Monday, January 3, 2011

LAPORAN POLIS GAPS TERHADAP ADUN SRI MUDA.



gagasan anti penyelewengan selangor (GAPS) hari ini membuat laporan polis terhadap penderhaka shuhaimi bin haji shafie, ADUN negeri selangor kawasan sri muda yang telah membuat kenyataan amat biadap dan kurang ajar.

kenyataan ini berunsur fitnah,menghina,menggertak,mengugut dan derhaka kepada institusi raja di selangor. saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap institusi raja-raja melayu,khususnya KDYMM sultan selangor.

GAPS mencadangkang pertuduhan dibawah seksyen 121 kanun  keseksaan dikenakan terhadap penderhaka seperti ini kerana perbuatan mengugut KDYMM sultan selangor tersebut adalah 'perbuatan memerangi raja-raja melayu' yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati.

atau sebagai alternatif hendaklah penderhaka ini dikenakan pertuduhan dibawah seksyen 121 (1B) kerana 'merancang,mengada-ngada,mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri' yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat,iaitu sampai mati didalam penjara.

ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan , apatahlagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat khususnya melakukan perbuatan derhaka seperti itu.

sekian terima kasih.

hamidzun khairuddin
pengerusi
gagasan anti penyelewengan selangor (GAPS)
3 jan 2011.

No comments:

Post a Comment