Pertama sekali, aku nak ucapkan jutaan tahniah kepada Lim Guan Eng, Khalifah Al-PASPISPUS Al-Majnun. Pencapaiannya sepanjang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sangat mengkagumkan. Belum pernah lagi berlaku dalam sejarah seperti pencapaian Lim Guan Eng.
Laporan statistik menunjukkan berlakunya penurunan jumlah penduduk Melayu di Pulau Pinang. (SINI).
Cina kembali menjadi masyarakat majoriti di Pulau Pinang setelah pada tahun 2009, Melayu adalah majoriti di negeri tersebut. Orang Melayu di Pulau Pinang telah berkurangan daripada 654,300 orang kepada 636,136 pada tahun 2010.
Sebaliknya kaum Cina kini merekodkan kependudukan berjumlah 42.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Pulau Pinang atau lebih tepat lagi 2.2 peratus melebihi kaum Melayu.
Menurut laporan terkini Bahagian Statistik dari Jabatan Perangkaan, bilangan orang Cina di Pulau Pinang ialah 670,400 orang berbanding dengan 636,136 orang Melayu pada tahun lalu. Dari segi peratusan, Cina merangkumi 42.9 peratus daripada 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh Melayu dengan 40.7 peratus dan kaum India 9.8 peratus. Lain-lain bangsa yang terdiri daripada bukan warganegara dan Bumiputera pula merekodkan 6.6 peratus daripada jumlah penduduk.
Jumlah orang Cina pada tahun 2009 adalah 651,600 dan angka tersebut diatasi oleh orang Melayu pada kadar 0.1 peratus. Penduduk Pulau Pinang juga berkurangan sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.
Sepanjang 3 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng telah melakukan pelbagai cara, termasuklah menukar kawasan petempatan Melayu menjadi kawasan perumahan mewah. Tekanan turut dibuat terhadap orang Melayu terutama sekali penjaja-penjaja kecil selain para peniaga. Berbeza pula layanan yang diberikan oleh pentadbiran Guan Eng terhadap orang Cina.
Tindakan Guan Eng 'menghalau' orang Melayu dari kawasan tradisi mereka di Pulau Pinang, nampaknya kini telah membuahkan hasil. Mungkin memandangkan Pulau Pinang masih terikat dengan Kedah dan Kedah pula adalah salah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, maka Guan Eng perlu melakukan sesuatu yang lebih halus dan teliti. Menghalau orang Melayu secara terang-terangan seperti yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1964 di Singapura, hanya akan menyusahkan Guan Eng dan memberi kesan yang besar kepada DAP di seluruh Malaysia.
Perlu diingat, bancian yang dijalankan pada tahun 2010 berhadapan dengan pelbagai rintangan di Pulau Pinang terutama di penempatan-penempatan orang Cina. Jadi, tidak mustahil jumlah orang Cina yang tidak tahu menyanyi lagu NEGARAKU jauh lebih ramai daripada angka rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.
Perpindahan orang Melayu keluar dari kawasan pulau pastinya terpaksa dilakukan memandangkan tiada lagi tempat untuk mereka tinggal di sana. Kampung-kampung tradisi yang menjadi kawasan majoriti Melayu, banyak yang sudah dihabiskan oleh Guan Eng dengan alasan pembangunan. Walaupun sebahagian daripada mereka berpindah ke Seberang Perai, namun lebih ramai lagi yang berpindah ke selatan Kedah dan utara Perak kerana faktor kos!
Itu baru tiga tahun... bayangkanlah kalau DAP terus mentadbir Pulau Pinang selama dua atau tiga penggal... rasa-rasanya Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal dalam buku sejarah!
No comments:
Post a Comment