Guan Eng secara terbuka menuduh UMNO terlibat dalam cubaan membakar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana itulah tujuannya pejabat DAP tersebut terlibat dalam kontroversi kebakaran!
Apa yang dilakukan oleh Guan Eng sebenarnya merupakan satu lagi usaha mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang sedang dibincangkan oleh rakyat Malaysia iaitu ISU MURTAD. Guan Eng cuba menyeret UMNO dalam kejadian yang kelihatan seperti ‘sengaja dicetuskan’ di Pulau Pinang. Dan apabila kebakaran tersebut diketahui oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya, Guan Eng akan segera menarik UMNO untuk bersilat.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Guan Eng secara terbuka tersebut pasti akan menimbulkan kemarahan para pemimpin UMNO. Itu yang sangat dikehendaki oleh Guan Eng dan DAP. Apabila para pemimpin UMNO melenting marah, mereka akan menumpukan perhatian untuk mengenakan Guan Eng pula dan pada masa yang sama, sudah terlupa dengan isu sebenar yang jauh lebih mudarat.
Tujuan Guan Eng mudah dibaca. Guan Eng cuba menyelamatkan dua rakannya di Selangor iaitu PKR dan PAS. Guan Eng tahu, isu murtad amat sensitif dan menyebabkan sokongan kepada Melayu PKR dan PAS akan menurun. Dek kerana itulah, Guan Eng perlu menjadikan UMNO sebagai kambing hitam untuk menarik semula sokongan yang hilang itu.
Aneh atau tidak, dalam kontroversi murtad di Selangor yang turut melibatkan PKR, PAS dan lebih-lebih lagi DAP, tiba-tiba sahaja muncul isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan al Quran pada waktu subuh. Mufti dan Exco agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan yang sangat jelas mempermain-mainkan kebijaksanaan manusia. Daripada LARANGAN bertukar menjadi NASIHAT.
Pada ketika itulah, pejabat DAP Pulau Pinang dilempar cat merah. Isu murtad tidak reda, bahkan semakin bersemarak. PAS dan PKR menuduh UMNO menjadi dalang dalam isu murtad dan pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS. UMNO yang sebelum itu kelihatan sangat berhati-hati, mula bersuara bagaikan raksasa yang baru digerakkan dari tidur.
Di Pulau Pinang, DAP yang sekarang sudah kaya melihat pejabat di Jalan Talipon itu perlu berpindah ke lokasi baru. Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah mengorbankan pejabat tersebut dengan jalan cerita yang boleh menarik simpati kepada Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama, menjadikan UMNO sebagai objek kebencian.Berselang empat hari selepas pejabat DAP disimbah cat merah, pejabat itu terbakar. Dan Lim Guan Eng terus menuduh UMNO yang melakukannya kerana marah dengan isu larangan bacaan al Quran pada waktu subuh menggunakan pembesar suara.
Dalam hal ini, UMNO Pulau Pinang dan UMNO Malaysia tidak seharusnya memberi amaran atau memberi kata dua kepada Lim Guan Eng. Ini bukan kali pertama, penipu yang licik itu dilepaskan begitu sahaja. Isu duit ehsan dari wang judi yang cuba diputarbelitkan oleh Guan Eng adalah contoh yang paling baik untuk dinilai.
Walaupun akhirnya Guan Eng terpaksa mengakui bahawa duit tersebut memang datang dari sumber judi, tuduhannya bahawa UMNO sengaja mereka-reka cerita tidak pernah diambil sebarang tindakan.
Sekarang adalah masanya untuk UMNO mengajar Guan Eng agar bercakap benar. Rahim Thamby Chik dahulu pernah mengajar anak Lim Kit Siang itu. Malangnya Rahim Thamby Chik sekadar memilih untuk memenjarakannya, bukannya menyaman Guan Eng dengan saman beratus-ratus juta ringgit sebagaimana yang dipraktikkan oleh Guan Eng.
UMNO mungkin melakukan kesilapan besar kerana terlalu apologetik. Sekarang, bukan lagi zaman mudah memberi maaf. Kalau benar UMNO Pulau Pinang tidak melakukan sebagaimana yang dituduh oleh Guan Eng, seret sahaja Cina pendatang yang jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke mahkamah dan saman dia dengan ratusan juta ringgit.
DAP dan Guan Eng telah melakukannya sebelum ini, mengapa pula UMNO Pulau Pinang terlalu pemaaf?
No comments:
Post a Comment