Sunday, August 7, 2011

Dr Asri terpengaruh dengan sikap hipokrit segelintir pemimpin Gereja !!!


 Artikel ini adalah sebagai tanda sokongan 100 peratus saya kepada Exco Kerajaan Selangor YB Datuk Dr Hassan Ali daripada PAS yang kini sedang berdepan dengan sebarang tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak kerajaan Negeri Selangor dan juga oleh parti PAS sendiri.

Apa-apapun keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan negeri serta PAS terhadap Datuk Dr Hassan Ali nanti, hendaklah anda semua selaku umat Islam cintakan agama bersama dengan beliau bagi memberi sokongan padu terhadap perjuangannya dalam mempertahankan maruah serta kesucian agama Islam.
Sikap mudah dan suka menuding jari kepada sesama sendiri apabila timbul sesuatu isu yang membabitkan pihak lain nampaknya kini bukan saja berlaku kepada masyarakat yang tergolong dalam kelas bawahan tetapi juga seolah-olah sudah menjadi satu budaya biasa bagi mereka yang berada dalam kelas atasan iaitu mereka yang dalam golongan ilmuwan serta berpendidikan tinggi.

Begitu juga dengan bekas Mufti Perlis, iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tatkala beliau mengulas tentang isu JAIS vs Protestant yang kini menjadi satu isu hangat di Selangor. Membaca ulasan Dr Asri berkenaan isu tersebut dalam blog Badut Rakyat saya tertarik apabila beliau membangkit tentang wang zakat dan sebagainya tentang pemimpin Islam di negara ini. Mudah nampaknya bagi Dr Asri menyalahkan kalangan sendiri apabila berlaku sebarang pertembungan dengan pihak dari kumpulan lain.

Dari ulasan yang Dr Asri berikan itu ternyata beliau sendiri mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran dimana beliau tanpa berselindung telah mengakui bahawa disebabkan "sikap baik, pemurah" pihak Gereja itulah yang menyebabkan ramai orang-orang Islam yang pernah mendapat bantuan sebelumnya daripada pihak berkenaan telah mula menjadi "jatuh hati" kepada agama Kristian dan menurut Dr Asri lagi, maka itulah antara punca mengapa terdapat semakin ramai orang-orang Islam sanggup menukar agama mereka dari Islam kepada Kristian.

Tetapi malangnya apabila Dr Asri sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani telah tidak sedar bahawa semua itu hanyalah sebahagian dari helah atau tipudaya sesetengah pemimpin agama Kristian untuk menarik lebih ramai pengikut tanpa mengira samada sasaran mereka itu sudah ada pegangan agama ataupun sebaliknya untuk menganut agama Al-Maseh itu sedangkan setelah mereka berjaya mengKristiankan golongan ini tadi maka segala kebajikan serta nasib golongan ini selepas itu akan mulai diabai dan terbiar tanpa dipedulikan.

Lihat saja di Sarawak dan juga di Sabah, orang-orang Kristian yang hidup dalam keadaan daif, tempat tinggal tidak sempurna dan bermacam-macam lagi kepayahan hidup yang terpaksa dilalui setiap hari hari, kemana mereka mengadu??? Pihak Gereja tidak pernah ambil peduli !!! ...akhirnya golongan ini terpaksa mencari pihak lain seperti mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil-wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional. Yang banyak sekali membantu masyarakat miskin dan susah di Sarawak dan Sabah adalah kerajaan Barisan Nasional dan bukannya pihak Gereja. Kita tidak tahu di mana pihak Gereja pada waktu itu.

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu. Beliau boleh keluarkan kenyataan berkaitan isu itu sekiranya dia sendiri telah merasai apa yang dilalui oleh kebanyakkan masyarakat Kristian di Sarawak dan juga di Sabah. Mengiyakan apa yang dilakukan oleh pihak Gereja dengan tujuan untuk "memurtadkan" orang Islam seperti yang berlaku di Selangor apabila mereka berpaling dari ajaran Islam kepada Kristian adalah satu kesalahan yang berat dan menyalahkan pihak sendiri seperti pertubuhan zakat atau pemimpin Islam dalam isu ini adalah satu kesilapan.

Saya lagi tidak percaya bahawa pihak Gereja akan mampu selamanya untuk membiayai hidup mereka-mereka itu yang telah berjaya dimurtadkan dan pasti akan tiba waktunya bagi pihak Gereja untuk menamatkan bantuan tersebut kepada mereka yang sebelum itu telah berjaya diperdaya dan ianya akan diberi pula kepada mangsa terbaru. Harap isu ini ramai yang akan cuba memahami dan bukannya hanya tahu menyalak tak tentu hala...

No comments:

Post a Comment