Minggu-minggu terakhir penutup tahun 2010 negeri Selangor diselelubungi dengan konstrovesi perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Sejak sebelum kemerdekaan negara iaitu dari tahun 1947 sehinggalah ke penghujung tahun 2010 sebanyak 28 orang telah memegang tugas sebagai SUK Selangor dan perlantikan mereka tidak pernah menjadi isu. Cara dan prosedur perlantikan 28 orang tersebut semenjak tahun 1947 juga sama sepertimana yang diguna pakai untuk melantik Datuk Khusrin.
Senarai SUK Selangor yang terdahulu boleh dilihat di sini
Selama 60 tahun, 28 orang SUK telah dilantik tanpa sebarang masalah, kenapa pula perlantikan Datuk Khusrin hari ini dengan menggunakan cara dan prosedur yang sama sebelum ini menimbulkan masalah ?
Jawapannya mudah, semuanya kerana PKR dan DAP. Mereka cuba merubah keadaan dan sistem yang ada mengikut kehendak politik mereka. Mereka tidak tahu pasal sistem, pasal undang-undang dan pentadbiran, tetapi mereka berlagak yang mereka tahu segalanya.
Tindakan mereka itu boleh menghancurkan negeri. Sekiranya diberi kuasa kelak untuk memerintah negara, maka negara pun boleh hancur kerana mereka akan ubah segala-galanya mengikut selera politik mereka.
Orang yang pertama membuka mulut mempertikaikan perlantikan Datuk Khusrin adalah setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin atau pun lebih dikenali sebagai Monica Lewinsky Selangor. Kemudian diikuti oleh Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San dan diikuti pula dengan Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam dan yang terbaru Adun PKR Sri Muda, Suhaimi Shafie.
Mereka-mereka ini semua masih baru dalam dunia pentadbiran, bak kata orang cop jari pun belum kering lagi, tetapi mereka milih jalan untuk berperang dengan Sultan Selangor iaitu seorang Sultan yang berpengalaman dan faham dengan selok-belok pentadbiran.
Sultan Selangor telah dikenali dan diketahui sebagai pentadbir yang baik , fokus dan komited kepada kerja. Baginda juga seorang pentadbir yang berpengalaman luas dan telah mengendalikan pelbagai krisis.
Antara krisis-krisis yang pernah dikendali oleh Baginda ialah, krisis Datuk Harun, krisis 13 mei, krisis Mohammad Taib, krisis perlembagaan, krisis Abu Hassan Omar dan yang terbaru adalah krisis pertukaran kerajaan.
Semua krisis tersebut dikendalikan oleh Baginda dengan cukup baik dan dapat diselesaikan tanpa sebarang masalah. Krisis pertukaran kerajaan pada tahun 2008 telah membuktikan yang Baginda tidak pernah menyebelahi mana-mana parti politik. Baginda hormat kepada pilihan rakyat dan Baginda mengiktiraf parti yang menang untuk membentuk kerajaan.
Keputusan pilihanraya 2008 menyaksikan BN menang 20 kerusi, Pas 8 kerusi , DAP 13 kerusi dan PKR 15 kerusi. Jumlah kerusi DUN di Selangor adalah 56. Jika dilihat kepada keputusan itu, ternyata BN menang lebih banyak berbanding tiga parti lain. Ini kerana tiga parti tersebut tidak bersatu di bawah satu entiti.
BN cuba untuk membentuk kerajaan pada masa itu, tetapi Baginda menolak kerana tiga parti tersebut berjumpa Baginda dan menyatakan persetujuan mereka secara lisan dan bertulis untuk bergabung dan membentuk kerajaan.
Sekiranya benar-benar Baginda menyebelahi BN , pada masa itu Baginda boleh menolak permintaan tiga parti tersebut kerana mereka tidak pernah berdaftar secara rasmi sebagai satu pakatan sebagaimana BN.
Kalau benarlah tuduhan-tuduhan yang muncul pada hari ini kononnya Baginda ingin meruntuhkan Kerajaan Selangor adalah lebih baik pada masa itu lagi Baginda menolak hasrat mereka untuk menubuhkan kerajaan, bukannya dengan cara melantik SUK untuk meruntuhkan kerajaan.
Tidak usahlah ada yang cuba nak berlagak pandai kononnya mereka lebih hebat dan ingin mentafsir undang-undang tubuh kerajaan negeri sesuka hati mereka. Betulkan undang-undang tubuh badan anda terlebih dahulu termasuk dengan otak anda.
Kepada rakyat Selangor pula, jangan sesekali termakan dengan hasutan-hasutan mereka. Rakyat Selangor perlu berdiri teguh di belakang KDYMM Sultan Selangor. Baginda telah diketahui sebagai pentadbir yang baik, fokus dan komited terhadap kerja dan prihatin terhadap rakyat. Lihatlah sendiri wawancara Baginda bersama Utusan Malaysia beberapa minggu lepas. Dalam wawancara itu kita boleh melihat bagaimana prihatinnya Baginda terhadap rakyat ketika mengulas mengenai pembinaan jejantas melintasi bandar Klang dan mengatakan Baginda meminta jejantas itu dibina untuk mengatasi kesesakan yang dialami di kawasan tersebut sekian lama.Baginda boleh kata orang balik kerja , isteri dan masak tunggu di rumah untuk makan, suami tak sampai lagi kerana jalan sesak. Lihatlah bagaimana prihatinnya seorang Sultan, sampai ke tahap itu Baginda fikirkan pasal rakyat.
Jangan kita termakan hasutan atau dakyah-dakyah jahat yang dilemparkan sehingga kita ragu atau sangsi lagi dengan Baginda. Baik Baginda atau Almarhum Ayahandanya memang dikenali sebagai raja yang prihatin kepada rakyat dan sentiasa mengutamakan rakyat. Lihat sahaja contoh di bulan Ramadhan, Baginda akan jelajah setiap pelusuk negeri Selangor untuk berbuka puasa dan bertarawih bersama rakyat. Tiga minggu diperuntukkan untuk kegiatan itu. Hanya seminggu sahaja untuk bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Itu sudah cukup untuk membuktikan keprihatinan Baginda terhadap rakyatnya.
Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Baginda tanpa berbelah bagi kerana selama ini Baginda telah membuktikan yang Baginda seorang pentadbir yang baik berbanding dengan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang ingin mengubah persepsi masyarakat demi kerana cita-cita politik mereka tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negeri, sehingga sanggup mengaburi mata rakyat dengan mentafsir undang-undang tubuh kerajaan negeri mengikut selera mereka.
Kami di Selangor Daily tertarik dengan tulisan di perenggan terakhir yang ditulis oleh seorang pendatang dari Perak yang menumpang di negeri Selangor yang berbunyi seperti berikut,
Orang berkenaan cuba untuk memberi amaran kepada Sultan Selangor kononnya rakyat akan bangkit menentang Sultan. Dalam hal ini kami di Selangor Daily ingin melihat apa yang akan berlaku kelak. Adakah rakyat akan bangkit menentang Sultan atau rakyat akan bangkit menentang Suhaimi Shafie ? Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Melayu dan raja tidak dapat dipisahkan. Raja adalah maruah melayu dan sudah sebati dengan dengan darah daging orang melayu. Penghinaan kepada raja adalah satu penghinaan kepada bangsa melayu sendiri.
Rakyat akan bangkit menentang petualang yang kurang ajar dengan pemimpin bangsanya.
dipetik dari :
http://www.selangordaily.com/?p=837
No comments:
Post a Comment