Siapa yang berani kata Nik Abdul Aziz tidak INTERNATIONAL? Setidak-tidaknya dia bersimpati dengan 500 orang rakyat Malaysia yang berada di Queensland yang terlibat dalam banjir besar yang melanda wilayah di utara Australia itu.
Bukan setakat itu sahaja, Nik Abdul Aziz juga mempertimbangkan untuk menghantar bantuan 'sekadar yang mampu' oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada 500 orang rakyat Malaysia yang terjejas di Queensland. (HARAKAH DAILY)
Itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang pemimpin yang sangat prihatin.
Bagaimanapun, di Kelantan sendiri, jumlah yang terkesan akibat banjir melebihi angka 500 orang dan setakat ini, bantuan daripada Kerajaan Negeri kepada mangsa-mangsa banjir terutama di Rantau Panjang tidak mengatasi bantuan daripada Kerajaan Pusat.
Memandangkan jangkauan Nik Abdul Aziz adalah international, maka rakyat Kelantan, khususnya keluarga yang ahli mereka terkorban akibat banjir dan masih tidak mendapat bantuan sehingga kini, tidak perlu berasa cemburu atau pun sedih.
Sebabnya Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjangkakan kemenangan di Kelantan dan sekarang, dia sedang cuba mendapatkan kemenangan dan undi daripada 500 orang rakyat Malaysia di Queensland pula!!!
Bravo Tuan Mursyidul Am!!!!
Seorang pemimpin yang di segani... itulah Tuan Guru Nik Aziz ... Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan segalanya untuk menjadi pemimpin...
ReplyDelete