Usahlah berlakon bagai "drama king" lagi seperti Anwar Ibrahim yang putar belit sana sini tentang isu liwatnya. Karpal Singh wajib diseret sama ke mahkamah untuk menjadi saksi kes liwat tersebut. DAP pastinya tidak akan mengakui kezaliman yang dilakukan mereka ini kerana mereka sedang mabuk dan hanyut dengan kuasa pemerintahan. Inilah saat terbaik bagi rakyat menghukum sikap tyranny DAP ini dalam pilihan raya akan datang. Pulau Pinang bukanlah negeri DAP, Pulau Pinang adalah negeri rakyat. Tolong ingatkan Ng Wei Aik untuk letak jawatan.
Pemerintahan Kuku Besi DAP Pulau Pinang
"Tutup kedai, balik India," perkataan rasis yang dilontarkan Ng Wei Aik (ADUN DAP Komtar, Setiausaha Politik Lim Guan Eng) kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar pada 4 Januari 2011. Namun Ng Wei Aik menafikan dia meluahkan kata-kata tersebut pada 6 Januari 2011. Akhirnya, penafian itu memakan dirinya sendiri bila video Ng Wei Aik sedang melakukan cara pemerintahan tyranny terhadap restoren tersebut didedahkan. Tindakan DAP ini sebenarnya telah mencabuli separation of power yang ada dalam sebuah negara demokrasi yang mengasingkan antara kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Karya Interlok yang sudah 44 tahun menang anugerah peraduan menulis novel pada 1967 dan menjadi buku teks mata pelajaran sastera pada tahun 1970an telah disensasikan sebagai karya rasis kerana ada perkataan paria pada mukasurat 211 dan 220. Sedangkan Azmin Ali menggelarkan Gobala dengan perkataan tersebut tidak pula dipanggil rasis. (baca sini) . Ayat "Tutup kedai, pergi balik India" oleh Ng Wei Aik dan sikap tyranny terhadap pemilik restoren tersebut adalah amat rasis dan melampau berbanding karya Interlok. Rakyat perlu membuka mata dengan luas tentang pemerintahan kuku besi DAP ini. Tanah orang Melayu mereka usir, Kampung Buah Pala mereka robohkan dan restoren nasi kandar mereka suruh balik India. Ini bukti DAP adalah rasis.
No comments:
Post a Comment