Novel INTERLOK karangan Sasterawan Negara, Abdullah Hussein dijadikan sasaran mudah. Hasilnya, 100 orang India membakar novel tersebut yang sudah tentu kebanyakan daripada mereka tidak pernah membacanya pun, termasuklah Murugiah sendiri, atau barangkali juga tidak tahu bahawa novel berkenaan ditulis lebih 40 tahun lalu!!!
Berjawatan penting di dalam kerajaan, T.Murugiah seharusnya mengambil langkah yang lebih berhati-hati agar kemarahan dan konflik tidak tercetus, khususnya di kalangan orang Melayu yang terlalu ramai tidak berpuas hati dengan apa yang sedang mereka hadapi. Mustahil seorang timbalan menteri seperti T.Murugiah tidak menyedari kemarahan orang Melayu memandangkan orang Melayu diserang dari segala sudut, khususnya menerusi tentangan terhadap Artikel 152 dan Artikel 153 serta pluralisme agama Islam dengan agama-agama lain atas alasan muhibbah.
Apakah setelah berlaku tindakbalas orang Melayu nanti, Melayu akan dikatakan RASIS dan tidak sukakan perpaduan seperti mana yang cuba dilakukan oleh Lim Kit Siang terhadap Utusan Malaysia yang memberi respons keras dan berpanjangan terhadap perangai Lim Kit Siang yang cuba MENCINAKAN MALAYSIA dengan Malaysian Malaysianya.
Orang Melayu di negara ini telah menerima kehadiran imigran Cina dan India dengan dada terbuka, meskipun pada peringkat awal, wujud tanggapan bahawa Cina dan India akhirnya akan mendominasi negara ini dengan kekuatan ekonomi yang dibantu oleh Inggeris ketika era penjajahan. Orang Melayu tidak pernah merungut dan tidak pernah merampas apa-apa yang diusahakan oleh imigran Cina dan India di negara ini sungguhpun orang Melayu hidup merempat di tanah air sendiri.
Orang Melayu hanya bising kepada pemimpin Melayu mereka sahaja. Mereka berpecah dan menyerang pemimpin Melayu sahaja, dan bukannya kepada pemimpin-pemimpin berbangsa Cina dan India.
Apakah T.Murugiah ingin melihat orang Melayu menangkap dan membogelkannya?
Sewajarnya dia perlu meletakkan jawatan atau dipaksa meletakkan jawatan ekoran pembabitannya dalam kemelut NOVEL INTERLOK dan pembakaran novel tersebut serta gambar Sasterawan Negara, Abdullah Hussin.
No comments:
Post a Comment