Tuesday, January 25, 2011

KESIAN!!!! IDHAM LIM MEROYAN TENGOK DR ZAMBRY LEBIH HEBAT!


Bagai yang dikatakan, PAS kerap kali tersalah memilih orang yang dipertanggungjawabkan dengan kerja sebagai Ketua Penerangan. Jawatan sepenting itu, acapnya diberikan kepada mereka yang hanya boleh bersuara tetapi akhirnya menampakkan yang PAS sebenarnya dipimpin serta berketuapenerangankan seorang yang tongong terlampau!!!!

Penyampaian bantuan perkapita sebanyak RM4.4 juta kepada 685 buah sekolah agama rakyat yang beroperasi di seluruh negeri Perak, malam kelmarin, membuatkan Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan PAS Perak merangkap ADUN Titi Serong disampuk hantu nenek moyang yang terlepas dari pintu neraka ke sembilan dan tak tahu yang Bulan Hantu Lapar telah pun berlalu. (BACA TWITTER IDHAM LIM)

Nampaknya berharap sangatlah si Idham Lim bahawa mudir-mudir SAR semuanya akan menolak UMNO dan melebihkan Pakatan Rakyat di Perak. Paling menarik apabila dia menyatakan bahawa 'lebih kurang 400 orang guru besar SAR diwajibkan hadir di kediaman rasmi MB di Ipoh dan kemudian disusuli pula oleh 'insya-Allah, mudir semua tidak sebodoh UMNO'.

Sewaktu Pakatan Rakyat berkuasa di Perak, SAR yang 'diiktiraf' cuma 18 buah iaitu 9 buah sekolah menengah agama agama rakyat dan 9 buah sekolah rendah agama rakyat. Sebabnya mudah, jumlah tersebut perlu diuar-uarkan untuk MENGHALALKAN pemberian tanah seluas 400 hektar kepada 9 sekolah persendirian Cina dalam tempoh pajakan selama 30 tahun. Bantuan 'yang dipulangkan' oleh Pakatan Rakyat kepada 18 buah SAR tersebut adalah RM1.3 juta berbanding pendapatan yang berjaya dijana sendiri oleh 9 buah sekolah cina daripada 400 ekar tanah yang dikurniakan. (MESRA.NET)

Menariknya, apabila UMNO-BN mengambilalih Perak daripada Pakatan Rakyat, tanah seluas 2000 hektar yang dibangunkan dengan penanaman getah dan kelapa sawit diberikan kepada SAR. Dan berbeza daripada jumlah 18 buah SAR seperti yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat, sebanyak 685 buah SAR dilaporkan beroperasi di seluruh Perak. (PERAK TODAY)

Maka tidak menghairankanlah mengapa Khalil Idham Lim yang turut berperanan dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat haram Perak dahulu, begitu meroyan selain cuba menyembunyikan fakta sebenar yang telah digerhanakan oleh mereka.

Apabila perkara sebenar didedahkan, maka masuklah segala saka dan hantu nenek moyang ke dalam badan... akhirnya tersampuklah penyakit meroyan Nizar Jamaluddin yang masih tidak kebah-kebah sampai sekarang.

PAS tidak buruk. PAS bukan parti busuk. PAS juga bukan parti keji. Perjuangan PAS adalah murni dan baik... malangnya orang yang dipilih sebagai pemimpin untuk PAS terdiri daripada mereka yang busuk dan serba membusukkan!!!!

No comments:

Post a Comment