Konon katanya, penyerahan pingat kebesaran itu tidak berbaloi, sebaliknya Khir Toyo perlu menyerahkan segala harta bendanya untuk disiasat bagi mengetahui punca perolehannya. (BACA DI SINI)
Zuraidah Kamaruddin sama ada buta perut atau nyanyuk terlalu celupar dan menghina Anwar Ibrahim serta keluarga Ketua Umum yang didewa-dewakannya. Ketika kesemua menteri kabinet pentadbiran Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan harta masing-masing, hanya Anwar Ibrahim seorang sahaja yang tidak melakukannya. Dan Anwar Ibrahim pula, dari semasa ke semasa sibuk bercerita tentang ketelusan dan anti rasuah, walhal dia sendiri takut untuk disiasat.
Barangkali Zuraidah Kamaruddin cuba memberi isyarat kepada Anwar Ibrahim agar mengisytiharkan hartanya sekarang atau menerangkan dari punca mana yang dia dapat sehingga dia menjadi orang kaya hebat di negara ini.
Semua orang tahu, Anwar bukanlah datangnya dari keluarga kaya. Bahkan ibu bapanya juga bukanlah dari keluarga yang kaya. Datuk sebelah bapanya, hanyalah seorang mualaf India yang hanya bekerja rencam, bukannya tuan punya lombong emas. Arwah ibunya juga hanyalah orang kampung kebanyakan.
Tak payahlah menipu wahai nenek kebayan oii... kalau engkau tu bodoh, jangan anggap orang lain bodoh sama. Tak perlulah hujah-hujah 'bernas' kau tu untuk menegakkan kebodohan kau yang sangat nyata.
Nenek kebayan bernama Zuraidah Kamaruddin ini seharusnya memberanikan diri mendesak agar Anwar isytiharkan harta bendanya dan harta kekayaan adik-beradiknya yang lain termasuklah yang dimiliki oleh bapa dan bapa mertuanya sebelum sibuk nak mencabar orang lain. Politik kotor yang membodohkan orang ramai agar kurang menggunakan otak dan menerima sahaja segala dogma songsang seperti itu telah berlalu.
Samalah seperti tanggungjawabnya selaku Ahli Parlimen Ampang yang tidak tertunai dan terabai... jelaskan kepada rakyat Ampang, apa yang telah dilakukannya sepanjang 3 tahun menjadi wakil rakyat di sini selain daripada berbangga dengan kerja-kerja ADUN Lembah Jaya dari PAS sedangkan ADUN Bukit Antarabangsa pun tak tahu di mana letaknya Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Ampang pula, seronok bergebang tentang 40 kerusi di Sarawak daripada melihat-lihat dan meninjau-ninjau di sekeliling kerusi yang disandangnya.
Malang sungguhlah orang Ampang yang diwakili oleh Zuraidah Kamaruddin. Nampaknya langsung tidak setanding dengan Ong Tee Keat yang dipindahkan ke Pandan selepas pembahagian kawasan. Sangat-sangat jauh... BUAT MALU NAMA MELAYU sahaja si Zuraidah Kamaruddin ini...
Zuraidah Kamaruddin... lambang Melayu yang gagal memikul tanggungjawab yang diminta dan diberikan kepadanya!!! Tu pun lambat lepa nak sembang pasal negara, Ampang pun tak terjaga!!!
Piiiiiraaaaahhhhh!!!!
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/01/awek-ganyut-yang-tak-sedar-dia-dah-nak.html
No comments:
Post a Comment