Ketua Pemuda Umno Serdang Ungku Salleh Ungku Jamal dilantik sebagai Ketua Pemuda Selangor yang baru berkuatkuasa serta merta.
Ini bermakna perubahan berkenaan hanya membabitkan Ketua Pemuda negeri berkenaan manakala barisan pegawai termasuk Naib Ketua Pemuda negeri serta barisan jawatankuasa yang lain masih tidak berubah.
Ungku Salleh menggantikan Suhaimi Mohd Gazali yang memimpin Pemuda Umno Selangor selama hampir dua tahun.
Sememangnya perlantikan Ungku Salleh tepat pada waktu dan masanya ketika tumpuan kini lebih kepada persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaluddin berkata kemungkinan akan berlaku beberapa perubahan di negeri lain selepas ini mengikut kesesuian masa dan keadaan.
"Permulaan di Selangor, mungkin ada satu atau dua negeri lagi yang saya masih tengah pertimbangkan. Jadi saya harap kepada Ketua Pemuda negeri yang lain, bolehlah anggap bahawa kita sentiasa nilai kepimpinan bukan sahaja dari segi prestasi tetapi juga dari segi kesesuaian.

No comments:
Post a Comment