Pertembungan dua heavyweight PAS Selangor, satu sudah bergelar mantan Pesuruhjaya PAS Selangor dan satu lagi incumbent/penyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.
Dua-dua individu ini memang langsung tidak boleh bertemu mata. Musuh ketat walau dalam satu kapal PAS ... walaupun kapal tersebut sudah hampir karam.
GWM amati, menilai dan menganalisa tiga artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider dalam tempoh masa 24jam.
Hassan Ali bertegas mengatakan ada unsur mahu memurtadkan umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama berdasarkan bukti yang ada.
Khalid Samad menempelak Hassan Ali seraya berkata ianya pandangan peribadi mantan Pesuruhjaya Selangor. Tidak ada unsur kegiatan murtad dikalangan umat Islam.
Dalam masa yang sama sempat mengaitkan pemergian Perdana Menteri ke Vatican City bertemu Pope sebagai tidak murtad (Khalid Samad ini bobrok rupanya).
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) melalui Timbalan Presiden Datuk Hamdan Adnan mahu JAIS dan Hasan Ali membuat penjelasan terbuka mengenai serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya kelmarin ekoran kewujudan fakta ‘bercanggah’.
Yang sebenarnya tidak ada sebarang percanggahan, malah ada titik persamaan dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali, Khalid Samad, Pastor Daniel Ho dan Khalid Gagap!
Apa persamaannya ...
Majlis ini dikatakan sebagai menyambut berbuka puasa di gereja berkenaan pada jam 10.00 malam.
Persoalan menarik ... apa signifikan membuat jamuan berbuka puasa di gereja pada jam 10.00 malam?
Walhal waktu berbuka jam 7.30 malam? Dan jika sekalipun atas nama meraikan umat Islam untuk berbuka ... mengapa tidak dilakukan di tempat yang terbuka dan tidak tertutup seperti di gereja tersebut.
Apa signifikan menjemput hanya sekitar 15 orang Islam untuk kononnya majlis berbuka puasa? Apakah hanya terdapat 15 orang Islam tinggal disekitar Damansara Utama?
Mengapa peserta majlis yang beragama Islam cuba melarikan diri melalui pintu belakang jika benar majlis itu hanya satu majlis makan malam sekaligus majlis berbuka puasa?
Keputusan yang diambil Hasan Ali cukup tepat dan mempunyai 'weight' memang terdapat cubaan mahu memurtadkan umat Islam dan lebih malang apabila JAIS dan Hasan Ali dipersalahkan atas nama hak dan asasi manusia.
Sudah terlalu banyak NGO yang lahir atas nama tuntutan hak asasi manusia ... SUHAKAM, SUARAM dan kini PROHAM (mungkin selepas ini ada NGO yang dinamakan sebagai HAMBURGER, HAMSTER?).
Umat Islam diminta lebih berhati-hati dan jauhi pertubuhan yang menggunakan dogma hak asasi manusia hanya kerana mahu menolak kepentingan beragama, lebih-lebih lagi Islam adalah agama rasmi di Malaysia.
Sudah ramai benar umat Islam yang dipergunakan atas nama hak asasi manusia .... seperti Datuk Hamdan Adnan.
JAIS menggunakan bidang kuasa dalam mejalankan tugas sebagai badan yang melindungi kepentingan Islam dan umatnya. Apabila diherdik dan ditempelak oleh manusia seperti Khalid Samad dan Hamdan Adnan ini, secara automatik Islam semakin diperlekehkan untuk kepentingan pihak tertentu.
Jadi ... Siapa bakal tumbang dalam isu murtad ini? Hasan atau Khalid? ...
No comments:
Post a Comment