akidah Muslim dari berpolitik berlebih-lebihan. INi adalah isu ummah tanpa mengenal parti dan perkumpulan.

theunspinners

No comments:

Post a Comment