Wednesday, August 3, 2011

SAH !!! MALAYSIAKINI KANTOI !!! INI JAWAPAN JPN !!!



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
menyangkal dakwaan Pakatan Haram bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap.Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataan di sini berkata
mengikut rekod,Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.

Beliau berkata kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.Datin Jariah Mohd Said berkata sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.

Angka itu merupakan sebahagian 219,000 permohonan yang telah berjaya diselesaikan kementerian itu.Kes lain termasuk 31,449 permohonan untuk Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.Datin Jariah Mohd Said juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut

Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara

Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)

Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Dalam Masa yang sama PAS kononnya mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun,yang disenaraikan di laman web JPN sebagai penduduk tetap.Ini termasuk Mismah,yang statusnya telah ditukar dari penduduk tetap kepada warganegara di JPN semalam, dalam tempoh beberapa jam selepas portal pembelit Malaysiakini melaporkan mengenainya.

Reaksi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ini disebabkan oleh "kecuaian teknikal" di mana sistem sistem JPN tidak dikemaskini.

Sistem akses awam di lamanwebnya,jelas beliau,adalah berasingan dari sistem sambungan secara automatik antara SPR dan JPN.

Pandangan saya senang jer...Anda Tak fikir pulak rakyat malaysia di beri taraf warganegara kat luar negara ??? apa cita ??? jangan salahkan kerajaan jer.Penduduk Tetap hanya di berikan utk warganegara asing yang tinggal lebih 12 tahun.Adakah Anda sanggup kerja membina bangunan seperti warga negara asing kat malaysia ni ????

ANDA DAH JELAS !!!

No comments:

Post a Comment